Penyanyi Fara Hezel berdepan detik mencemaskan apabila anak sulungnya iaitu Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra terperangkap dalam kereta yang terkunci selepas beriadah di sebuah kawasan rekreasi di Terengganu pada petang Selasa.
Cerita Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 25, pintu kereta itu terkunci secara automatik selepas dia selesai meletakkan anaknya yang berusa setahun itu di kerusi bayi pada bahagian penumpang hadapan. "Semasa kejadian hanya saya dan Aisy sahaja... kami dah nak balik rumah, saya letak Aisy di kerusi hadapan penumpang kemudian tutup pintu untuk bergerak ke bahagian pemandu. "Bila nak buka pintu pemandu tiba-tiba tengok dah terkunci dari dalam... kunci kereta pula tak ada dekat tangan saya sebab beg awal-awal lagi dah masukkan dalam kereta.
"Saya terus hilang arah, tak tahu nak buat macam mana, kereta pun belum start lagi risau kalau Aisy lemas dekat dalam... saya tak fikir panjang terus minta tolong orang sekeliling, saya pinjam telefon untuk hubungi suami dan minta mereka bantu bukakan pintu," katanya kepada mStar.
|
supermum replied at 12-10-2021 06:39 PM
Sebab takut kes macam ni la kunci keta aku sentiasa letak dalam poket
Carcosa replied at 12-10-2021 10:20 PM
Eh? Seriau pulak aku baca cerita minah ni (walaupun aku xkenal dia siapa
Aku selalu lah sangat, ...
Acikgomen replied at 13-10-2021 12:42 AM
Betul acik pun sama. Kunci keta sentiasa dlm poket suar. Acik siap boh getah larian amal kat kunci ...
Carcosa replied at 12-10-2021 10:20 PM
Eh? Seriau pulak aku baca cerita minah ni (walaupun aku xkenal dia siapa
Aku selalu lah sangat, ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
9-6-2023 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.101011 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.