CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bina Lebuh Raya Di Kelantan April

3-3-2014 05:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9244| Komen: 48

Description: Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketika Mengumumkan Projek Itu, Berkata Syarikat Uritec Sdn Bhd Dilantik Dan Bertanggungjawab Sepenuhnya Terhadap Pembinaan Fa ...
Kerajaab Persekutuan Tunai Janji Bina Lebuh Raya Kota Bharu-Machang, Kelantan



Mustapa melawat gerai pameran kesihatan selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok di Kota Bharu.

Kota Bharu: Kerajaan Pusat menunaikan janjinya membantu penduduk Kelantan apabila fasa pertama projek Lebuh Raya Kota Bharu-Machang, membabitkan kos RM168.5 juta akan dilaksanakan bulan depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketika mengumumkan projek itu, berkata Syarikat Uritec Sdn Bhd dilantik dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembinaan fasa pertama lebuh raya itu.


“Kerajaan Pusat sudah mengeluarkan surat berhubung pelaksanaan projek lebuh raya Kota Bharu-Machang minggu lalu dan semestinya menjadi khabar gembira kepada 1.4 juta penduduk Kelantan.

“Bagi fasa pertama, lebuh raya bermula dari Pasir Hor ke Kadok iaitu sepanjang tujuh kilometer (km) dengan nilai kos RM168.5 juta. Projek berkenaan dijangka mengambil masa selama tiga tahun.

Sekiranya tiada masalah, syarikat yang dilantik akan turun ke lokasi projek mulai 7 April ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok.


Fasa kedua disegerakan

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, fasa kedua membabitkan Kadok ke Machang sejauh 6.4km itu akan disegerakan dengan tender projek dijangka dikeluarkan secara terbuka akhir tahun ini.

“Kita tidak akan melengahkan projek ini dan akan disegerakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Secara keseluruhan, lebuh raya yang bakal dibina itu sepanjang 13.4km.

“Ini janji Kerajaan Pusat terhadap penduduk Kelantan pada 2012 dan menyaksikan janji itu tetap dikotakan walaupun mengambil masa, demi kesenangan penduduk negeri ini,” katanya.

Mengulas cadangan kerajaan negeri membina lebuh raya bermula Machang ke Kuala Krai yang dijangka membabitkan kos RM500 juta pula, Mustapa enggan mengulas dan memaklumkan tiada sebarang perbincangan dibuat setakat ini.

4

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knights 3-3-2014 10:14 AM
Apa jadi lebuh raya pas tu?
Quote lucky_peace 3-3-2014 10:17 AM
kalau boleh jalan timur-barat kat gerik tu pon di upgradekan.... bahaya kadang memandu kat situ, huhu...
Quote Simunggu 3-3-2014 10:20 AM
Sabah...? Jalan raya mcm tu shj....skg KK jem gila....siang/malam/weekdays/weekends...segala gala jem....hari hari jam sampai 20-30km...biasa tu.....
Quote shuk_one 3-3-2014 10:33 AM
7km = 168juta..... ke mata i yang salah baca...
Quote gaara_X 3-3-2014 10:41 AM
itu gunanya bila ada pembangkang.....
Quote pakweneelofa 3-3-2014 11:02 AM
janji ditepati..syabas DS Najib..kalau TUN ntah bila la dia nk buat..TUN tak suka ore kelate...amat male skali ore klate masih ado dok sibuk2 suko denge TUNG
Quote putr@polo 3-3-2014 11:03 AM

Lebuh Raya KB-Kuala Krai April ini



KOTA BHARU 2 Mac - Kerajaan Pusat telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk melaksanakan pembinaan Fasa 1B projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai pada 17 Februari lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek lebuh raya sepanjang tujuh kilometer itu akan bermula dari Pasir Hor ke Kadok dan melibatkan kos sebanyak RM168.5 juta.

Beliau berkata, syarikat yang memenangi tender terbuka itu akan memasuki tapak dan membuat kerja-kerja pembinaan pada 7 April ini selepas menerima surat setuju terima daripada Kerajaan Pusat.

"Projek lebuh raya ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017 tetapi saya berharap projek tersebut dapat disiapkan lebih awal.

"Tujuh kilometer selama tiga tahun itu lama sangat. Walaupun tempoh tersebut diberikan Jabatan Kerja Raya (JKR), saya berharap projek ini hanya mengambil masa dua tahun setengah sahaja," kata beliau.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan dan melancarkan Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok (Wisbar) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Datuk Makhtar Mustapha dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Menurut Mustapa, beliau berharap Kerajaan Pusat dapat memberi persetujuan untuk mengeluarkan tender lebih awal bagi pembinaan Fasa 2A sejauh 6.4 kilometer dari Kadok ke Ketereh.

"Berdasarkan perancangan asal, tender bagi Fasa 2A akan dikeluarkan pada hujung tahun ini. Saya tahu projek lebuh raya ini penting, jadi kita berharap pembinaan jalan tersebut dapat disegerakan.

"Kita tahu proses tender ini memakan masa lebih kurang setahun, sebab itu saya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Pusat agar pemberian tender ini dapat disegerakan," kata beliau.

Ditanya sama ada projek yang dijalankan itu seperti rancangan pembinaan lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai, Mustapa memberitahu, jajaran tersebut mungkin serupa tetapi projek yang akan dibina itu dilaksanakan Kerajaan Pusat.

Tambah beliau sehingga kini, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan belum mengadakan perbincangan berhubung pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.

"Kita belum berbincang tapi mungkin suatu hari nanti kena bertanya khabar juga dengan mereka (Kerajaan Pas Kelantan)," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kebakaran yang melibatkan lebih 348 hektar ladang getah di bawah kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chenulang pada Rabu lalu, Mustapa berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum bantuan diberikan.

"Saya akan berbincang dengan Kesedar terlebih dahulu bagi mencari jalan untuk membantu pekebun-pekebun yang terjejas," kata beliau yang menyifatkan kebakaran tersebut sebagai terbesar yang membabitkan ladang getah.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... l-ini#ixzz2urh9dHVz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote -electrifying- 4-3-2014 06:08 PM
7km kos RM168.5 juta . brpe byk ketua bhgian sertai dalam kempen ni =='
Quote slippergombak 4-3-2014 06:25 PM
“Bagi fasa pertama, lebuh raya bermula dari Pasir Hor ke Kadok iaitu sepanjang tujuh kilometer (km) dengan nilai kos RM168.5 juta. Projek berkenaan dijangka mengambil masa selama tiga tahun.



Quote putr@polo 4-3-2014 08:15 PM
Putrajaya tetap bangunkan Kelantan - Mustapa

2014/03/04 - 19:07:41 PM
Cetak Emel Kawan

KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, memberi jaminan kerajaan pusat akan memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Kelantan demi pembangunan negeri ini.

Mustapa berkata, apa yang penting bagi membangunkan Kelantan adalah keikhlasan dan ketelusan pemimpin kerana tanpanya, rakyat yang menjadi mangsa.

"Insya-Allah kerajaan pusat akan terus beri kerjasama kepada kerajaan negeri dan yang penting kerjasama itu perlu dipertingkatkan lagi seperti saranan Sultan Kelantan.

"Kita mahu rakyat hidup dalam keadaan selesa dan hidup dalam keadaan aman. Kita mahu rakyat menikmati kemudahan sewajarnya yang disediakan kerajaan pusat," katanya selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-13 Tahun 2014 di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ketika bertitah pada majlis itu, Sultan Kelantan mahukan kerajaan negeri dan pusat bekerjasama dalam merencanakan pembangunan yang sempurna di negeri itu.

Sultan Kelantan turut melahirkan rasa dukacita dan kecewa kerana ada pihak tertentu yang sanggup menggunakan media baharu untuk menyebarkan fitnah dan menyemai sikap benci-membenci antara satu sama lain.

Baginda bertitah media baharu itu juga turut digunakan untuk memusnahkan keamanan dan keselamatan yang dikecapi rakyat ketika ini.

Sementara itu, Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas, mengingatkan mengenai bahaya fitnah melalui media baharu yang berupaya mengancam keharmonian kaum dan menggugat keamanan negara.

Katanya, dalam berpolitik sudah tentu wujud fahaman berbeza tetapi janganlah sampai menyimpan dendam peribadi sehingga sanggup melakukan fitnah melalui media baharu itu.

- BERNAMA
Quote diner 4-3-2014 08:49 PM
slippergombak posted on 4-3-2014 06:25 PM
“Bagi fasa pertama, lebuh raya bermula dari Pasir Hor ke Kadok iaitu sepanjang tujuh kilometer (km) ...

depend juga dengan location. perbandingan harga jalan di US 1 lane/mile pada 2006 3.1-9 million usd untuk rural area. secara kasar harga jalan di US pada 2006 RM 9-27 juta bagi lane/mile. kalo higway tu ada 4 lane harga bermula dari 36 - 81 juta per mile.

kira lebuh raya tu mcm nii
7 km = 4.3 mile. kalo ikut harga US RM 154 juta - RM 348 juta
Quote mikasa 4-3-2014 08:51 PM
Ni mesti termasuk kos ambik alih tanah. Ado yg kaya segera ni
Quote Knights 4-3-2014 08:58 PM
slippergombak posted on 4-3-2014 06:25 PM
“Bagi fasa pertama, lebuh raya bermula dari Pasir Hor ke Kadok iaitu sepanjang tujuh kilometer (km) ...

Nak harap parti pas
Sampai sekarang tak ada lebuhraya
Quote TuntungReturn 4-3-2014 09:05 PM

sapa bleh buat jalan 7 km dengan harga rm10,000 pm aku,aku nak kutip derma buat jalan kt kg aku
Quote AHMADVW 4-3-2014 09:15 PM
omong kosong
Quote Al-Patih 4-3-2014 09:50 PM
shuk_one posted on 3-3-2014 10:33 AM
7km = 168juta..... ke mata i yang salah baca...

2.4 juta sekilometer ...beb....
Quote NBH 4-3-2014 09:56 PM
yang lebuh raya kutip derma tu kat mana pulak?
Quote brownstone 4-3-2014 10:04 PM
Mahal harom...
Quote jari10 4-3-2014 10:12 PM
diner posted on 4-3-2014 08:49 PM
depend juga dengan location. perbandingan harga jalan di US 1 lane/mile pada 2006 3.1-9 million us ...

terima kasih ats pencerahan.. bagus!

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.154823 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top