CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siling Hospital Serdang Runtuh Untuk Kali Ke-6!

10-12-2013 03:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7359| Komen: 41

Description: Shah Alam - Kualiti Pembinaan Hospital Serdang Terus Menjadi Persoalan Apabila Insiden Siling Runtuh Kerap Kali Berulang, Termasuk Yang Terbaru Semalam.


Runtuhan siling dalam tandas sebuah rumah kakitangan Blok D, Hospital Serdang semalam.

SHAH ALAM - Kualiti pembinaan Hospital Serdang terus menjadi persoalan apabila insiden siling runtuh kerap kali berulang, termasuk yang terbaru semalam.

Runtuhan yang berlaku semalam menjadikan ia insiden keenam yang dicatatkan berlaku di hospital itu, selepas kali terkakhir dilaporkan pada 4 Disember lalu.

Menurut Utusan Malaysia, insiden semalam berlaku di kuarters yang menempatkan kakitangan hospital berkenaan.

Runtuhan siling dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D itu hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.

Menurut laporan itu lagi, kerosakan di kuarters itu bukan hanya melibatkan siling tetapi bahagian lain turut bermasalah seperti lantai menggelembung dan kerosakan paip air.

Akibatnya ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dan dipercayai berpindah sama ada ke kuarters lain atau menyewa di luar.

Berikut info kejadian siling runtuh di Hospital Serdang:-

30 Januari 2011 - Runtuhan di lobi utama hospital, tiada kecederaan dilaporkan.

30 Januari 2012 - Sebilangan orang awam nyaris dihempap runtuhan siling berukuran 10 meter di lobi utama hospital apabila kedian sama berulang.

13 Ogos 2012 - Sekali lagi runtuhan berlaku dan menyebabkan tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera.

30 September 2013 - Kakitangan dan pesakit di wad bersalin (PAC) Hospital Serdang cemas apila beberapa keping siling runtuh sekitar 4.30 pagi.

14 November 2013 - Beberapa keping siling berukuran 3 X 3 meter jatuh ke Wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

4 Disember 2013 - Hampir 10 keping siling runtuh di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Serdang berhampiran kaunter jururawat.

9 Disember 2013 - Kuarters kakitangan Hospital Serdang pula mengalami insiden runtuhan siling.

18

Bagus
21

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
26

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 10-12-2013 01:40 PM
ada penunggu
Quote Nash^Roy 10-12-2013 01:44 PM
takper.. yg penting kite bg kontraktor yg sama wat keje..
Quote aliaa 10-12-2013 01:46 PM
sudah ditakdir kan nak runtuh...
Quote sapp73 10-12-2013 01:46 PM
setahun berapa kali nak runtuh daaaa
Quote aTiKah_aYuNi 10-12-2013 01:53 PM
aduhai....ape laa nasib2 org yg tak bersalah tu???
Quote xpdckelate 10-12-2013 01:57 PM
yang ni tanak blacklist kontraktor or pemaju ke?tanak siasat ke kot2 ada unsur penipuan atau rasuah?JKR camne boleh kasi lulus ni?tak check betul2 ke?
Quote annehuda 10-12-2013 02:02 PM
nk tunggu smpi ade org mampus ke baru nk amek tindakan?
Quote Lina66 10-12-2013 02:16 PM


Tak lama lagi bukan siling je runtuh bangunan hospital skali akan runtuh...
Quote dugongCute 10-12-2013 02:23 PM
projek baru lagi bg kat org yg sama lagi
runtuh lagi
projek baru lagi
and it goes like smpi forever la..
Quote Al-Patih 10-12-2013 03:27 PM
xpdckelate posted on 10-12-2013 01:57 PM
yang ni tanak blacklist kontraktor or pemaju ke?tanak siasat ke kot2 ada unsur penipuan atau rasuah? ...

jkr macam mana nak check cek ....
Quote rikays 10-12-2013 03:48 PM
6 ke 7 ??
ke 8 ???
Quote melia_star 10-12-2013 03:50 PM
Lina66 posted on 10-12-2013 02:16 PM
Tak lama lagi bukan siling je runtuh bangunan hospital skali akan runtuh...

iols pun baru nk sebut tadi tp rasa cam choy la pulak...bkn la mendoakan tp nmpk gaya mcm tu lah.....
Quote R2D2 10-12-2013 03:52 PM
duit masyuk...
Quote norie230 10-12-2013 03:54 PM
runtuh lagi....
Quote magnus 10-12-2013 03:59 PM
Seramla pulak..
Quote emmet_23 10-12-2013 04:00 PM
pihak bertanggungjawab sila periksa balik bahan binaan Hospital Serdang.. mana la tau ada seleweng kt situ dok pakai bahan yg quality rendah.. kerajaan dok kuar duit, kontraktor yg masyuk...

Maybe HS ada 'penunggu'...hehe
Quote Nash^Roy 10-12-2013 04:01 PM
takper.. yg penting bumi dpt projek.. DAP jgn jaki ok..
Quote Maideen. 10-12-2013 04:01 PM
Kualiti siling hospital haruslah dipertingkatkan demi keselamatan pesakit yang datang mendapatkan rawatan percuma.
Quote Suchi 10-12-2013 07:57 PM
gilaa..saya rasa sepital neh kena tutup kejap n bina semula
sy dah lah selalu pi sini dan mmg agak trauma je rasaaaa

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.088909 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top