Polis bebas tali gantung ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal bebas daripada hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam, atas pertuduhan menembak rakan setugas di pintu masuk Istana Anak Bukit, dekat sini, tahun lalu. Tertuduh, Rosli Abu Hassan, 27, diarahkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab supaya ditahan dan menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta kerana mengalami skizofrenia. Pihak pendakwa membuktikan si mati ditembak oleh tertuduh semasa kejadian, manakala keterangan pakar forensik membuktikan si mati ditembak menggunakan senjata raifal M-16 yang dibekalkan kepada tertuduh untuk menjalankan tugas. Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata, pihak pendakwa membuktikan si mati, Konstabel Muhammad Sobri Md Sidek, 22, ditembak tertuduh sehingga mati semasa kejadian dan mempunyai niat sehingga menyebabkan kematian. Bagaimanapun beliau berkata, pembelaan tertuduh menyatakan dia tidak siuman pada masa kejadian dan tidak mengetahui apa yang dilakukan. “Tertuduh juga menyatakan dia melihat benda lain seperti hantu pada arah si mati dan selepas itu tidak dapat mengingati apa-apa lagi,” katanya. Dalam pada itu, Mohd Zaki berkata, pembelaan juga dikemukakan oleh Pakar Psikiatri, Datuk Dr Suarn Singh, yang merawat tertuduh di Hospital Bahagia Ulu Kinta. Katanya, keterangan menyatakan tertuduh tidak siuman semasa kejadian kerana keadaan mental. “Tertuduh mengalami skizofrenia dan akibat penyakit tersebut tertuduh hilang daya berfikir secara waras apabila bertindak melepaskan tembakan tersebut. “Selepas mempertimbangkan keterangan yang ada, saya dapati pembelaan ini adalah satu pembelaan lengkap di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan, walaupun tertuduh dibuktikan menembak si mati sehingga mati. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan kerana tidak siuman,” katanya. Mengikut pertuduhan, Rosli didakwa membunuh si mati pada 26 April 2012 kira-kira jam 5.45 petang ketika sama-sama bertugas mengawal pintu masuk istana. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Abd Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam, P Ashokumar.
|
noor2 posted on 29-11-2013 08:28 AM
polis bebas tali gantung...
polis membebaskan tali gantung..
polis bebas ke tali gantung
purpledesire posted on 29-11-2013 09:36 AM
kalo mcm tu senang la nak terlepas..buat2 jadik gila..buat2 nampak hantu pastu terus tembak sesuka a ...
addicted posted on 29-11-2013 10:09 AM
pastu kena hantar dok dlm wad org gila
dr berlakon wat2 gila
last2 jd gila sungguh lg haruuuu ...
biggirlduncry posted on 29-11-2013 10:30 AM
aku nak tahu sangat mcm mana diorg bezakan mmg org tu betui2 mental or buat2 mental ek..
ada org yg ...
biggirlduncry posted on 29-11-2013 10:30 AM
aku nak tahu sangat mcm mana diorg bezakan mmg org tu betui2 mental or buat2 mental ek..
ada org yg ...
biggirlduncry posted on 29-11-2013 10:30 AM
aku nak tahu sangat mcm mana diorg bezakan mmg org tu betui2 mental or buat2 mental ek..
ada org yg ...
niceghost2005 posted on 29-11-2013 10:53 AM
Hapersal depa gantung sampai mati si Mona Fendy n Juraimy and suami nya??
CARA/KAEDAH yg depa g ...
batmana posted on 29-11-2013 10:52 AM
tu yg kene jadi doktor sakit jiwa..bukan mudah nk klasifikan org tu mental..
kt forum pn ramai sa ...
ADVERTISEMENT