CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7279|Reply: 0

[Jenayah] APEC harus kolektif tetapkan gaji standard - Chin Tong

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode
(Gambar fail) Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong. - NSTP/SADIQ SANI





KUALA LUMPUR: Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), semalam, beliau menekankan kepentingan mengiktiraf peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja sebagai daya positif global.

"Secara global, lebih ramai wanita dalam tenaga kerja adalah penting bagi memastikan pendapatan gabungan keluarga yang lebih tinggi, sekali gus membawa kepada peningkatan penggunaan domestik dalam masyarakat kita.

"Bagi memudahkan lebih banyak penyertaan tenaga kerja wanita, kita memerlukan ekonomi yang kukuh. Ini memerlukan keadaan sosial yang lebih kukuh seperti penjagaan kanak-kanak dan warga emas.

"Ia akan meningkatkan sektor perkhidmatan kita dan menyumbang kepada masyarakat lebih berdaya tahan secara keseluruhan," katanya pada Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Wanita dan Menteri-Menteri APEC yang Bertanggungjawab bagi Perdagangan di Arequipa, Peru, menurut kenyataan itu.

Chin Tong menegaskan, Malaysia menjadi contoh pada peringkat global walaupun terdapat percanggahan dalam penyertaan tenaga buruh wanita.

Kadar penyertaan buruh wanita (FLPR) di Malaysia berada pada 56 peratus berbanding 82.9 peratus bagi lelaki, lebih rendah daripada kebanyakan negara lain di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Malaysia mempunyai kejayaan yang ketara di mana sebanyak 58 peratus wanita bekerja berada dalam perkhidmatan awam.

"Pada peringkat membuat keputusan dalam perkhidmatan awam (Jusa C dan ke atas), 42 peratus adalah wanita. Ia adalah jumlah yang sangat tinggi dalam kalangan negara membangun," katanya.

Malah, beliau memaklumkan mulai 2023, Malaysia mewajibkan 30 peratus ahli lembaga pengarah tersenarai awam adalah wanita, dengan kadar pematuhan yang tinggi.

"Oleh itu, pada peringkat membuat keputusan dalam perniagaan dan kerajaan, wanita mencapai kemajuan yang ketara. Namun, keseluruhan kadar penyertaan buruh wanita kekal rendah," katanya.

Chin Tong mengaitkan percanggahan itu dengan pergantungan jangka panjang Malaysia kepada buruh asing yang tidak mahir dan bergaji rendah sejak 25 tahun lalu, membawa kepada gaji yang tidak sesuai serta kurangnya minat mengambil pekerja wanita.

Terdapat juga peruntukan awam yang tidak mencukupi bagi penjagaan kanak-kanak dan warga emas serta infrastruktur lain untuk menyokong penyertaan tenaga kerja wanita.

Ketika ekonomi Malaysia meningkat dalam rantaian nilai, beliau berkata, lebih ramai pekerja mahir akan diperlukan dan gaji yang lebih tinggi akan menarik lebih ramai wanita ke dalam tenaga kerja formal.

"Pasaran buruh yang ketat juga menggalakkan majikan memberi lebih perhatian dalam menjadikannya lebih menarik untuk wanita menyertai tenaga kerja," katanya. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.153296 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list