CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1918|Reply: 1

PDRM lakar kemenangan dramatik

[Copy link]
Post time 19-5-2024 09:54 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN PDRM meraikan kemenangan ke atas Perak sebentar tadi. FOTO Ihsan PDRM FC

Kuala Lumpur: PDRM FC merakam tiga mata pertama musim ini selepas merakam kemenangan penuh dramatik 3-2 ke atas Perak FC di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Selepas tewas 0-1 di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi pertama, skuad bimbingan P Maniam berjaya menebus kekecewaan untuk menghadiahkan kekalahan kedua berturut-turut kepada 'The Bos Gaurus'.

Perak FC hanya memerlukan lapan minit untuk membuka jaringan hasil rembatan deras Tommy Mawat Bada namun Perak FC 'berpeluh' apabila jaringan itu disemak semula menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum ia disahkan untuk gol pertama mereka.

PDRM FC dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-15 selepas Ifedayo Olusegun dijatuhkan tetapi selepas semakan semula menggunakan VAR, tiada sepakan penalti diberikan buat PDRM FC.


Kekecewaan itu ditebus pelawat pada minit ke-24 apabila Obus Prince Austin yang sentiasa mengucar-ngacirkan pertahanan Perak FC melakukan hantaran lintang yang disudahkan Ifedayo untuk menyamakan kedudukan.

Masa tambahan selama 11 minit berakhir tanpa sebarang tambahan gol sekali gus menyaksikan kedudukan 1-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, penjaga gol PDRM FC, Bryan See menyelamatkan percubaan Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-70 dan serangan balas pantas dijana PDRM FC disudahkan Bruno Suzuki untuk meletakkan pelawat di depan 2-1.

Perak FC tidak bernasib baik apabila tandukan Luka Milunovic menggegar palang pada minit ke-76 namun kesilapan Bryan yang gagal menumbuk bola dengan kemas dihukum Wan Zack untuk mengikat gol penyamaan pada minit ke-85.

Peluang Perak FC meledak gol kemenangan menerusi sepakan penalti selepas Lee Taemin dijatuhkan Alif Najmi Shaaini pada minit akhir perlawanan tidak kesampaian selepas dibatalkan VAR dan mereka hanya diberikan sepakan percuma.

Jaringan kemenangan sebaliknya dihasilkan PDRM FC menerusi Ifedayo yang menewaskan Haziq Nadzli untuk kali ketiga pada aksi terbabit.

Selepas ini, Perak FC akan turun menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di tempat lawan sementara PDRM FC akan melayan kunjungan Penang FC di laman sendiri.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kemenangan-dramatik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:00 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.083584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list