CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Acah Alim, Jangan Layan,"- Joy Revfa Bagi Tips Elak Digoda 'Pendakwah'

2-10-2021 12:29 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11680| Komen: 77|Original author: Oleh: Cari-Saiful

Description: Bekas isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa menasihati wanita agar sentiasa berwaspada dan tidak terjebak dengan maksiat.
Bekas isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa menasihati wanita agar sentiasa berwaspada dan tidak terjebak dengan maksiat.

Joy memberikan nasihat sebegitu memandangkan dia pernah diganggu lelaki yang bergelar pendakwah.



Foto: IG

"Disebabkan tahun ini tak henti-henti ada sahaja fitnah yang melanda golongan yang dihormati termasuklah bergelar ???ustaz???, saya nak kongsi tip kepada wanita.

"Sebagai wanita haruslah mencegah daripada awal. Sekiranya anda tiba-tiba diganggu golongan yang gelarkan diri mereka pendakwah atau lelaki yang acah alim... tak kisah la popular atau tidak, jangan sesekali layan.

"Contohnya kalau dapat mesej waktu malam, jangan balas! Tunggu hari dah siang baru balas. Kalau mereka minta gambar yang bukan-bukan, balas saja... berdosa besar, ingat Allah SWT, ingat isteri anak-anak, dunia dah nak kiamat," katanya kepada mStar.





Joy juga sempat berkongsi tips supaya tak diganggu lelaki hidung belang.

Katanya pendakwah juga manusia biasa dan tak lari daripada melakukan kesilapan.



"Jangan melayan atau terima apa-apa tawaran dia. Jangan bagi peluang sedikit pun untuk mulakan perbualan intim. Teknik ni saya dan kawan-kawan dah buat dan memang berkesan.

"Golongan ini pun manusia biasa... tak kiralah perempuan tu free hair ke berhijab labuh ke... tetap diganggu tapi tak semua yang bergelar ustaz berkelakuan macam ini.

"Jadi kita kenalah berhati-hati sebab orang perempuan ni memang cepat tergoda dengan ayat lelaki yang nampak macam alim dan baik. Ingat kita perempuan jangan sesekali bagi ruang, mencegah lebih baik daripada mengubati.



"Kalau ikut cara tu, mesti tak akan diganggu, kalau rasa semak sangat sekat sahaja nombor mereka... jika diganggu sampai datang cari rumah, terus buat laporan polis."

Terima kasih Joy atas nasihat tersebut. Semoga bermanfaat buat wanita di luar sana. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal9545 2-10-2021 12:32 PM
Acah cantik..jangan layan kaki gambar filter....Tips elak tertipu ( boleh?????)
Quote makadek 2-10-2021 12:48 PM
Muka tk filter dia camne
Quote SweetRehan 2-10-2021 12:54 PM
Dia ni suka berangan kot tu yg suka wat photoshoot fantasi2 gitu....
Quote 3chanceno 2-10-2021 01:14 PM
Joy nie retis ke masuk bodgos???

Jgn tertipu dgn gambar2 berfilter bertingkat2 ye
Quote KamikuP 2-10-2021 01:17 PM
Mohon jgn tertipu dgn manusia yg acah2 cantik padahal filter belaka mcm you lah joy apoo..
Quote missyL 2-10-2021 01:21 PM
Nk jgk bg komen.
Lol
Rajin nye angkut barang2 pg piknic semata nk bergmbar
Quote nakkomenjugak 2-10-2021 01:29 PM
Okay gurlll

Ada terbaca blog sheol jadik mak andam bcl
Nasib dah tak pakai tudung iras2 datin haha
Quote musangbodoh 2-10-2021 02:01 PM
errr...dh abis edah ke
Quote namieamuro 2-10-2021 02:05 PM
ade lagi die ni. sekadar bekas bini retis je pun bole tembus lg masok sini. siap nk share tips elak digoda? sakit perot iols bile tips tu dtg dr acik joy
Quote kiah_mai_pulak 2-10-2021 02:43 PM
dia ni lah kan pelopor pakai tudung acah2 rambut berjurai tu kan? dulu2 tgk dia je, runpanya 2021 dh jadi trend,, bongok betol masing2
Quote pearl.silver 2-10-2021 03:50 PM
musangbodoh replied at 2-10-2021 02:01 PM
errr...dh abis edah ke

Dia jd kawen ke ngn laki yg haritu
Lamanye dah xbc update repah ni..
Quote Nadiabella 2-10-2021 05:51 PM
Filter Queen..hidup di alam fantasi.
Quote Gumball 2-10-2021 06:24 PM
Dia niy macam xsenang duduk klw tetiba keluar berita pasal ex dia...mesti meroyan..
Hati xtenang ye, diknon
Quote pittjie 2-10-2021 06:34 PM
Ko percaya benda tu ujud, .. pernah terjena pernah Alami .. tp lps tu ko ckp byk fitnah kat 'ustat2' ni pulak.
Quote dudaberhias 2-10-2021 06:39 PM
Ingat lagi joyah kuat berangan hidup di alam fantasi , sanggup dan tergamak dulu dia buat fake account fb dan letak status in a relationship dengan account dia buat sendiri tu. Account tu dia fake kan sebagai tan sri. Choiii berangan sungguh ko dik! mesti jenis tak berpijak di alam nyata, cuba sape2 bagi penampar se das kot2 roh dia boleh pulang kembali ke bumi nan bulat
Quote slyfynx 2-10-2021 07:25 PM
Retis kah beliau ni?
Filter tu boleh cover sekampung punye kulit muka
Quote husna_amal 2-10-2021 07:32 PM
Bagi tips sebab dah terkena lah tu. Jangan masih tak serik2 sudah la.
Quote iluma 2-10-2021 07:34 PM
teruk sangat dia filter.mcm habis jadi mcm bidadari gitew kekonon hahhahahah
Quote inspektoremos21 2-10-2021 07:37 PM
Teringat benang hafiz vs repah tahun 2017 dulu. Bertingkat2 yach.. penat kejar. Apa pun iols tetap team piz midon

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063861 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top