CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noraniza Idris Sedar Diri Bila Ajakan Nak Berduet Ditolak

12-10-2021 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8486| Komen: 20

Description: Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui sedikit tersentuh apabila ‘lamarannya’ untuk berkolaborasi dengan beberapa nama artis ditolak atas alasan tertentu.Noraniza atau lebih mesra disapa Kak A ...
Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui sedikit tersentuh apabila ‘lamarannya’ untuk berkolaborasi dengan beberapa nama artis ditolak atas alasan tertentu.

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani berkata, dia pernah berhasrat untuk bekerjasama dengan beberapa nama artis yang dikenali hari ini untuk menghasilkan single duet, namun cadangan tersebut ditolak oleh artis terbabit.


Foto: IG

“Ada beberapa nama artis yang pernah saya ajukan cadangan untuk bekerjasama, tetapi ditolak. Tapi menolak dengan cara baik.

“Saya cuma bersangka baik walaupun sedikit tersentuh. Tidak mengapa sebab mungkin mereka punya perancangan sendiri. Saya pun sedar diri siapalah saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Menandatangani Perjanjian MOU antara Noraniza Idris Venture Sdn. Bhd. Dengan C2JOY di PNB Perdana Hotel & Suite, KLCC, semalam.


Dalam pada itu, pelantun lagu Awallah Dondang itu berkata, dia tidak pernah akan serik kerana menganggap perkara yang dialaminya itu (ditolak untuk bekerjasama) sebenarnya perkara biasa dan tidak ada isu yang perlu diperbesarkan.



“Saya tak rasa kecil hati pun, cuma sedikit tersentuh,” ujarnya.

Sementara itu, Noraniza atau nama lengkapnya Nor Aniza Idris , 53, mendedahkan bahawa dia kini dalam perancangan untuk menggabungkan artis-artis Irama Malaysia di bawah satu bumbung sebuah pertubuhan yang bakal diumumkan nanti.



Ujarnya, pertubuhan yang dirancang itu kini dalam proses pendaftaran dan masih menunggu kelulusan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran.

“Saya kini sedang menghimpunkan artis-artis Irama Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah single berkonsepkan Irama Malaysia untuk bergerak di bawah satu pertubuhan.

“Sudah sampai masanya artis-artis Irama Malaysia ini di satukan dalam satu bumbung pertubuhan dan berkongsi kesungguhan untuk bangkitkan Irama Malaysia dengan sepenuh hati,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 12-10-2021 03:02 PM
All the best kak Ani. Meolls support you since bintang rtm lagi yaa
Quote jejaka_hensem 12-10-2021 03:31 PM
[menganggap perkara yang dialaminya itu (ditolak untuk bekerjasama) sebenarnya perkara biasa dan tidak ada isu yang perlu diperbesarkan]

Cakap tak perlu diperbesarkan,tapi g canang dekat reporter?apoo
Quote Orix 12-10-2021 03:57 PM
ngapa la tokti takmo lgsg duet live dgan kak ani ekkk... ms konsert siti tour kt axiata aritu ada tokti nyanyi lagu hati kama, tp sheols sorg jah... kalo dia bawak kak ani mesti meriahhhhhh
Quote laksmanabentan 12-10-2021 04:03 PM
jejaka_hensem replied at 12-10-2021 03:31 PM
[menganggap perkara yang dialaminya itu (ditolak untuk bekerjasama) sebenarnya perkara biasa dan tid ...

welll............ kak ani kot...
oppsss...
Quote scrocth 12-10-2021 04:26 PM
Apa cer konsert 7 hari 7 malam sheols dulu? Siap dh jd mcm karnival lagi, hujung2 dkt matic pakai minus one jah. Kak Ani ni mmg byk idea, ambitious, tp mcm xreti nk ukur baju di badan sendiri. Xperlulah meols rs she buat persatuan2 irama malaysia ni. Xda kerja cari kerja. Di usia sheols ni, baik tumpukan pada projek peribadi ja sbg contoh kalau betul nk berkonsert solo, buat satu malam sudah la. Kumpulkan penari, pemain muzik dan promosikan utk satu malam yg suma bole pg konsert tu (tu pn kalau covid dh totally gone lah)
Quote asamfish 12-10-2021 04:34 PM
scrocth replied at 12-10-2021 04:26 PM
Apa cer konsert 7 hari 7 malam sheols dulu? Siap dh jd mcm karnival lagi, hujung2 dkt matic pakai mi ...

Betul...terlalu ambitious tapi tak ukur baju di badan sendiri...rasa diri yang terpaling,dan mempunyai sedikit perasaan berdengki.....

Quote GegarVaganja 12-10-2021 04:37 PM
scrocth replied at 12-10-2021 04:26 PM
Apa cer konsert 7 hari 7 malam sheols dulu? Siap dh jd mcm karnival lagi, hujung2 dkt matic pakai mi ...

Kannnn.
Ganja setuju. Buat kat Istana Budaya pun cukup dah la 1 malam macam Kesuma Jiwa tu.
Tapi buat acuan Kak Ani la, penari 10 bas. Props ala2 kat AJL tu haa. Yang penting penari2 dengan koreografer tarian gempak gitu. Confirm tiket cepat je sold out.

Quote zie_indah 12-10-2021 05:04 PM
Sensitif lebih dah masuk industri seni lama tp gitula... hahahahaha sori kak Ani
Quote sleepandream 12-10-2021 06:12 PM
ko ingat ko tokti ke? suara pun sengau2 sakit jah dekat GGV lepas...
bagus lagi suara kak melah yach
Quote sleepandream 12-10-2021 06:15 PM
scrocth replied at 12-10-2021 04:26 PM
Apa cer konsert 7 hari 7 malam sheols dulu? Siap dh jd mcm karnival lagi, hujung2 dkt matic pakai mi ...

verangan apooo... pemuzik pun tak mampu lagi nak ambik penari 10 bas...
memang lingkup la sebagaimana taman mini malaysia itohhh
Quote MyLadyMarmalade 12-10-2021 06:17 PM
Mungkin artis tu dh dengar soksek pasal kak ani? Ahaks jgn mara kak aniiiii
Quote uori 12-10-2021 07:02 PM
sape? bagilah klu banyak sikit, leh ngumpat
Quote scrocth 12-10-2021 08:47 PM
GegarVaganja replied at 12-10-2021 04:37 PM
Kannnn.
Ganja setuju. Buat kat Istana Budaya pun cukup dah la 1 malam macam Kesuma Jiwa tu.
Tapi ...

Ni meols bg cadangan, drpd buat karnival tah apa2 yg belom tentu org ada masa nak pg, apa kata kak ani buat proposal utk RTM buat konsert  live istimewa (propose lah venue besar sikit at least pwtc ke? sbb angkasapuri terhad sgt seat nya) mintak kementerian sponsor pemuzik orkestra dan penari, airtime untuk 3 jam jemput vvip dan kerabat diraja cemar duli, dan jemputlah artis2 irama malaysia dlm 2-3 org (yang boleh berduet lagu2 dgn kak ani mcm roger, haziq af4, ctdk ke?) hah, berjoget, berzapin, berghazal, berinang lah cukup2 satu malam tu satu malaysia boleh tonton live! Kalau ada live stream lagi bagus, boleh dipromosikan ke serata dunia. Mintak semua youtuber yg buat reaction video bagai. Tu lagilah boleh popularkan budaya dan irama malaysia dgn lebih impak lg.
Quote danieladam 12-10-2021 11:14 PM
Orix replied at 12-10-2021 03:57 PM
ngapa la tokti takmo lgsg duet live dgan kak ani ekkk... ms konsert siti tour kt axiata aritu ada to ...

Sorila chuols..iols lebih rela tok ti nyanyi sorang je Hati Kama kat axiata tu mengenangkan sikap terpaling nek ani ni. Silap2 haribulan, nek ani ni pulak yg take over konsert tok ti tu jadi konsert dia, nak kena penuhi permintaan dia nak key ikut dia, nak mic dia kuat, nak baju lebih cantik. Choyyyyy...

Terimalah takdir nek ani ni tok ti mmg dah x mau berduet dah dgn dia. Retis terpaling sangat.
Quote sleepandream 13-10-2021 12:15 AM
danieladam replied at 12-10-2021 11:14 PM
Sorila chuols..iols lebih rela tok ti nyanyi sorang je Hati Kama kat axiata tu mengenangkan sikap  ...

kalau iols... masa paling afdol utk iols ke toilet daripada tgk persembahan duet yang fake itew
Quote glump 13-10-2021 02:47 PM
Ikut kata Ramli MS...penyanyi bukan penghibur pun jauh
Quote NEmma 13-10-2021 03:38 PM
scrocth replied at 12-10-2021 04:26 PM
Apa cer konsert 7 hari 7 malam sheols dulu? Siap dh jd mcm karnival lagi, hujung2 dkt matic pakai mi ...

Buat persatuan senang apply dana chuollss
Quote NEmma 13-10-2021 03:40 PM
Kata tak kisah, tapi inform kat media, pastu tersentuh.. Apoooooo
Quote chinta89 13-10-2021 04:17 PM
Sementara itu, Noraniza atau nama lengkapnya Nor Aniza Idris , 53, mendedahkan bahawa dia kini dalam perancangan untuk menggabungkan artis-artis Irama Malaysia di bawah satu bumbung sebuah pertubuhan yang bakal diumumkan nanti.


ada dulu sorang prmpuan ni dia nyanyi lagu irama malaysia. x ingat lagu ape sape penyanyinya.

mas atu start timbul n penyanyai lelaki n prmpuan yg bawak genre mcm kak ani tp x btahan lama dlm industri.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.061551 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top