CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kastam Rampas Dadah Bernilai Rm8.54 Juta

26-11-2013 12:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4273| Komen: 7

Description: Putrajaya - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jkdm) Menahan Seorang Lelaki Warga India Dipercayai Membawa Dadah Bernilai Rm8.54 Juta Di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) P ...


Pengarah JKDM, Khazali (tengah) memegang bungkusan dadah yang dirampas pada sidang media, semalam.

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang lelaki warga India dipercayai membawa dadah bernilai RM8.54 juta di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 November lalu.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Khazali Ahmad berkata, ini adalah rampasan dadah terbesar oleh kastam tahun ini.

Menurutnya, lelaki berumur 30-an itu ditahan kira-kira jam 7.30 pagi oleh penguat kuasa kastam selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Lima bungkusan dadah jenis methamphetamine dengan berat dianggarkan 44.95 kg ditemui.

Modus operandi lelaki itu ialah dengan membalut dadah dengan plastik hitam sebelum menyorokkannya di bawah bungkusan inai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JKDM, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek merupakan penjual barangan elektrik dan sudah 15 kali keluar masuk ke negara ini sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, kebiasaannya, suspek akan tinggal di negara ini selama dua atau tiga hari.

Pihaknya masih menyiasat sama ada suspek menjalankan kegiatan ini seorang diri atau berkumpulan.

“Lelaki itu ditahan selama tujuh hari untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurut Khazali, pihaknya turut membuat pemerhatian mengenai trend penyeludupan dadah yang dilakukan warga India pada tahun ini.

Katanya, modus operandi penyeludupan turut ditukar dengan menjadikan KLIA sebagai lapangan terbang transit sebelum mengambil penerbangan domestik di negara ini.
“Mereka ingat bila tukar penerbangan di KLIA, kastam tidak akan memeriksa bagasi mereka di lapangan terbang lain,” katanya.

Khazali berkata, kastam juga berjaya mematahkan 120 percubaan penyeludupan dan pengedaran dadah pelbagai jenis yang bernilai RM114 juta di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 61 kes dengan rampasan bernilai RM44.39  juta berjaya dipatahkan di KLIA dan kes kedua terbesar pada tahun ini ialah di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang melibatkan rampasan 20kg dadah bernilai RM3.8 juta pada 14 Ogos lepas.


Bagus
2

Marah
6

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siti_kus 26-11-2013 10:53 AM
berani btl bawak byk2 sekali.. hati kering la ni.
Quote niceghost2005 26-11-2013 10:56 AM
siti_kus posted on 26-11-2013 10:53 AM
berani btl bawak byk2 sekali.. hati kering la ni.

Jangan kelak pabila masuk court................barang bukti semua tetiba 'hilang'.

Bbrp tahun yg lalu...............dadah 'satu kontena' bley hilang. (harga ratusan juta)
Satu kes lagi.............satu bag pil estascy ker haper tah...........pun turut hilang.

Hakim buang kes n kasi warning pada 'penjaga stor' PDRM.

p/s last sekali dier kena buang kerja kot
Quote siti_kus 26-11-2013 11:02 AM
niceghost2005 posted on 26-11-2013 02:56 AM
Jangan kelak pabila masuk court................barang bukti semua tetiba 'hilang'.

Bbrp tahun y ...

serious?? diorg rampas pastu jual blk ke apa?
Quote nurul_akmar 26-11-2013 11:07 AM
x cuak ke bawak masuk dadah berat2. sket2 sudah. ni sampai berjuta2. ke tali gantung la jawabnya
Quote niceghost2005 26-11-2013 11:08 AM
siti_kus posted on 26-11-2013 11:02 AM
serious?? diorg rampas pastu jual blk ke apa?

Bukan jual balik tapi...................."HILANG"

Bermaksud............TIADA DALAM SIMPANAN pihak berkuasa.
Satu kes tu kat Pahang.....

Memula punya la happy dok war warkan RMratusan juta DADAH dpt di rampas.!!!!
Quote edoraixora 26-11-2013 11:09 AM
jangan nanti ade pulak brite staf kastam mati kne tembak sudah....
skang ni, asal x puas hati jer tembak

hai la malaysia ku....


Quote purpledesire 26-11-2013 11:11 AM
syabas pihak kastam..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.121587 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top