CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Saran Kerajaan Benar Rentas Negeri, Setuju Tak?

6-9-2021 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5215| Komen: 46

Description: Kelonggaran pergerakan wajar diberi memandangkan negara sudah mencapai liputan imunisasi yang tinggi iaitu mencecah 60 peratus populasi dewasa.
Kelonggaran pergerakan wajar diberi memandangkan negara sudah mencapai liputan imunisasi yang tinggi iaitu mencecah 60 peratus populasi dewasa.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri dan aktiviti pelancongan.

Bagaimanapun, katanya, kelonggaran itu perlu terhad dalam kalangan individu yang sudah menerima suntikan vaksinasi lengkap.


Kredit foto: Bernama

"Kalau nak rentas negeri kerana mahu pulang ke kampung untuk menziarahi orang tua bolehlah, tapi pastikan orang tua kita juga sudah divaksinasi.

"Ini kerana risiko untuk dia menjangkiti ahli keluarga yang belum divaksin itu masih ada. Sekarang ini liputan imunisasi sudah tinggi jadi tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak mendapat vaksin.


"Namun aktiviti sosial seperti penganjuran majlis atau kenduri yang membabitkan orang ramai berkumpul perlu dielakkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kerajaan dijangka memberi lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri dalam tempoh terdekat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, perbincangan berhubung kelonggaran SOP giat dibuat, bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa.

Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan akan meningkatkan kadar pemberian vaksin di negeri yang masih merekodkan liputan bawah paras 60 peratus.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, kerajaan juga boleh mempertimbangkan memberi kelonggaran bagi aktiviti pelancongan tertentu, namun dengan SOP yang ditetapkan.

Katanya, individu lengkap vaksin perlu terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka di tempat awam dan menjaga jarak fizikal, maka kes baharu tidak akan meningkat. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 6-9-2021 05:01 PM
rentas daerah pun belum boleh dlm selangor ni...ntah bila nk bukak daerah...
Quote AbukRokok 6-9-2021 05:06 PM
mejaputih replied at 6-9-2021 05:01 PM
rentas daerah pun belum boleh dlm selangor ni...ntah bila nk bukak daerah...

pandai2la carijalan  janganla lurus bendul

org baik lurus endgame awal

Quote mejaputih 6-9-2021 05:26 PM
AbukRokok replied at 6-9-2021 05:06 PM
pandai2la carijalan  janganla lurus bendul

org baik lurus endgame awal

iols org baik lurus pembaris
Quote edayildiz 6-9-2021 05:27 PM
td rasa dh komen
Quote chenta_dewi 6-9-2021 05:28 PM
mejaputih replied at 6-9-2021 05:01 PM
rentas daerah pun belum boleh dlm selangor ni...ntah bila nk bukak daerah...

Ko ni duduk dalam gua ke..aku baru pindah selangor sebulan dah ke hulu ke hilir mana ada roadblock
Quote edayildiz 6-9-2021 05:28 PM
mejaputih replied at 6-9-2021 05:26 PM
iols org baik lurus pembaris


baik mcm i..i pun dk umah jer..tp polis mmg takde pun buat sjr..adik ipar kakak i dr nilai p kl ok jah
Quote edayildiz 6-9-2021 05:30 PM
chenta_dewi replied at 6-9-2021 05:28 PM
Ko ni duduk dalam gua ke..aku baru pindah selangor sebulan dah ke hulu ke hilir mana ada roadblock

kejamnya ayat sistur itew...bkn semua org suka berjalan musim skrg
Quote mejaputih 6-9-2021 05:33 PM
edayildiz replied at 6-9-2021 05:28 PM
baik mcm i..i pun dk umah jer..tp polis mmg takde pun buat sjr..adik ipar kakak i dr nilai p kl  ...

kat rumah iols ada sjr...menyampah... pastu last week balik dari jogging kat park pastu jalan dalam jem maybe sbb ada accident kot, so melencong lalu la hiway, sekali ada SJR kat tol tu...byk sjr kat rumah iols...nyampahsss...pdhl sama2 dlm selangor je pun.
Quote mejaputih 6-9-2021 05:34 PM
chenta_dewi replied at 6-9-2021 05:28 PM
Ko ni duduk dalam gua ke..aku baru pindah selangor sebulan dah ke hulu ke hilir mana ada roadblock

ada la wei....meh dtg tempat iols....
Quote edayildiz 6-9-2021 05:36 PM
mejaputih replied at 6-9-2021 05:33 PM
kat rumah iols ada sjr...menyampah... pastu last week balik dari jogging kat park pastu jalan dala ...

nasib la chuols..mayb jalan2 utama kot
Quote mejaputih 6-9-2021 05:36 PM
iols nyaris2 kena saman tau last saturday..gara2 melencong masuk hiway sbb nk balik rumah...sib baik polis nmpk kesian ngan anak2 ..anak sulung siap suh bg alasan sesat lg...tak sangka kat situ pun ada sjr...nyampahsss
Quote bayan_nuri 6-9-2021 05:38 PM
benang dah ada

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1270050&extra=&page=1&mobile=2
Quote msdummy.2018 6-9-2021 06:35 PM
Heh..ko bukan check pun sijil digital kat sj tuh
Quote delia3003 6-9-2021 07:20 PM
mejaputih replied at 6-9-2021 05:36 PM
iols nyaris2 kena saman tau last saturday..gara2 melencong masuk hiway sbb nk balik rumah...sib baik ...


Bandar Seri Putra, Bangi sebelum tol pun ada SJR. KESAS dekat area tol Sunway tu tak tau ler ada lagi tak SJR. Federal Highway kat pintu gerbang tu ada lagi tak? Gigih iols tanya, sbb tak keluar pun lagi dari area rumah ni.
Quote mejaputih 6-9-2021 07:23 PM
delia3003 replied at 6-9-2021 07:20 PM
Bandar Seri Putra, Bangi sebelum tol pun ada SJR. KESAS dekat area tol Sunway tu tak tau ler ada ...

Iols belah2 sana tak pasti .iols duk belah bangi ni..byk btul sjr..nk gi taman tun nk anto brg elektrik gi service agak2 ada sjr tak..
Quote Fortiori02 6-9-2021 08:50 PM
edayildiz: baik mcm i..i pun dk umah jer..tp polis mmg takde pun buat sjr..adik ipar kakak i dr nilai p kl ok jah


Wah untung kakak chuols, iols pi keje 2 sjr kene rempuh, seb bek abam polis baik2 ...
Quote OyaTonggek 6-9-2021 10:15 PM
Dari sah alam nk ke subang jaye tadek SJR..tp kalau tol..ade sjr tercacak sane..malas brjwp 1 hal, jem panjang 1 hal..skang opis pun meols pikir 2 3 kali nk pegi...situ kemain ramai abangla..
Quote Mini.Me 7-9-2021 10:11 AM
mejaputih replied at 6-9-2021 07:23 PM
Iols belah2 sana tak pasti .iols duk belah bangi ni..byk btul sjr..nk gi taman tun nk anto brg ele ...

Meols ulang alik cheras bangi lalu jln dalam sis...lalu semenyih bndr kajang clear takde rblock
Quote Mini.Me 7-9-2021 10:16 AM
Rblock area kl dah tak byk and tak ketat mana dah polis bg jalan je...janji jgn gabra and senyum tunjuk hormat laa sikit...kat pintu gerbang federal tu je ketat lagi....kalo dalam selangor tak pasti plak meols...

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064171 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top