CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 Tahun Menyanyi, Bunga Isme Berjaya Miliki Kondo Di Usia 21 Tahun

16-9-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7007| Komen: 31

Description: Impian penyanyi Bunga Isme ingin memiliki kediaman sendiri tercapai selepas dua tahun berkecimpung dalam industri seni.
Impian penyanyi Bunga Isme ingin memiliki kediaman sendiri tercapai selepas dua tahun berkecimpung dalam industri seni.

Menurut Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini, 21, rumah jenis kondominium yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu merupakan hadiah untuk ibunya, Siti Rohani.


Foto: IG

"Alhamdulillah! Syukur impian pertama saya akhirnya tercapai, sejak awal bekerja memang saya nak ada rumah sendiri. Rumah ini juga merupakan hadiah untuk ibu saya.

"Dahulu kami sekeluarga hidup berpindah-randah kerana emak dan ayah selalu bertukar lokasi kerja, jadi rumah baharu yang dijangka siap beberapa tahun lagi ini akan jadi kediaman tetap kami.

"Lagi pula usia ibu pun dah lanjut, sebab itu saya nak ada rumah sendiri supaya ibu boleh duduk sekali, bolehlah saya jaga dan berbakti kepada keluarga pula," katanya kepada mStar.




Sementara itu, penyanyi lagu Intan Payung ini berkata dia membuat persediaan awal sebelum membeli rumah.

Ini termasuklah menguruskan kewangan dengan baik dan mendapatkan rujukan mereka yang lebih pakar mengenai hartanah.


"Sejak tahun lepas saya dah bertanya dengan beberapa orang mengenai pembelian rumah, saya juga ada Google info-info dan tip sebelum membeli rumah.

"Bukan senang sebenarnya nak beli rumah, kena menguruskan wang dengan baik... saya lupakan kemahuan, mula menabung dan buat potongan setiap bulan.

"Selain itu saya juga perlu menjaga keluar masuk wang di akaun bank supaya nampak cantik... memandangkan memiliki rumah memang impian saya, jadi awal-awal lagi saya dah belajar menyimpan," ujarnya.




Bercakap mengenai karier nyanyian, Bunga berkata dia bakal bergandingan dengan penyanyi Siti Nordiana dalam lagu baharu berjudul Amaran yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga dalam proses rakaman single baharu yang dijangka akan menemui peminat awal tahun depan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 16-9-2021 01:01 PM
Tak kenal
Tapi baguslah muda2 dah pandai manage duit
Gunakan fame tu ke jalan yang benar ye dik
Quote laradelara 16-9-2021 01:09 PM
Alhamdulillah.. Bagus lah tu. Pandai urus duit InsyaAllah ok hidup. Tahniah!
Quote kitmal9545 16-9-2021 01:09 PM
wow untung tak perlu susah belajar tinggi
Quote sharlenetexas 16-9-2021 01:28 PM
Tgk gaya fesyen sepesen mcm iman toye.
Quote slyfynx 16-9-2021 02:01 PM
Ade sesetengah penasihat kewangan ckp kat Malaysia ni ramai yang muflis sbb beli rumah pada usia muda.
Maybe ade betul, ade salah jg.
Beli rumah di luar kemampuan pendapatan TETAP.
Atau beli rumah sbb nk buktikan diri mampu dan berjaya.
BUT...
Rumah ni aset. So, sng cite, pandai2 lah ukur baju di badan sendiri kalau nk beli rumah.

So untuk x OT, tahniah dik, walaupun aku x kenal pulak bunga-bungaan ni.
Quote dua_chzy 16-9-2021 02:02 PM
sharlenetexas replied at 16-9-2021 01:28 PM
Tgk gaya fesyen sepesen mcm iman toye.

Budak2 sekarang memang suka fesyen selekeh gini.
Quote amysuzy 16-9-2021 03:07 PM
Lagu intan payung dia tu duet dgn nek noraniza idris kan.
Quote kotakominami 16-9-2021 03:15 PM
Salut lah kt awak boleh beli rumah.....saye ni kije puluh taun pon lepas beli kete je...mungkin salah bidang kot...
Quote mijot 16-9-2021 03:21 PM
bagus tu dik..
sementara tengah laku dan ada income, belilah rumah..
Quote luc 16-9-2021 03:32 PM
Tak faham.. bila masa 2 tahun menyanyi tu kalau pkp sampai sekarang pun dah makan masa 1.5 tahun...?
Quote enot_sibudak 16-9-2021 03:58 PM
slyfynx replied at 16-9-2021 02:01 PM
Ade sesetengah penasihat kewangan ckp kat Malaysia ni ramai yang muflis sbb beli rumah pada usia mud ...

ejen hrtanah la kdg2 salah bg info... beli la rumah sbb aset walhal salah beli pateh jugak bleh sbb kan buat keputusan salah
Quote Fly_over 16-9-2021 03:59 PM
tah sapa bunga ni. iols hairan jgk kdg2 dgn jurang pendapatan retis2 ni. nynyi 2thn boleh beli kondo. yg nampak hidup mewah la hasil jadi retis. yg nampak tak mewah kena korek duit nk bsalin.
Quote Whitney72 16-9-2021 04:08 PM
enot_sibudak replied at 16-9-2021 03:58 PM
ejen hrtanah la kdg2 salah bg info... beli la rumah sbb aset walhal salah beli pateh jugak bleh sb ...

Ejen lantak apa, janji dapat komisyen kan
Quote LadyCarefree 16-9-2021 04:10 PM
slyfynx replied at 16-9-2021 01:01 PM
Ade sesetengah penasihat kewangan ckp kat Malaysia ni ramai yang muflis sbb beli rumah pada usia mud ...

Dahlah beli condo. Bukan asset tp boleh jd liabiliti esp beli now.
Quote Whitney72 16-9-2021 04:11 PM
Bagus lah bdak ni..pntingkan keutamaan dulu dan bijak menabung..semoga trus berjaya.
Biar nmpk x da dek oiiii..tp sebenarnya mmg ada...dari nmpk ada tapi sebenarnya nan hado
Quote nuryakmal 16-9-2021 04:26 PM
Tak mustahil org muda2 or u guys beli rumah.
Banyak dev offfer preparation of spa and mot free. Some more ada discount bumi or unit2 csru(pekerja gov). Plus now homeownership campaign (hoc) until dec 2021 where stamp duty free for property residential yg less rm1 mill.
Loan solicitor fee pun biasanya akan masuk sekali dlm loan. Lps bank / lppsa disbursed duit, Ada lebihan buat reno.

Yg penting dlm bank ada duit keluar masuk, loan insya allah lps.

Monthly payment tu je yg sakit.
Quote enot_sibudak 16-9-2021 04:45 PM
Whitney72 replied at 16-9-2021 04:08 PM
Ejen lantak apa, janji dapat komisyen kan

mmg jaga tembolok sndiri.. penasihat kewangan bleh pakai nasihat mereka.. jgn dengar nasihat agen rumah.. lagi mahal lagi hebat aset katanya..mai masa nk cairkan berthn xda yg beli.. baik kau beli rumah semi d ja dik...murah2, rumah lelong banyak kt area sna..
Quote enot_sibudak 16-9-2021 04:46 PM
LadyCarefree replied at 16-9-2021 04:10 PM
Dahlah beli condo. Bukan asset tp boleh jd liabiliti esp beli now.

yeszzaaaa.... sana belambak rumah lelong.. klu iols dok sna, iols xpandang rumah baru2.. beli rumah lelong.. belajaq dr pakar kewangan.. mcm mna nk urus duit dengan bijak
Quote supermum 16-9-2021 04:50 PM
Edited by supermum at 16-9-2021 04:51 PM

Rumah selagi belum dijual selagi itula liability. Lainla beli cash. Tu pun lambat nak cairkan. Tapi bagusla dia fikir beli rumah dulu. Daripada spend tak tentu hala

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056891 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top