CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datin Pun Kena Samun Rm30,000 Di Traffic Light

17-2-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15271| Komen: 133

Description: Ketika Itu, Sebuah Motosikal Yamaha Lc Berwarna Merah Biru Dinaiki Dua Lelaki Berhenti Di Sebelah Kiri Kenderaan Mangsa Sebelum Pemboncengnya Bertindak Memecahkan Cermin Sebelah Kiri Kereta Maserati ...

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Seorang penjawat awam berstatus Datin, kerugian lebih RM30,000 apabila beg tangannya disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Gombak di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun dalam perjalanan dari rumahnya ke pejabat di Jalan Duta, menghentikan kereta mewah dipandunya di lampu isyarat lokasi kejadian.      

Ketika itu, sebuah motosikal  Yamaha LC berwarna merah biru dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kiri kenderaan mangsa sebelum pemboncengnya bertindak memecahkan cermin sebelah kiri kereta Maserati Granturismo.

Suspek dipercayai menggunakan penukul ketika memecahkan cermin kereta terbabit bagi menarik beg tangan mangsa yang diletakkan atas kerusi penumpang hadapan sebelum  melarikan diri.

Beg tangan mangsa mengandungi sejumlah wang tunai termasuk mata wang asing, barangan kemas, dua telefon bimbit dan beberapa keping kad bank.

Mangsa yang juga isteri seorang ahli perniagaan itu, tidak dapat mengecam wajah suspek berikutan kedua-duanya memakai topi keledar bercermin gelap dan kejadian berlaku dengan pantas.    
  
Mangsa yang memandu sendirian tidak mengalami sebarang kecederaan, bergegas membuat laporan polis sejurus kejadian. Kerugian dianggarkan RM30,000 termasuk kos kerosakan komponen kenderaan terbabit.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek dan meminta saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.                                

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gogo2 17-2-2014 09:01 AM
mmglah bodoh guna beg tangan kat KL.... korang ingat KL tuh Chicago ka? Kalau Chicago pun, amik beg tangan kat Wicker Park pun boleh kena samun. Ini plak kat KL yg manyak itu mat Indon, mat rempit dsb,.
Quote eyansss 17-2-2014 09:02 AM
owh... campur kerosakan... ni mesti campur harga henbeg skali...
Quote magnus 17-2-2014 09:02 AM
Lenkali letak beg tempat lain datin oit...dah byk kes mcm ni tak belajar lg...lembap
Quote Innrukia 17-2-2014 09:03 AM
Lenkali bwk jer kete murah & buruk xder la kna samun....
Penyamun pun xder selera nak dekat:lol
Quote leylapple 17-2-2014 09:06 AM
nasib baik yang kene samun tu datin...

ilang rm30k ari nie pun no meaning....nak beli satu beg hermes pun tak dapat...

kalo rakyat marhaen mcm kita nie?ilang seribu mau meraung 2-3 ari....

blh beli memacam dgn seribu henggit tu...

Quote artcrime 17-2-2014 09:09 AM
maserati? perghh.. penjawat awam.. pergh.. ;) datin ajee...
Quote jazaa 17-2-2014 09:10 AM
gogo2 posted on 17-2-2014 09:01 AM
mmglah bodoh guna beg tangan kat KL.... korang ingat KL tuh Chicago ka? Kalau Chicago pun, amik beg  ...

Aku pernah kena kutuk kat porum sbb ngaku tak suka pakai hbag.
Quote jazaa 17-2-2014 09:11 AM
eyansss posted on 17-2-2014 09:02 AM
owh... campur kerosakan... ni mesti campur harga henbeg skali...

cash rm50 je......


Quote applemy 17-2-2014 09:13 AM
Duit tu berkat tak..
Quote jazaa 17-2-2014 09:15 AM
Innrukia posted on 17-2-2014 09:03 AM
Lenkali bwk jer kete murah & buruk xder la kna samun....
Penyamun pun xder selera nak dekat:lol

susah tau bawak keta buruk.....kena buli je....
akak pernah hantar anak nak masuk hosp swasta guna wira dah menopouse, receptionist tu tsnya ulang kali nak masuk sini ke?...bila akak sebut nama & suruh cari rekod, baru dia senyap.....
Quote sueism 17-2-2014 09:17 AM
RM30K aje kalau datin boleh drive mesarati memang
datin lebih dari mampu , salah2 datin jugak
kan kata berapa kali jangan letak handbag
kat passenger seat,???
Quote nikaido 17-2-2014 09:18 AM
artcrime posted on 17-2-2014 09:09 AM
maserati? perghh.. penjawat awam.. pergh.. ;) datin ajee...

bila ko mention br aku perasan wartawan siap mention model kereta. haha apasal wartawan x letak harga kereta tu sekali
Quote Innrukia 17-2-2014 09:18 AM
jazaa posted on 17-2-2014 09:15 AM
susah tau bawak keta buruk.....kena buli je....
akak pernah hantar anak nak masuk hosp swasta gun ...

Wira tu yg nak masuk or akak & anak yg nak masuk spital hahaaa.....
Agaknya dia ingat "wira" akak yg nak buat rawatan...
Quote shahx 17-2-2014 09:20 AM
Maserati Granturismo tu....
Quote naina 17-2-2014 09:21 AM
Braninya letak handbeg kt seat dpn dgn jmlah wang yg byk
aku klu duit xde pon tp mkir ic, lesen, kad bank bagai klu kena curi jd keje lak nk g report, buat baru, byr denda.
Quote missus_meow 17-2-2014 09:21 AM
Datin sj nk bderma tu ....
Quote gogo2 17-2-2014 09:22 AM
jazaa posted on 17-2-2014 09:10 AM
Aku pernah kena kutuk kat porum sbb ngaku tak suka pakai hbag.

haha.. itulah nak guna henbag lagi...
Quote BurungBiru 17-2-2014 09:23 AM
datin tu dah kaya raya laki businessman mampu bawak keta mewah..tak yah le gi keje.. wat kengkawan dengki jer..ihikss..akak pun dengki jugak.. ahakssss... tp dengki positif la
Quote nebulagazer 17-2-2014 09:23 AM
Aku rase 3k harga tepon...make up mahal 1k...henbeg harga 25k

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058282 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top