CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susu Badan Jadikan Suami, Anak Lebih Bijak

31-12-2013 06:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11875| Komen: 82


Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik.

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.



Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan.



Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyedari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula.

Sepasukan penyelidik diketuai Unit Epidemiologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah.

Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fizikal.

Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif. 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alang89 31-12-2013 11:37 AM
Belum smpt anak dpt rasa bapa dh merasa dulu
Quote aikong 31-12-2013 11:38 AM
yang tak sempat atau dulu tak dapat minum susu ibu, boleh menyusu dengan isteri untuk lebih bijak sekarang

Quote shiro82 31-12-2013 11:40 AM
mana2 suami kurang kasih sayang dan kurang bijak boleh minum susu isteri sendiri.........agak2 kalo laki tu kerja doktor pun nk nyot2 gak ke? nak kata bodo blaja pandai dah.......
Quote fifie_olin 31-12-2013 11:40 AM
pe kena ngan apaknya....sibuk jek...anak nk menyusu...dia pon sibu nk nyoyot gak...
Quote R2D2 31-12-2013 11:44 AM
akan menaikkan semangat bagi yang masih bujang
Quote dualchicks 31-12-2013 11:45 AM
Elok untuk Perdana Menteri supaya text ucapan lebih bijak sket drpd tukang penasihat
Quote Chekti 31-12-2013 11:48 AM
susu  terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing...jom minum susu kambing...
Quote ultra78 31-12-2013 11:53 AM
Minum susu segar

Quote AbukRokok 31-12-2013 11:54 AM
aku pun nak jadi bijak la...
Quote AbukRokok 31-12-2013 11:55 AM
R2D2 posted on 31-12-2013 11:44 AM
akan menaikkan semangat bagi yang masih bujang

lepas tgk bideo nooraida..aku semakin bersemangat sehingga termimpi mimpi susu nooraida
Quote jengkoil 31-12-2013 11:57 AM
Anak xnak susu ibu...ada rasa cengkih kat nipel..
Quote rospinki 31-12-2013 12:13 PM
suami kalau terminum susu isteri haram kan? mcm kisah ya/tidak yusuf selam bini 1st dia terpaksa cerai pasal dia terminum susu yg bini dia simpan dlm peti sejuk..ye ke?


anak2 yg cerdik bukan pasal susu apa...kalau yg kurang cerdik tu bagi je la susu apapun TETAP lembab jugak
Quote R2D2 31-12-2013 12:17 PM
rospinki posted on 31-12-2013 12:13 PM
suami kalau terminum susu isteri haram kan? mcm kisah ya/tidak yusuf selam bini 1st dia terpaksa cer ...

mana ada hukum tu bagi si suami yg terminum susu isteri
mengarut la ko ni
Quote rospinki 31-12-2013 12:18 PM
R2D2 posted on 31-12-2013 12:17 PM
mana ada hukum tu bagi si suami yg terminum susu isteri
mengarut la ko ni

aku bukan buat citer sndri apa lak mengarut nya..tu pasal aku letak ya/tidak..ngok

citer tu dh lama aku baca kt bod gosip la dol
Quote Kassim_Patalon 31-12-2013 12:25 PM
ultra78 posted on 31-12-2013 11:53 AM
Minum susu segar

susu segar! susu segar!

[youtube]Rzk5fZCrQHk[/youtube]

http://youtu.be/Rzk5fZCrQHk
Quote haryatie 31-12-2013 12:25 PM
knpa suami pun bijak sama ni..
bijak tang mana lak..
Quote Kassim_Patalon 31-12-2013 12:27 PM
nak nenen                                    
Quote cmf_premierleag 31-12-2013 12:40 PM
sapa2 nak susu tu, bleh la mintak kat kaka @vokuro, si ketet labuh tuh
Quote BurningTimes 31-12-2013 12:44 PM
Akak rasa betul lah kot, sebab akak ada kenal seorang budak ini menyusu tetek sampai darjah 3, kira pandai asyik dapat nombor satu, paling low pun nombor 3.

Dan yang di beri susu tin pula akak tengok tak pandai, nak cakap2 atau berkomunikasi dengan orang pun dah serupa feral child.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.121853 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top