CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] KEMAS KINI: Faisal Halim mula berjalan, mahu balik. Faisal selamat jalani pembedahan ketiga. Faisal alami lecur tahap empat. KES: Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid.

  [Copy link]
Post time 6-5-2024 01:35 PM | Show all posts
edayildiz replied at 6-5-2024 11:49 AM
nape jht sgt ni..malaysia ke mexico ni

kat Mexico footballer dorang ada kena simbah acid ka?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2024 01:35 PM | Show all posts
Kes simbah asid Faisal Halim, polis tahan lelaki warga tempatan

Isnin, 06 Mei 2024 11:40 AM



Suspek kes simbah asid Faisal Halim akan direman untuk membantu siasatan.


POLIS menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek berusia lingkungan 20-an.

"Suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

"Motif serangan juga masih dalam siasatan," kata Hussein ketika dihubungi pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada saksi nampak penyerang simbah Faisal Halim guna asid - “Dia kena masa nak turun kereta”

Tambahnya, polis setakat ini sudah mengambil kenyataan daripada tiga individu termasuk mangsa.

"Kita juga akan memanggil beberapa lagi saksi untuk merakam keterangan mereka hari ini," katanya.

Terdahulu, dalam kejadian pada petang Ahad, Faisal mengalami luka teruk akibat disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pasaraya di Damansara, Selangor.

Individu berkenaan yang bermotosikal juga sempat mengucapkan ‘good luck’ sebelum menyimbah asid kepada pemain pasukan Selangor FC itu. - The Star


https://www.mstar.com.my/lokal/s ... laki-warga-tempatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2024 01:40 PM | Show all posts
'Penyerang sasar muka, tapi Faisal sempat elak'

Amirul Fazli Zulkafli
sukan@hmetro.com.my



RAKAMAN gambar tersebar di media sosial memaparkan Faisal selepas disimbah asid. FOTO tular media sosial


Kuala Lumpur: "Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia."

Demikian reaksi sumber dalam nada amat sedih dan begitu kecewa selepas apa yang terjadi kepada pemain kebangsaan itu yang menjadi mangsa disimbah asid sehingga mengalami kecederaan agak teruk di sekitar bahagian belakang badannya.


Jelas sumber, apa yang terjadi kepada Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu sudah pasti akan memberi kesan amat besar kepada kesihatan mentalnya untuk kembali bangkit daripada espisod hitam itu.

Namun begitu, katanya, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah sekiranya simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak Faisal yang masih kecil.


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -faisal-sempat-elak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2024 01:43 PM | Show all posts
‘Bahagian Muka Jadi Sasaran’ – Penyerang Mahu Tamatkan Karier Faisal Halim?

May 6, 2024 - 9:12 AM

Hazim Jaafar




Pada petang semalam seorang lagi pemain bola sepak tempatan, Faisal Halim menjadi mangsa serangan pihak tidak diketahui.

Menurut sumber kepada Harian Metro, penyerang menyimbah asid pada muka pemain Selangor itu.

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal Halim tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia,” ujar sumber tersebut.


Tambahnya lagi, keadaan mungkin akan menjadi lebih teruk jika simbahan asid yang dilakukan penyerang itu terkena kepada anak kecil Faisal yang ada berhampiran.

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal Halim tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

“Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.


“Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap ‘good luck‘ sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri,” kata sumber itu, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Faisal mengalami luka bakar yang diklasifikasikan sebagai second degree burn ekoran disimbah asid di beberapa bahagian badannya.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung insiden yang dihadapi dua tonggak skuad bola sepak negara; Faisal Halim dan Akhyar Rasyid yang turut menjadi mangsa serangan sebelum ini.

“Kenyataan kedua-dua mangsa itu amat diperlukan dan penting bagi membantu siasatan polis.”


“Siasatan masih di peringkat awal dan usaha pada masa ini adalah lebih kepada mencari motif serta pelaku kes berkenaan,” ujar wakil JSJ menurut sumber My Metro.


https://thevocket.com/bahagian-m ... arier-faisal-halim/
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 6-5-2024 02:07 PM
Decaffeinated replied at 6-5-2024 10:01 AM
Sekadar mengesahkan justice can be swift kalau kena kat dia, dia, dia... but can wait at other tim ...


Lousy corp comm team they have....that is if they have one ler

Anyway 6* ratings players,our assets should be engaging bodyguard just like leo messi
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-5-2024 01:35 PM
kat Mexico footballer dorang ada kena simbah acid ka?

hahahaha xtau
tp kt sana ganaz kan kot

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2024 02:51 PM | Show all posts
monreyes replied at 6-5-2024 01:13 PM
ada jenis yg boleh buat paip bocor kena org kat tingkat bwh mcm kes tuari..naya pak karim

tu la...takut pulak aku...nasib baik xde apa2...serik dh...nk selamat beli yg mcm batu tu...jgn la beli asid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 6-5-2024 02:29 PM
hahahaha xtau
tp kt sana ganaz kan kot

Baghal itu simpan sendiri boleh tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2024 03:30 PM | Show all posts
Faisal mungkin terlepas kelayakan Piala Dunia 2026

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

6 Mei 2024, 2:09 pm



PAN-GON


PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui terkejut dengan ‘malapetaka’ melibatkan kem bola sepak kebangsaan selepas tonggak utama, Faisal Halim dan Akhyar Rashid diserang penjenayah baru-baru ini.

Sebagai rekod, Akhyar telah diserang menggunakan cota selepas pulang daripada sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga memerlukan jahitan di kepala.

Namun, serangan melibatkan Faisal lebih serius selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di pusat beli belah di Damansara semalam.

Dipetik menerusi portal Korea Selatan, Naver.com, Pan-gon meluahkan kebimbangan mengenai insiden yang membabitkan kedua-dua anak buahnya dalam masa yang singkat.

“Pan-gon ketika dihubungi agak terkejut dengan insiden tersebut terutama melibatkan Faisal yang telah ditemui beberapa hari sebelum kejadian,” kata portal tersebut.

Sementara itu, Pan-gon hanya mengharapkan kedua-dua pemain tersebut segera sembuh daripada kecederaan yang dialami ketika ini menerusi muat naik di laman Instagram peribadinya.

“Saya doakan yang terbaik buat mereka,” kata pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika ditemui pemberita semalam menyatakan Faisal mungkin terpaksa diketepikan beberapa bulan.

Malah, Hamidin mahu tonggak Selangor FC itu perlu melupakan seketika dunia bola sepak dan fokus kepada pemulihan dirinya.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Faisal terlepas baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun depan. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... n-piala-dunia-2026/
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 03:35 PM | Show all posts
"masak la" bila dah kena tangkap...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 6-5-2024 11:36 AM
Sorg player JDT masuk Terangganu, sorg player S'gor... yg pastinya dua² main utk Harimau Malaya. Or ...

Suspect bookie jugak. Kat SEA ni, diorang masih berkuasa kan. kalau tak ikut cakap, siaplah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
fren of mine buat treatment kat Prince Court..kos sejuta lebih utk ops dll..lama dia nak pulih..tak tau lah faisal ni blh main ke tak lagi...gila kejam
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ariff Aiman dah kena ada pengawal peribadi.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam nye orang zaman sekarang.

Takde hati perut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman Madanon ni lelaki straight dah tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 6-5-2024 09:55 AM
Dekat mr.diy pun ada jual sis asid ni,utk singki sumbat la tapi nya

Tatau pulak mr diy ada juai..
Iols beli menda lain dari sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bukan kes random..
mcm dah target je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
asid yg paling senang nk beli asid formic @cuka getah..asid pekat tu..
kt mana2 pun ada jual..kedai runcit kt kg lagi senang nk cari
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 6-5-2024 11:25 AM
aku ada beli asid sbb sinki tersumbat tp kt kedai hardware la...diorg yg suruh pakai asid tu..hbs  ...

Jangan main2 wo dengan acid pencuci ni. Laki aku pon ada beli last year untuk saluran sinki yg tersumbat. Aku dah pesan pakai glove & mask. Lepas dia curah tu tetiba macam ada asap kat sinki. Terkejut noks.. pastu sarung tangan getah yg dia guna tu pon macam rosak lepas dia handle botol tu. Terus aku x bagi dia beli chemical kat kedai hardware.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon rasa ke2-2 serangan ni bukan random. Ada la tu tangan2 jahat. Kes acid no memang hampak sangat kes khianat. Masa kecik2 dulu aku ingat kes simbah acid ni melbatkan kes cinta tak dibalas je, rupanya dengki sebab lain pon ada jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.086208 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list