CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Acah-Acah Pakai Barang Mewah, Tak Boleh Makan Warung,"-Bapa Risau Reen Rahim Lupa Diri

13-10-2021 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9120| Komen: 23

Description: “Kepada ibu bapa, Insya-Allah anak-anak akan sentiasa di landasan yang betul bila dia melalui hidup dengan reda dan doa kalian. Jujur kepada diri sendiri, doa dan ikut kata hati.”
“Kepada ibu bapa, Insya-Allah anak-anak akan sentiasa di landasan yang betul bila dia melalui hidup dengan reda dan doa kalian. Jujur kepada diri sendiri, doa dan ikut kata hati.”


Demikian kata pelakon Reen Rahim yang berpegang dengan prinsip bahawa kepercayaan dan sokongan keluarga juga penting untuk seseorang anak berjaya dalam karier.

Reen, 33, berkata demikian apabila teringat tentang kerisauan bapanya sewaktu dia mula-mula memasuki dunia hiburan dengan menyertai program realiti Pilih Kasih terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar lapan tahun lalu.


Foto: IG

Kongsi pemilik nama lengkap Noreean Ashikin Abdul Rahim itu, ketika itu bapanya sangat risau andai dia terjebak dengan perkara tidak patut selepas bergelar anak seni.


“Lapan tahun lepas, amie (gelaran untuk bapanya) hantar saya masuk di Angkasapuri (RTM) ini dengan penuh gundah gulana. Malam ketika mengemas barang, dia menangis semahu-mahunya.

“Bila kakak tanya, amie jawab dia takut saya rosak, lupa diri. Dia takut saya terjebak dengan kegiatan negatif seperti apa yang dibaca dalam laporan berita dan majalah Mangga bahagian gosip tu,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.



Bagaimanapun kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, semua keresahan bapanya tidak menghalang dia meneruskan niat bergelar anak seni memandangkan dirinya seorang yang tegas dalam mencapai apa yang dimahukannya.

“Saya ni memanglah anak mak. Tapi mak dan bapa kena dengar cakap saya. Sekali saya cakap nak, tiada siapa boleh halang. Masa itu, kakak yang nasihat dan tenangkan amie.




“Alhamdulillah, saya sama je tak ada lah pula lupa diri. Acah-acah pakai barang mewah, tak boleh makan warung, nak lepak tempat mahal selalu dan berkawan dengan orang tertentu saja. Lambat lagi. Kisah pula aku dengan semua itu,” katanya.

Untuk rekod, pelakon kelahiran Klang, Selangor itu mula menceburi dunia lakonan selepas menjuarai program Pilih Kasih musim ketiga pada 2012. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigihadid 13-10-2021 08:22 AM
iolss baca tajuk acah2 pkai bawang merah.. hahahaha.. konpius awat pkai bawang merah x bleh mkn warung.. brg mewah rupenye
Quote husna_amal 13-10-2021 09:30 AM
Dia ni ok lah rekod baik bebas dari kontroversi melampau.
Quote naina 13-10-2021 10:35 AM
Dia ni kelakar la. cara cakap merempit mengada tapi garang. Takdalah nak control cun je walaupun memang cunn
Quote NFBZCantik 13-10-2021 11:23 AM
dia ni cantik yang bukan gedik. so, aku ok dengan dia.
Quote ninjago 13-10-2021 11:34 AM
okla jujur and just be yourself kan. camnie baru wangiii. hahaha
Quote DayangKirana 13-10-2021 11:41 AM
Iols tak heran sangat nk folo retis kat IG..but sheols i folo..
she's funny..plus suka tgk she's joking around with her family. Sporting belaka.
Quote hasniey 13-10-2021 11:49 AM
Dia gedik jugak tp ai suka, plus dia mcm kelakar2 gitu
Quote musangbodoh 13-10-2021 12:00 PM
aku follow reen nie. lawa terlajak...muka, badan flawless auummmmm
Quote makton 13-10-2021 12:01 PM
aku tgk sedutan dia berlakon pujaan hati kanda mmg best. sempoi jee.. tak nampak kayu.
cerita hantu malam raya ke ape tah, yg berlakon dgn yoe parey & zero tu pun best.
takde dgr gosip2 liar pasal dia.
Quote seri_mawr 13-10-2021 02:55 PM
aku suka dia ni berlakon....

x nmpk control cun walaupun hakikatnya beliau mmg cun + cantik..
Quote hanihan16 13-10-2021 03:18 PM
jenis family person nengoknya. memang sejenis keje sebab niat nak bantu uplift ekonomi family agaknya. kelako yg dia mengaji dengan maknya tu
Quote KamikuP 13-10-2021 03:26 PM
Meolls suka dia lakonan x kayu plus cantik
Quote AshkieLa 13-10-2021 03:26 PM
suka juga dgn dia ni..
tak control2... berlakon pun ok takde nak amik angle lawa je.
ingat dia berlakon dgn Ungku Ismail.. kelakor...
dia kalau jadi heroin yg sempoi2 klakor... best. natural...
Quote cmf_premierleag 13-10-2021 03:27 PM
aku takde la suka tgk dia belakon.sbb mcm gedik je ms belakon
tp in person, nampak la reen ni matang and tahu bawa diri
dulu dia kena as pramugari MAS, dh biasa fly obersi ms on duty.so reti bawak diri
harap reen takde la libatkan diri dgn kontroversi busuk2 ni
Quote midori_katana 13-10-2021 04:07 PM
dia ka yg berlakon kisah balik raya kat kodiang hari tu?
Quote amyza82 13-10-2021 04:43 PM
disebabkan she cantik n talented, gedik pun sis suka

jejans mylsia tak hadap muka cantik yg mcm ni, diaorg suka muka sembab2 cam miwa
Quote nordin84 13-10-2021 10:12 PM
cantik beliau.. blhla berlakom jd adik beradik putri aisyah tu
Quote babycc 13-10-2021 10:18 PM
makton replied at 13-10-2021 12:01 PM
aku tgk sedutan dia berlakon pujaan hati kanda mmg best. sempoi jee.. tak nampak kayu.
cerita hantu ...

Tgklah kelmarin cinta lakonan reen ni.. salutelah.. mmg feel sgt lakonan die mat cerita tu.. x lebih x kurang.. tp sebab tayang dkt okey tv.. x glemer sgt..
Quote trexxxxxi 14-10-2021 09:51 AM
Ai sedikit kuciwa kerna tiada hencapan buat sheol
Gitu ai assumed acik2 porum shuker sheol la yer
One of aciks porum sweetheart agithuuu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.108156 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top