CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasaran Durian Thailand Di China Tergugat Kerana Malaysia

15-9-2021 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5837| Komen: 28

Description: Persatuan Durian Thailand mendakwa produk mereka menghadapi saingan sengit selepas China tandatangani perjanjian import durian beku dengan Malaysia.
Persatuan Durian Thailand mendakwa produk mereka menghadapi saingan sengit selepas China tandatangani perjanjian import durian beku dengan Malaysia.


Gambar hiasan


"Ketika ini, China membenarkan import durian segar dari Thailand saja tetapi sekarang durian beku juga boleh datang dari Thailand atau Malaysia, sekali gus menjadi persaingan kita dalam pemasaran raja buah ini.

"Durian beku dieksport ke China sama ada secara ulas atau sebiji dan menerusi kajian kita, Malaysia mempunyai 16 kilang yang mampu membekukan durian secara keseluruhan untuk eksport," katanya di Facebook.

Ketika ini, Filipina, Laos dan Vietnam juga mencari jalan untuk menembusi pasaran China, meskipun eksport durian mereka belum diluluskan kerajaan China.

"Tambahan pula, kita menerima laporan bahawa wilayah Hainan di Selatan China sudah berjaya menanam durian 'Mon Thong' dari Thailand dan 'Musang King' dari Malaysia menggunakan teknik perladangan yang maju.


"Pada masa hadapan, durian tempatan itu mungkin menjadi pesaing Malaysia dan Thailand," katanya.


Loading FB Post...

Kata persatuan itu, pelanggan China lebih suka durian yang masak berbanding buah muda dan itu mendatangkan cabaran kepada pengeksport Thailand.

"Durian masak mempunyai hayat pendek dan cepat rosak, ini memberi kesan kepada imej buah-buahan dari Thailand manakala durian yang dibekukan tidak mempunyai masalah ini.

"Dengan jumlah penduduknya yang cukup besar, kira-kira 1.4 bilion, China adalah pasaran eksport buah terbesar Thailand dengan 22 jenis buah dibenarkan masuk oleh kerajaan negara itu.

"Durian adalah antara pilihan utama pelanggan China dan banyak restoran sudah memasukkan buah ini dalam menu mereka seperti pizza durian, pastri dan pai durian," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 15-9-2021 06:39 PM
Anak jagong. LOL.
Quote edayildiz 15-9-2021 06:42 PM
sedap ke doyan munthong tu?mana lg sdp ngn musang king?
Quote namemysoul 15-9-2021 07:13 PM
China mula tanam buah durian...agak2 sama x kualiti dgn yg tanam kat sini...
Quote rosmahisham 15-9-2021 07:17 PM
Haritu bkn thailand pon ada tnm musang king jgk ke..indon vietnam pon sama..x lama lg musang king mesia yg membongak selama ni kemain rega yahudi akan berlambak dipasaran..dh ramai persaing!
Quote naina 15-9-2021 07:17 PM
Ada lagi ke orang jual durian sekarang ni? Nak makan plak
Quote copy_paste 15-9-2021 07:51 PM
selain china, negara mana lagi yg import durian? tapi rasanya org china je yg kemaruk durian, korea jepun xmakan.
Quote dudaberhias 15-9-2021 08:03 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 06:42 PM
sedap ke doyan munthong tu?mana lg sdp ngn musang king?

Sama je macam musang king kaka, yang pasti dedua isi tebal, bijik kecik. Lezuartttt ya amat musang king atau durian thailand... Tapi takde la beza banyak mana pun dengan durian kampung. Mak iolsss suka durian kampung lagi.
Quote Scintilla 15-9-2021 08:28 PM
namemysoul replied at 15-9-2021 07:13 PM
China mula tanam buah durian...agak2 sama x kualiti dgn yg tanam kat sini...

mungkin x sesedap durian msia sbb faktor geografi, tanah dll. ostolia pun ada tanam durian gak sis
Quote Scintilla 15-9-2021 08:30 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 06:42 PM
sedap ke doyan munthong tu?mana lg sdp ngn musang king?

musang is the best.....tp ada yg ckp blackthorn lg power
Quote sukacactus 15-9-2021 08:45 PM
So ada harapan x durian2 species kayangan turun rege
Quote edayildiz 15-9-2021 09:05 PM
dudaberhias replied at 15-9-2021 08:03 PM
Sama je macam musang king kaka, yang pasti dedua isi tebal, bijik kecik. Lezuartttt ya amat musang ...

oh yeke..blh try ni
Quote edayildiz 15-9-2021 09:07 PM
Scintilla replied at 15-9-2021 08:30 PM
musang is the best.....tp ada yg ckp blackthorn lg power

oh xpernah try blackthorn...selalu try musang king jer
Quote 3480 15-9-2021 10:45 PM
Hrp muse turun la rega
Quote anony-mous 15-9-2021 10:50 PM
Ok lah tu lepas ni mesti rege jatuh sikit sbb bersaing dgn malaysia. Both akn jatuh rege
Quote capiloton 15-9-2021 11:20 PM
durian makin mahal sebab mat salleh dah pandai makan durian.

[youtube]ppYjak1KHRo[/youtube]

[youtube]1F8akw8i7ZE[/youtube]

[youtube]7iPaD2_1agU[/youtube]

Quote Mulotkoyak 15-9-2021 11:28 PM
Ak tetap rase durian kampong is good.. Ahaks... Sbb durian bg ak sama je. Last masok perut juga jd taik.
Quote nakkomenjugak 16-9-2021 01:35 AM
Haaa masing2 da terkena panahan durian
Quote Beribear 16-9-2021 10:26 AM
Iolss paling suka D24. Kalau bg meolss setiap durian mmg tak sama rasa. Nti nak try black thorn pulak. Skrg musim dah habis. Kalau ada yg jual pon tak rasa segar
Quote musangbodoh 16-9-2021 10:42 AM
teka@thek ha terbaik...untuk aku

walau x bleh beat harga dgn black torn dan musangking...

kedua durian ioi@101...rasa ade gas2 skit

sejak pkp dan Fasa2 nie...sy mkn eskrim durian ja sbb xde duit

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.070957 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top