CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9168|Reply: 0

Ten Hag tabik penyokong setia United

[Copy link]
Post time 20-5-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag memuji peminat setia Manchester United yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi ketika kelab. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Erik ten Hag memuji peminat setia Manchester United yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi ketika kelab menamatkan liga di kedudukan terendah sejak tahun 1990.

The Red Devils mengakhiri kempen kali ini dengan kemenangan 2-0 di Brighton, hasil jaringan Diogo Dalot dan Rasmus Hojlund.

Bagaimanapun, kemenangan Newcastle di Brentford memastikan Man United kekal di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris, penamat terburuk mereka sejak musim 1989-90 yang menyaksikan pasukan itu sekadar berada di tangga ke-13.

Pengendali dari Belanda itu berkata, dia dapat merasai sokongan peminat sepanjang musim walaupun keputusan tidak konsisten dan Ten Hag akan membalasnya dengan hadiah di final Piala FA menentang Manchester City hujung minggu depan.


"Mereka sangat mengagumkan. Saya tahu nak cakap apa. Tidak ada kata-kata. Jika anda mengharungi musim seperti kami, tetapi mereka masih bersama kami.

"Ketika waktu senang dan susah, mereka tetap bersama. Kami harus membalas kesetiaan mereka. Kami mempunyai penyokong terbaik di dunia.

"Kami akan melakukan apa sahaja untuk memberikan trofi kepada mereka minggu depan, dan juga untuk masa depan, kami perlu beraksi lebih baik," kata Ten Hag.

Berkenaan kedudukan kelapan liga, lapan mata di belakang pasukan tangga keempat, Aston Villa, Ten Hag berkata: "Ia sukar tetapi kita sudah bercakap tentang perkara ini dan ia musim yang sukar bagi kami.

"Kami sedar ia tidak cukup bagus. Ada banyak sebab, tetapi tidak mengapa. Ia adalah United. Anda perlu berada lebih tinggi dan ini tidak cukup bagus.

"Kami tahun pertandingan ini sukar. Kami mempunyai 60 mata, dua tahun lalu, ia hanya 58 dan kami di tangga keenam. Sekarang 60 dan kelapan. Tetapi tidak cukup bagus. Kami kecewa." - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... yokong-setia-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.172618 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list