CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Beri Anak Minum Racun

9-12-2013 11:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6348| Komen: 24

Description: Bangi – Seorang Wanita Direman Tujuh Hari Bagi Membantu Siasatan Berhubung Kematian Anak Bongsunya Akibat Meminum Racun,Isnin Lalu.

Gambar hiasan


BANGI – Seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung  kematian anak bongsunya akibat meminum racun,Isnin lalu.
               
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, wanita berusia 31 tahun itu direman sejak kelmarin selepas disyaki terlibat menyuruh  ketiga-tiga anaknya berusia dari 10 hingga 15 tahun  meminum racun yang dicampurkan dalam minuman ringan.
                
"Anak lelaki mangsa masih dirawat dan dilaporkan stabil di Hospital Serdang, manakala suspek  yang turut minum racun sempat diselamatkan selepas menerima rawatan di Hospital Kajang,"katanya.
                
Menurutnya, sementara itu polis sedang mengesan suami wanita berkenaan yang dipercayai menjadi punca kejadian selepas dikatakan tidak pulang ke rumah selama seminggu.
               
Suspek sebelum itu sempat diselamatkan selepas anak sulungnya bertindak meminta bantuan dari teman lelakinya selepas mendapati ahli keluarganya tidak sedarkan diri setelah meminum minuman ringan diberikan oleh ibu mereka.
                
Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambal_kicap 8-12-2013 09:49 AM
Aduss.. Ibunya kok tensen beno sampai eri anak minum racun? semoga selamat semuanya
Quote noor2 8-12-2013 09:54 AM
...#$%^&  sangat perempuan ni...
Quote edee_91 8-12-2013 09:57 AM
bunuh diri ajak anak2 sekali?
Quote Fleur81 8-12-2013 10:01 AM
Sian anak2 tu jadi mangsa kebodohan maknya
Quote ringcat 8-12-2013 10:05 AM
kaum apa? bangsa apa?

korang dah boleh agak kan,kes-kes minum racun ni.
Quote stryder_cats 8-12-2013 10:07 AM
Nk mati gi sorang2 la... yg bawak anak sekali tu buat apa
Quote azrain98 8-12-2013 10:14 AM
ibu yang sengal....anaknye yg kena
Quote PathFinder@60 8-12-2013 10:19 AM
ringcat posted on 8-12-2013 10:05 AM
kaum apa? bangsa apa?

korang dah boleh agak kan,kes-kes minum racun ni.

Tak dinyatakan,
XXXA atau XXXXA,
Meleiss ? Tak Mungkin...

Quote mybarbie 8-12-2013 12:50 PM
haih.. bgla anak2 tu peluang merasa dunia dulu...
Quote cikSepiT 8-12-2013 01:01 PM
ringcat posted on 8-12-2013 10:05 AM
kaum apa? bangsa apa?

korang dah boleh agak kan,kes-kes minum racun ni.

banyak kaum kat malaysia ni..
mane satu??hehe
Quote moocoww 8-12-2013 01:06 PM
ringcat posted on 8-12-2013 10:05 AM
kaum apa? bangsa apa?

korang dah boleh agak kan,kes-kes minum racun ni.

klau dulu KES minum racun ni bole agak klau x org XXXA@XXXIA..tapi sekarang suma bangsa pun sama...
Quote mikasa 8-12-2013 01:09 PM
Kesian ..kena paksa ngan mak minum berjemaah. Kenapa ramai kaum ni suka minum? Dulu MA minum racun..pastu menyesal..gi ED mintak tolong..tapi mati jugak
Quote solstice 8-12-2013 01:13 PM
Bodoh bgsat
Simply kes cuba bunuh
Gantung jer smpai nampus kiok
Quote nurul_akmar 8-12-2013 01:15 PM
mak dia sorg bunuh diri sudah la
Quote BurningTimes 8-12-2013 01:20 PM
Kesian adik ini mampos sebab mak celaka yang bagi minum racun, belum kiamat lagi pun udah mampos kan dik. Moga2 adik2 ini syahid lah kot, takkan pelajar turki itu jah yang boleh syahid masuk sorga bidadari firdausi.
Quote magnus 8-12-2013 01:28 PM
Knplah agaknya...
Quote sapp73 8-12-2013 02:17 PM
Menurutnya, sementara itu polis sedang mengesan suami wanita berkenaan yang dipercayai menjadi punca kejadian selepas dikatakan tidak pulang ke rumah selama seminggu.
        


ni kes bergaduh dengan lakilah ni...tapi kenapa nak babitkan anak-anak
Quote prettyuglybabe 8-12-2013 02:27 PM
anak-anak beliau tak ada IC ke?
Quote batmana 8-12-2013 02:28 PM
sib baik ada kawan..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055657 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top