CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: reeny

Sampaikan Ucapan Anda Di Sini (Kredit +50)

  [Copy link]
Post time 30-7-2021 10:09 AM | Show all posts
makan ketupat bersama mertua
bahulu pula dicicah kopi
salam hari jumaat buat semua
penghulu segala hari

naik pesawat ke nairobi
untuk mencari tenang dihati
banyakkan selawat ke atas nabi
semoga hari ini diberkati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2021 11:02 AM | Show all posts
Rindu

Sedih dan pilu
Sesak di dada, tersekat di jiwa
tiada kata terluah
tiada bait dapat dilahirkan

Aku rindu Ya Allah
rindu yang teramat dalam
seluas bintang di langit, setinggi puncak gunung, sedalam lautan biru
pada mereka
yang jauh di mata
pada mereka
yang melahirkan dan membesarkan aku...

Rindu ini makin pedih
bila tiada kata dapat diluah
bila tiada tangisan dapat dizahirkan
terpendam, tersekat di sanubari.

Mak, abah, keluarga,
kami di sini sangat rindu
rindu yang tiada bandingnya
walau tiada yang kurang disini
walau tak pernah sekali hati ini melupakan
tapi kami rindu
pada susuk
pada batang tubuh
pada senyuman
pada butir bicara secara zahir bukan maya

Rindu ini semakin mencengkam
kerana hari ini hari ibu melahirkan aku.

Ya Allah,
lindungi semua yang aku sayang
lindungi semua yang aku rindu

semoga suatu masa nanti
dapat kami kembali melepas rindu dan tangisan
memeluk tubuh tua kesayangan
dalam dakapan penuh erat

Ya Allah,
makbulkanlah permintaan dan rindu anak ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 02:41 AM | Show all posts
Ucapan sempena melayari hari yang bosan.

Jalan berlubang sudah di turap
Cepat diturap sebab mengundi
Kerajaan baru yang sangat diharap
Tapi Lain pulak yang jadi

Makan tidur main skipping
Skipping dibeli oleh En. Laki,
Aku rindu nak pergi shopping
Beli kat shopee x muat dikaki.

Suntik vaksin janda dan dara
Sebab covid ramai yang papa
Bile entah nak jumpa saudara
Takut x kenal lama x jumpa

Duduk rumah work from home
Layan forum pagar menggunung
Pondan operate buang halkum
Aku je ke yang boring termenung?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:09 PM | Show all posts
Keluhan Penjara Covid

Memasuki dua tahun,
Kita masih dipenjara,
Tahun pertama, Kita redha,
Tahun kedua, Kita kecewa,
Wayang rampas kuasa, tak berkesudahan,
Nyawa semakin banyak yang hilang,
Semangat semakin lama lupus,
Semoga satu hari,
Ada sinar, dari Ilahi,
Jawapan dan penyelesaian bagi penjara covid ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 01:26 PM | Show all posts
Penat Tengok Angka

Saban hari angka menaik,
sebelum ini ada yang suka tengok bila angka mengena
hari ini dah jemu tenok angka
bilalah nak kembali ke asal semula
adakah negara ku sudah hilang barkahnya
bertegang di mana-mana
bosan melihat sikap manusia


namun, harapan perlu ada
setelah kita berusaha
moga pergilah penyakit ini
sentiasalah berdoa kerana tiada yang berkuasa melain Dia
Ujiannya pasti membenihkan rahmah kepada sekelian manusia
Sungguh Ya Allah aku rindu kepada keadaan dulu
Mungkin dulu kurang syukurnya bila dah tiada semua sengsara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu semasa kita belasan tahun
Kita pernah bercinta tapi aku meninggalkanmu
Aku pergi sebab masa tu aku bersikap materialistik
Lepas agak lama kita tak jumpa
Allah pertemukan kita semasa kita dah sama2 matang
Cubaan utk menghindarkan diri darimu tidak berjaya
Sebabnya kau kata masih boleh terimaku semula wp aku dah berank pinak
Ku sangka kau ikhlas tapi rupanya penakut
Yup mungkin silap ku juga atau mungkin kau nak balas dendam
Terima kasih sebab kita berjaya merealisasikan percintaan kita hingga ke
Alam perkahwinan..
Terimakasih sebab bagi ku title lagi
18.7.21.akan tetap tersemat diingatan
Kali ini perpisahan kita beserta permusuhan....
Terima kasih kerana pernah menjadi suami sementara utk diri ini
Berbelas tahun x jumpa tapi bila terjumpa lagi kita jadi suami isteri dan akhirnya
menjadi musuh
Elok tak payah jumpa semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.096259 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list