CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sefik Khair Harap Dikenali, Jadikan Shaheizy Sam Sebagai Idola

11-10-2021 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6728| Komen: 19

Description: Merendah diri. Itu pandangan pertama menggam-barkan karakter pelakon baharu ini. Harap sikap baik itu kekal sampai bila-bila.
Merendah diri. Itu pandangan pertama menggam-barkan karakter pelakon baharu ini. Harap sikap baik itu kekal sampai bila-bila.

Biarpun industri seni dihujani pelapis baharu, Sefik Khair tidak memandang perkara itu sebagai satu ‘saingan’. Bahkan dia percaya pada bakat sendiri dan sedar setiap pelakon mestilah hadir dengan pakej.


Kongsi Sefik yang mula dikenali selepas membintangi drama Mencari Maradhatillah dan Nur 2 itu, juga mula belajar cara membawa diri dan menjaga tingkah laku.


Foto: IG

“Selain itu, kenali kekuatan dan kekurangan diri sendiri. Sentiasa bersedia untuk belajar, merendah diri dan menghargai setiap peluang yang diberikan.

“Antara lain kena pandai jaga keterampilan diri. Penjagaan diri pun pekerjaan juga, seperti mana mendapatkan bentuk tubuh badan untuk tuntutan watak.

“Tambahan di zaman media sosial, kena ambil tahu dan aktif untuk perkembangan karier seni,” jelasnya yang menjadikan Shaheizy Sam sebagai idolanya.


Antara drama lain seperti Kiblat Yang Hilang, Skuad JPJ, Rindu Terlarang dan yang sedang bersiaran Hello Jangan Tapau Cintaku.

Menyentuh mengenai populariti, Sefik Khair atau nama lengkapnya Ahmad Syafiq Khairul Anuar, 29, mengakui tanda aras itu penting untuk perkembangan graf seni lakonannya.



“Tidak dinafikan populariti penting untuk perkembangan karier lakonan. Pula dalam zaman media sosial, itu antara strategi untuk pendedahan lebih meluas.

“Harap satu hari orang dapat kenali saya dan percaya pada bakat saya,” luahnya.

Jika diimbas pembabitan awal, Sefik sebenarnya sudah terjun ke bidang lakonan ini sejak enam tahun lalu, namun berehat seketika demi percaturan yang lebih baik untuk masa hadapan.



“Kalau teruskan industri juga, saya mungkin tidak dikenali atau sebaliknya. Ketika itu saya berusia 23 tahun, penampilan pun tidak macam sekarang.

“Jadi saya perkemaskan penampilan diri dengan menyertai kelas dan pertandingan peragaan. Kemudian masuk kelas lakonan untuk mantapkan lagi apa yang kurang.



“Tidak mahu bakat lakonan saya mendatar saja. Sebabnya akan ada orang lain yang lebih bagus. Jadi, memang tiada penyesalan selepas pelbagai usaha dan pelaburan saya lakukan untuk diri sendiri,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 11-10-2021 10:15 AM
sapooooo nih???nama da cam capik kail..klon gred copy ori ke?
Quote momoruru 11-10-2021 10:20 AM
Baru tahu namanya....Dia ni kalau ada dalam drama, time scene dia selalu teringat kat Zul Arifin suara dan cara percakapan dia lebih kurang sama
Quote electricopop 11-10-2021 10:27 AM
Helok la jugak...
Quote slyfynx 11-10-2021 10:48 AM
Ahmad Syafiq Khairul Anuar
Nama kat IG syefikk
Nama dalam artikel Sefik Khair.
Dalam kepala aku nama die sepi skuntum mawar merah terus
Quote KamikuP 11-10-2021 01:48 PM
Mira Filzah versi lelaki muka basic
Quote TeropongThaico 11-10-2021 05:43 PM
Takde org lain ke dia leh idolakan

Ai tanya jeeee
Quote Cintakapuri 11-10-2021 06:30 PM
Misusing hashtag...
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 08:28 PM
Yihhhhhh oh baby oh baby yang ko idolakan??
Quote kiah_mai_pulak 11-10-2021 08:50 PM
tkda nama lain ke dh nak pakai?
Quote immaryjane 11-10-2021 11:20 PM
Sendu nye like. Iols pnye lagi banyak wlupn bukan retis sendu.
Quote minahmanja 11-10-2021 11:28 PM
kenapa aku tgk cara & suara dia ala2 julripin...
Quote kitmal9545 12-10-2021 12:11 AM
mmmmm hero drama tv3 atau jam 7
Quote 800214 12-10-2021 07:35 AM
slyfynx replied at 11-10-2021 10:48 AM
Ahmad Syafiq Khairul Anuar
Nama kat IG syefikk
Nama dalam artikel Sefik Khair.

   . Kau ni. Berdekah baca
Quote redz85 12-10-2021 08:04 AM
harap tukar idola mat..
Quote red_velvet 12-10-2021 08:30 AM
Mamat ni kan yg jadi warden penjara ke polis  Dalam nur 2 ..tapi kejap je la dia muncul..
Quote 3chanceno 12-10-2021 10:06 AM
Macam ada sipi2 nuka jul pun ada

Dalam ramai2 aktor, si kepam acah2 popular cam holiwood tu yg jadi idola
Quote salimrock 12-10-2021 10:40 AM
ok la semoga berjaya,

ok dah body tu, jgn nak besar / sado sgt

tgk la kt idola mu, dlm polis evo badan cantik, bila dah takde watak polis, badan jd gemok, perut bulat /boncit
Quote ezacbee 12-10-2021 12:25 PM
Dia ni cam klon zul aripin. Gaya bercakap sebijik cam zul. Jenis pemalas.
Quote RatuDunia94 12-10-2021 12:46 PM
Sape ni? Muka mcm org lembah je..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.294590 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top