CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11150|Reply: 0

Liga Perdana Inggeris pecah rekod jaringan semusim

[Copy link]
Post time 20-5-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode

Juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City mendahului senarai jaringan dengan 96 gol. - Foto REUTERS

LONDON: Sebanyak 37 gol diledak pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini, menjadikannya kempen dengan jaringan tertinggi sejak kejohanan itu diperkenalkan pada tahun 1992.

Sepanjang 380 perlawanan, 1,246 gol dihasilkan dan melebihi purata tiga gol bagi setiap perlawanan - sekali gus mengatasi rekod sebelumnya, 1,222 gol pada musim pertama Liga Perdana Inggeris yang menampilkan 22 kelab.

Manchester City mengungguli carta jaringan ketika mereka memenangi gelaran liga keempat berturut-turut, dan kemenangan 3-1 ke atas West Ham United melebarkan kutipan gol City kepada 96.

Arsenal yang muncul naib juara berada di tangga kedua senarai berkenaan dengan 91 gol, manakala Liverpool (86 gol) dan Newcastle United (85) mencatat jumlah jaringan tertinggi mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kelab tercorot, Sheffield United menamatkan kempen dengan kekalahan 3-0 di tangan Tottenham Hotspur, keseluruhan dibolosi 104 kali sepanjang musim ini - rekod tertinggi Liga Perdana Inggeris. - REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan ... od-jaringan-semusim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052386 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list