CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6175|Reply: 0

[Terengganu] Dipenjara 6 tahun, 6 sebatan kerana amang seksual anak tiri

[Copy link]
Post time 15-5-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. FOTO Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Lelaki kudung tangan kiri dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh yang berusia 44 tahun didapati bersalah atas tiga pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berumur 10 tahun 7 bulan.

Dia yang bekerja sebagai buruh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini antara April hingga Mei 2022.


Tertuduh berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) AKKSTKK 2017, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan.

Tertuduh turut dipenjara satu tahun bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 16 (1) akta yang sama.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bagi pertuduhan satu dan dua berjalan serentak bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Bagi hukuman untuk pertuduhan ketiga, mahkamah mengarahkan ia bermula sebaik sahaja tertuduh selesai menjalani hukuman bagi pertuduhan satu dan dua.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 AKKSTKK 2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-seksual-anak-tiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.273324 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list