CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Siti Kassim, Jam Tangan Buruj Habis Stok!

7-9-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4337| Komen: 22

Description: Jenama jam tangan Buruj yang menjadi tular dipakai seorang menteri hanya dijual pada harga RM279 sahaja.
Jenama jam tangan Buruj yang menjadi tular dipakai seorang menteri hanya dijual pada harga RM279 sahaja.

Tinjauan MalaysiaGazette di laman stor jualan jenama itu mendapati harga asalnya adalah RM330 dan diberi diskaun 15 peratus, namun kini telah kehabisan stok.



Kredit foto: burujshop.com

burujshop.com adalah stor jualan yang menjual, mengedar dan memborong jam tangan waktu solat dan arah kiblat serta beberapa model jam tangan bercirikan Islam daripada beberapa jenama yang terkenal dalam pasaran.

Buruj Watches mula menjalankan operasinya secara rasmi sejak 2013 dan sejak itu mula berkembang sehingga kini menjadi pengedar tunggal bagi beberapa jenama jam yang mempunyai teknologi waktu solat dan arah kiblat di Malaysia.


Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad terpaksa menjawab dakwaan Siti Kasim mengenai jam tangan yang dipakainya adalah jenama mewah Rolex.


Kredit foto: burujshop.com

Naib Presiden Pas itu berkata, beliau sudah lama memakai jam tangan Buruj yang mempunyai kelebihan waktu solat dan arah kiblat.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Timortimur 7-9-2021 02:40 PM
Hahaha...I Salah seorang nak beli sebab nampak cantik
Tq ct anak pak kassim
Quote edayildiz 7-9-2021 02:45 PM
rezeki terpijak @ rezeki diiatas angin..tentiu acik
Quote mclaren 7-9-2021 02:46 PM
Dia dah mintak maaf belum sebab fitnah?
Quote darkness 7-9-2021 02:46 PM
Alhamdulillah..berkat viral anak pak kasim
Quote edayildiz 7-9-2021 02:50 PM
mclaren replied at 7-9-2021 02:46 PM
Dia dah mintak maaf belum sebab fitnah?

dah..dia dh mitk maaf dah
Quote mclaren 7-9-2021 02:52 PM
edayildiz replied at 7-9-2021 02:50 PM
dah..dia dh mitk maaf dah

Ok lah macam tu. At least mengaku salah.
Quote ainashiqa 7-9-2021 03:04 PM
Malu siti kassim mo
Quote wajaman 7-9-2021 03:08 PM
naik la rege jam buruj pasni...aku tgk lawa2 gak jam dia..yg couple set tu nice
Quote JohnyEnglish 7-9-2021 03:19 PM
Klu tali getah minat jugak aku nk beli
Quote Artemesiaa 7-9-2021 03:20 PM
Benda kalau dah tular selalu laku keras
Quote ezacbee 7-9-2021 03:25 PM
Lawo lak jam ni

Tergoda
Quote merrissa 7-9-2021 03:27 PM
wow bestnya ad size utk tgn kecik x
Quote MengkuduMasam 7-9-2021 03:37 PM
simple design & fuctional... ai laike....
Quote depresio 7-9-2021 06:14 PM
Aik mn geng sembg kencang kecam xde ke masuk sini pulak??
Quote RatuDunia94 7-9-2021 08:12 PM
Masalah org kita "takut ketinggalan".. "mesti kena dapatkan juga benda ni sbb org lain pun ada"... kat malaysia ni benda2 tular senang je laku.. sbb bila dh beli nak update kat medsos yg dia pun ada juga benda tu.. syndrome "takut ketinggalan"
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:45 PM
hamboiii nek ctkas
macam idol kpop
tunjuk je barang
terus sold out
Quote dua_chzy 7-9-2021 08:48 PM
Siti Kasim pembawa rezeki.
Quote Zhana 7-9-2021 09:05 PM
RatuDunia94 replied at 7-9-2021 08:12 PM
Masalah org kita "takut ketinggalan".. "mesti kena dapatkan juga benda ni sbb org lain pun ada"... k ...

Dulu kawan sy ada kedai makan ... dia taknak bagi JJCM dtg kedai dia... sbb dia kata ada bbrp pengusaha kedai makan tu kedai yg jjcm masuk tv je tak lama lps tu org serbu, tak dpt compromise quality .. kecuali org yg modal besar, dia dah ready utk terima customer serbu ramai2 serentak. Kalau kedai kecik2 ni... masa kena serbu tk dpt bagi layanan/rasa sama macam maria tengku sabri yg review, terus dorang buat review teruk2 & rosak terus reputation , jatuh tergolek
Quote insulin 7-9-2021 09:06 PM
Rezeki.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065411 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top