CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gangguan Bekalan Air Kl/Selangor Mulai Selasa 17/12

13-12-2013 04:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15145| Komen: 118

Description: Syabas Turut Menasihatkan Pengguna Untuk Menyimpan Bekalan Air Secukupnya Kerana Tiada Lori Tangki Akan Dibekalkan Semasa Tempoh Gangguan Itu (Kecuali Di Hospital, Pusat Dialisis Dan Rumah Ibadat) Mem ...



KUALA LUMPUR: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan 
Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disembar (Ahad). 

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli. 

Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara,
Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan. 

"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.

Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan. 


Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabasu telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. 

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:

WILAYAH KUALA LUMPUR:

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat
Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN);
Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing;
Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan
Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan
Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri
Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman
Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman;
Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung
Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung
Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima
Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks
Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga
Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas;
Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman
Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Tangan
Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung
Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul
Selatan dan Bandar Baru Sentul.

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid
Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta;
Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit
Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan
Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah;
Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas;
Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.
9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC);
The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan
Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat
Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan
Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato\'92 Keramat;
Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom;
Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan
Titiwangsa)

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre;
Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan
Pinang.

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan
MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat
Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh;
Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China;
Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan
Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan
Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan
Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda
Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen;
Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana;
Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin;
Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.

WILAYAH GOMBAK:
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway
SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa
Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.

WILAYAH PETALING:
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai
Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat
Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan;
Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7
Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52;

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman
Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Tangan
Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan;
Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl,
Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas;

Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2;
Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM
Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga
Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen
17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putera
Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26;
Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas,
Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ
Subang.

25

Bagus
34

Marah
33

Terkejut
15

Sedih
21

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 13-12-2013 09:57 AM
sungai pusu kena tk?? adoi...ni menyampah ni
Quote purpledesire 13-12-2013 10:00 AM
adoiyai..takde air lg..
Quote amyainsamad 13-12-2013 10:00 AM
bersedia.......
Quote halimi78 13-12-2013 10:06 AM
mmmm... btabahlah pasnih...
Quote R2D2 13-12-2013 10:10 AM
yg terilbat hampir 1 juta penduduk
Quote fatehana 13-12-2013 10:11 AM
hmmm xde air lg
Quote epalgebuu 13-12-2013 10:14 AM
naseb bek blakang umah sungai
Quote ell768 13-12-2013 10:14 AM
simpan stock ayor laa bebanyok..jenuh kalau sampai 22hb tu takde ayor...
Quote epalgebuu 13-12-2013 10:15 AM
naseb bek blakang umah sungai
Quote chaintea 13-12-2013 10:29 AM
walopon rumah ai x disenarai..
ttp nak berjaga jaga

takut terjangkit
Quote yayah8989 13-12-2013 10:31 AM
tadah air byak2 yer
Quote haryatie 13-12-2013 10:33 AM
maksudnye 17/12 hingga 22/12/2013 ke..
lama benar tu..
sengsara laaa......
Last edited by haryatie on 13-12-2013 10:35 AM

Quote cutebaby5907 13-12-2013 10:34 AM
meru termasuk x?
Quote xlupadotcom 13-12-2013 10:43 AM
Nasib baik tempat aku x kena ..
Quote rospinki 13-12-2013 10:50 AM
selamat....nasib baik tk kena..
Quote Al-Patih 13-12-2013 11:12 AM
cara gangguan pentabiran S'gor....
Quote LappyHappy 15-12-2013 07:40 PM
Oh tidakkkk!! Harus tadah air byk2..
Quote hanakikan 15-12-2013 07:51 PM
Byk kawasan opis yg kena. So berak siap2 kat rumah ye
Quote downiey 15-12-2013 09:00 PM
Seksyen 17,n 15 shah  Alam tak terlibat kan..

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.204704 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top