CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hrithik Roshan Beri Pesanan Makan Dalam Kepada Anak Shah Rukh Khan

11-10-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6619| Komen: 17

Description: Berita penahanan anak kepada pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kerana penyalahgunaan dadah bukan sahaja mengejutkan ramai peminat, malah turut mengundang simpati rakan artis lain.
Berita penahanan anak kepada pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kerana penyalahgunaan dadah bukan sahaja mengejutkan ramai peminat, malah turut mengundang simpati rakan artis lain.


Salah seorang aktor terkenal Bollywood iaitu Hrithik Roshan turut menulis surat terbuka meminta Aryan tabah dan kuat berdepan ujian ini.

Foto: Via mstar


"Buat Aryan sayang. Hidup adalah satu perjalanan yang aneh. Tidak selalunya bagus tetapi tuhan memberikan yang terbaik. Dia memberi cubaan untuk dihadapi dan kamu dipilih supaya belajar merasakan tekanan agar diri kamu boleh berdepan apa situasi masa hadapan.

"Kesalahan, kegagalan, kemenangan, kejayaan semuanya sama jika kamu tahu yang mana harus disimpan dan yang mana harus dibuang dari perjalanan hidup.


"Percayalah, kamu akan menjadi lebih baik dari mereka semua. Akan datang cahaya nanti. Itu selalu ada," katanya menerusi laman Instagram.



Bersama kapsyen tersebut, dia memuat naik foto pemuda berusia 23 tahun ini.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada Ahad.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Mahkamah Mumbai menolak permohonan jaminan ke atas Aryan dan pemuda itu terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-10-2021 11:07 AM
Apa yg makan dalam?

Ingatkan dia mencarut macam dibah aa
Quote helicornia 11-10-2021 11:12 AM
Kurex: Apa yg makan dalam?Ingatkan dia mencarut macam dibah aa

Baru nk ckp benda sama
Quote kucingitam 11-10-2021 11:27 AM
tak berapa nak makan dalam la...beshe2 je
Quote spy_caridotdot 11-10-2021 11:36 AM
Pening aku celah mana yang makan dalam??
Quote mawarkhayalan99 11-10-2021 11:54 AM
hensem nya anak srk sebijik menurun apaknya
Quote ezacbee 11-10-2021 11:57 AM
Tak berapa dalam ni TT
Quote pxlbb 11-10-2021 12:53 PM
Iols baca dengan nada suara hitrik dlm kabhi kushi kabhi gham

Pejamkan matamu dan bayangkan ibu bapamu nescaya engkau akan meraih kejayaan aaagittteewww
Quote KamikuP 11-10-2021 01:33 PM
Panjangnya karanagn Hrithik ni dah mcm baca komen pjg  kat ig Dr Say.. yihh sgt
Quote iolss 11-10-2021 06:01 PM
tajuk kn catchy ye x pdhal isik nan hadoo deep nya.. mcm nsht bapak ke anak je.. apooo tt xckp mndalami kau ni
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 08:34 PM
Tastehhhhh nyaaaaa bergetar2 mutiara khorsani iol nengok kehenseman hanak srk

So heol ni memang di set up orang keee hapo?
Quote norawestallen 12-10-2021 04:04 AM
Ingatkan ada maki-maki ker apa ker? Nie tak berapa makan dalam pun. Nasihat beshe2 je
Quote spankee_fili 12-10-2021 08:12 AM
pxlbb: Iols baca dengan nada suara hitrik dlm kabhi kushi kabhi gham Pejamkan matamu dan bayangkan ibu bapamu nescaya engkau akan meraih kejayaan aaagit ...


Ayooo kabhi kushi, dah tengok 38 kali tetap air mata berjurai2 wei
Quote Dorotheas 12-10-2021 10:59 AM
Anak artis superstar kaya raya nnti lepas la tew.. mcm biasa je... Kalau masuk jel pun mcm hotel 5 star.. tkda hal
Quote RatuDunia94 12-10-2021 12:45 PM
Kepocinya Hritik ni..
Quote bungalisa 12-10-2021 06:34 PM
Ingat kan... Hitrik order grab food kat aryan makan dalam lokap....  Aishhhhhh
Quote mizzmimi 13-10-2021 11:37 PM
?Spoilt brat? Pon gigih nak nasihat panjang2 macam le dalam penjara bole baca huhu
Quote gideoncross 14-10-2021 11:40 PM
Komen2 korg lagi klakar dri artikel tu hahahaha.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.278063 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top