CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Menangis Sendirian, Tidur Mengigau- Isteri Azmi Saat Alami Tekanan Selepas Kehilangan Bayi

10-10-2021 04:12 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5609| Komen: 61|Original author: Oleh: Cari-Saiful

Description: Kematian anak sulungnya selepas tiga hari dilahirkan cukup meninggalkan kesan emosi yang mendalam terhadap vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Naziah Muhammad.
Kematian anak sulungnya selepas tiga hari dilahirkan cukup meninggalkan kesan emosi yang mendalam terhadap vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Naziah Muhammad.

Kata Azmi, isterinya berdepan tekanan.

Foto: IG

"Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan menangis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia.

"Sejujurnya saya lebih sedih memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergiannya, saya perlu kuat untuk isteri... saya risau kesihatan dia terganggu.

"Alhamdulillah sekarang Allah permudahkan urusan isteri, emosi dia juga semakin baik," katanya kepada mStar.




Sementara itu Azmi kata dia sudah kembali bekerja.

"Sekarang dah boleh kerja tapi saya hanya ambil waktu siang saja, waktu malam saya nak jaga isteri.

"Walaupun ada mak tolong jaga tapi tak sama dengan suami."



Azmi kata dia reda dengan ujian Allah dan akan berusaha untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang.

"Kami akan tetap berusaha dapatkan anak, InsyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.



"Apa yang terjadi dalam hidup kami ni satu kisah yang tak boleh kami lupakan.

"InsyaAllah saya akan keluarkan lagu berkisarkan perjalanan dan kisah hidup kami yang menanti kehadiran anak namun berakhir dengan kesedihan." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Namasayaomel 10-10-2021 04:52 PM
ujian dari allah...iolss sedih..lg2 dorg pulak OKU...haihhh btapa kuatnya psangan suami isteri ni..
Quote redwood 10-10-2021 05:24 PM
Innalillahiwa’innailaihirijuun….anak syurga
Quote Fortiori02 10-10-2021 05:24 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun,moga Azmi & isterinya tabah
Quote faraway1 10-10-2021 05:46 PM
Semoga ada rezeki lagi... Dikurniakan anak sihat walafiat menawan hati ibubapa.
Quote beta_carotene 10-10-2021 06:16 PM
sorry reputz. nk tulis nama orang tulis betul2.

nama wife azmi nazirah, bukan naziah.
Quote Mamajiyem 10-10-2021 07:48 PM
Semoga tabah Dan baik2 je la nnti....
Quote dua_chzy 10-10-2021 08:04 PM
Itulah namanya PTSD, Cari-Saiful. Kau kena banyak menggali lagi.
Quote nsmy 10-10-2021 08:16 PM
Semoga isteri azmi tabah n kuat...
Quote dudaberhias 10-10-2021 08:19 PM
innalilah... semoga emosi isteri azmi pulih... insyaallah ada rezeki lagi...
Quote 234126 10-10-2021 09:06 PM
iol masa baca dia dapat baby tu punya happy. Pastu meninggal iol tak sanggup nak baca, baca tajuk je pun dah sebak. Besar dugaan pasangan ni ya allah, kurniakanlah mereka rezeki yang terbaik soon.
Quote LadyCarefree 10-10-2021 10:04 PM
Kesiannya mereka ni.

Mungkinlah kalau ada rezeki mengandung lagi, bolehlah pergi ke hospital besar kerajaan. Ya ajal maut tuhan yg tentukan.
Quote jejarihalus 10-10-2021 10:07 PM
Isteri Azmi.ni kena dapatkan rawatan PTSD...takut meroyan ..
Quote somaki 10-10-2021 10:09 PM
Boleh tahu anak mereka meninggal sebab apa?
Quote Thunderclouds 10-10-2021 10:11 PM
Get help. Seek treatment. Takut jadi delusions, jd hallucinations btambah2 parah. Mudah2an cepat sembuh, body & soul. Amin3.
Quote farhana008 10-10-2021 10:14 PM
Ya Allah.Berikanlah ketabahan kepada isteri Azmi.Iols doakan mereka ada rezeki anak lagi.
Quote enot_sibudak 10-10-2021 10:19 PM
apa yg iols paham, mereka tahu sblm melahirkan lagi masalah tu, tp bak kta azmi, mereka memilih x war war sbb yakin andai takdir bleh mengatasi segalanya..wpn sekejap bermakna bg mereka.. jgn tinggal bini dia sorg2..
Quote hanihan16 10-10-2021 10:32 PM
semoga azmi & nazirah dikurniakan cahayamata yg sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran, elok paras rupa selepas ni. semoga Allah angkat dan makbulkan doa ni setiap kali dibaca oleh u all semua dalam ni.

on a side note, azmi ni buta sepenuhnya ke rabun terlampau teruk sebab i wonder yg taip caption ig dia siapa eh? sebelum ni tak pernah ambik tau pasal dia so i tak tau
Quote TeropongThaico 10-10-2021 10:42 PM
Innalillahiwainnailahirojiun...
Moga Allah ringankan beban yg membelenggu kedua mereka
Quote missyL 10-10-2021 11:26 PM
Semoga dipermudahkan urusan sis nie.kuatkn lah die..

Lihat semua komen(61)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2021 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.082583 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top