CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Keracunan : Ayam Goreng Tidak Laku Di K.Terengganu

7-3-2014 12:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14008| Komen: 105

Description: Peniaga Dari Kampung Tok Dir, Di Sini, Yang Berniaga Bersama Ibunya, Minah Abdullah, 60, Berharap Isu Keracunan Makanan Itu Dapat Diselesaikan Segera Agar Orang Ramai Kembali Yakin Untuk Membeli Juad ...
Kuala Terengganu: Kejadian keracunan makanan di negeri ini yang menyebabkan seorang kanak-kanak meninggal dunia dan lebih 150 mendapatkan rawatan di hospital, menyebabkan perniagaan peniaga makanan di pasar malam, terutama nasi goreng dan ayam goreng kini terjejas teruk menyebabkan pendapatan mereka merosot sehingga 60 peratus.

Peniaga ayam goreng, Mohd Asmadi Mohd Ghani, 35, berkata, biasanya dia mampu menjual 100 kilogram sehari dengan purata pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 tetapi selepas kejadian itu, tidak sampai 50 kilogram terjual.

Peniaga dari Kampung Tok Dir, di sini, yang berniaga bersama ibunya, Minah Abdullah, 60, berharap isu keracunan makanan itu dapat diselesaikan segera agar orang ramai kembali yakin  untuk membeli juadah makanan di pasar malam.

“Perniagaan pasar malam ini adalah sumber pendapatan keluarga kami sejak tiga tahun lalu dan tidak pernah berlaku kejadian seperti ini,” katanya.

Menurut Mohd Asmadi, dia terkejut apabila mendapati kejadian itu berpunca daripada makanan ayam goreng yang dijual di dua pasar malam di sini.

“Sebaik membaca laporan media, saya terkejut apatah lagi kejadian itu menyebabkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia,” katanya yang ditemui ketika tinjauan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof di pasar malam Kuala Ibai, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Muhammad Pehimi berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan pihak berkuasa tempatan akan sentiasa membuat pemeriksaan mengejut di semua 22 pasar malam yang beroperasi di daerah ini.

“Peniaga yang gagal mematuhi peraturan termasuk memakai penutup kepala, apron dan sarung tangan atau menghidangkan makanan terdedah serta diragui kebersihannya akan dikenakan tindakan,” katanya.


4

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 7-3-2014 07:41 AM
Kuasa pembeli...
Quote ismauzair 7-3-2014 07:50 AM
Padan muka
Quote najib888 7-3-2014 07:58 AM
Baru ada akai
Quote neotoxin 7-3-2014 07:58 AM
Kpd peniaga pasar malam, sila tutup makanan jualan anda. Jgn biar terdedah je. Geli tau
Quote rayna_raynes 7-3-2014 07:59 AM
Juallah benda lain dulu sementara dik. Karipap ke, nasik lemak ke. Org malaysia ni boikot bermusim je. Dh elok nnt baru jual balik
Quote TanSriJess 7-3-2014 07:59 AM
ini Malaysia

kejap jer...

esok lusa berduyun kembali
Quote suka.suki 7-3-2014 07:59 AM
dah g kursus, tp x practice. dah tkena mcm ni..buat2 tkejut lak.
Quote Bell 7-3-2014 08:06 AM
Kalau ayam tak busuk takde virus salmonella. Cium dulu bau ayam,....
Quote cmf_jeangrey 7-3-2014 08:10 AM
kepci pun bang tong, kebersihan dan mutu terjaga.....baiklah membeli brand kafir dr peniaga islam yg memperjudikan keselamatan pembeli....mati pun boleh saman juta2 ye tak.....
Quote tongkatwaran75 7-3-2014 08:25 AM
cmf_jeangrey posted on 7-3-2014 08:10 AM
kepci pun bang tong, kebersihan dan mutu terjaga.....baiklah membeli brand kafir dr peniaga islam yg ...


wlupun duit kita diderma utk beli peluru bunuh org islam semula?

Quote annehuda 7-3-2014 08:29 AM
kepsi tu bkn johor corp punye ke? camne plak kepci boleh beli peluru nih?
Quote vespa_oren 7-3-2014 08:37 AM
annehuda posted on 7-3-2014 08:29 AM
kepsi tu bkn johor corp punye ke? camne plak kepci boleh beli peluru nih?

Makan kepsi ibarat menyokong pasukan JDT
Quote gogo2 7-3-2014 08:38 AM
ismauzair posted on 7-3-2014 07:50 AM
Padan muka

aku setuju sangat.

Dorang yg goreng pisang, goreng ayam, dan goreng2 lain neh guna minyak masak sampai 30x sebelum tukar. Mmg harem jadah.
Quote mahmoode 7-3-2014 08:57 AM
vespa_oren posted on 7-3-2014 08:37 AM
Makan kepsi ibarat menyokong pasukan JDT

tmj boleh jadik maskot kepsi gantikan kolonel sanders

Quote Leonarzi 7-3-2014 08:58 AM
Byk nya pendapatan rm1500 sehari!
Quote Namirul_returns 7-3-2014 09:00 AM
Lepas ni kompom harga ayam akan turun.... yey..yey...
Quote HannahMontana 7-3-2014 09:01 AM
tengok keadaan org yg berniaga makanan itu pun kadang2 sgt memualkan ,mcm mana ko nak beli dan makan

konsep halalan toyyiba tu ajar kita pilih yg baik dan halal

bukan smata2 halal ,kotor pun ko lahap juga.
Quote blackred99 7-3-2014 09:05 AM
ala kejap je tu, lama2 lupa la.. aku harap peniaga yg jual makanan basi tu pun masuk hospital gak.
Quote yanasan21 7-3-2014 09:39 AM
apa boleh buat...dah adat berniaga.mmg mcm tu.....

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.078149 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top