CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah

  [Copy link]
Post time 9-5-2024 12:09 PM | Show all posts
cursebreaker replied at 9-5-2024 09:20 AM
alhamdulillah, skim perkhidmatan iol ni tak perlu tunggu post kosong utk naik..means boleh naik dg ...

didoakan semoga terus maju jaya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 12:15 PM | Show all posts
best baca benang ni
banyak input berguna untuk persediaan masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts

KWSP suami bukan harta sepencarian buat isteri, mesti dibahagi mengikut faraid

Edited by kepompong at 10-5-2024 12:32 PM


PETALING – Segelintir isteri masih tidak mengetahui bahawa wang caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suami bukannya harta sepencarian dan pembahagian mesti mengikut faraid.

Menjelaskan perkara itu, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Ini kerana katanya, wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP, maka wang itu adalah milik si mati.

Malah perkara itu juga telah diputuskan oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000.

“Selepas kematian suami, semua harta yang dimiliki atas nama suami tersebut adalah dikira sebagai harta pusaka. Jadi, bahagian faraid bagi seorang isteri adalah 1/8 sahaja sekiranya suami mempunyai anak.

“Bahagian tersebut sangat kecil bagi seorang ibu yang akan membesarkan anak-anak kecil yang ditinggalkan simati atau arwah suami,” katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut katanya, sekiranya isteri menerima sebagai penama dalam KWSP selepas kematian suami, wajib bagi isteri tersebut membahagikan bahagian sebagaimana bahagian faraid.

“Memang sikitlah bahagian isteri jika ada ramai anak dari simati dan juga ramai isteri. Inilah cabaran yang akan diterima oleh isteri untuk ‘survive’ selepas kematian mengejut suami.

“Kalau suami meninggalkan banyak duit KWSP beratus-ratus ribu, ada la juga bahagian ribu-ribunya.

“Kalau ada hanya sekitar RM10,000 sahaja sewaktu kematian tersebut, bank simpanan pun sedang ‘stuck’ sebelum ada perintah pusaka, berapa agaknya tempoh untuk isteri tersebut bertahan jika dia pun bergantung penuh pada suaminya semasa hidup?,” soalnya.

Bagi menyelesaikan isu berkenaan kata Fahmi, suami perlu tinggalkan hibah takaful kepada isteri untuk ‘survive’ membesarkan anak-anak.

“Jangan ada rasa ‘biarlah mereka urus sendiri’ sedang kita menagih doa mereka sewaktu di alam sana,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/01/28/kwsp-suami-bukan-harta-sepencarian-buat-isteri-mesti-dibahagi-mengikut-faraid/
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 10-5-2024 12:40 PM



ujung-ujung berita suruh buat hibah utk isteri... setahun beribu yach kos pengurusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048089 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list