CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Air Jampi Menjejaskan Akidah

25-11-2013 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8424| Komen: 83



Gambar hiasan.

Kuala Lumpur: Penjualan terbuka air jampi atau 'ruqyah' secara berleluasa dikhuatiri boleh menjejaskan akidah umat Islam apabila mereka percaya penyakit boleh sembuh menggunakan air itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata sewajarnya air jampi tidak dikomersialkan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam sendiri selain boleh dianggap eksploitasi oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan dengan mudah.

“Contohnya, penjual mendakwa air berkenaan boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan seseorang itu bijak, memelihara rumahtangga dan sebagainya. Sebenarnya jampi hanya dibacakan oleh orang yang selayaknya, mengikut kaifiat serta syarat tertentu.

Sewajarnya air jampi tidak dikomersialkan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam sendiri selain boleh dianggap eksploitasi oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan dengan mudah” Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM


Khuatir tidak patuh syarat

“Apabila ia dikomersialkan, kita khuatir ia tidak mematuhi syarat dan khaifiat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menytakan akan memantau serta mengambil tindakan terhadap syarikat pengeluar air jampi yang mempamerkan iklan dan testimoni mengelirukan bagi menipu pengguna.

Othman tidak menafikan dalam Islam ada kaedah menggunakan air yang dijampi sebagai penawar atau ubat, namun biasanya pihak yang ingin mendapatkan rawatan perlu bertemu pengamal perubatan terbabit.

“Orang ramai juga boleh berjumpa pengamal perubatan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan kerana mereka lebih dipercayai. Lazimnya orang yang membuat air jampi adalah seorang yang warak dan mustajab doanya di sisi Allah, namun saya nasihatkan tidak perlulah dikomersialkan air jampi,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roblucci 23-11-2013 09:54 PM
baru tau ka?
Quote abgboroi 23-11-2013 10:05 PM
aku hanya mampu hmmm....aku x menolak perubatan islam sebab aku percaya ianya ada kaitan dengan jiwa tapi kalau jenis boleh dijual beli  di kedai kedai tu...tang mana plak yg dijampi sampai boleh jadi industri tu....pakai kaset ker aper....

ada juga yg jual air jampi dengan harga mahal....banyak sangat produk mengunakan nama agama sekarang ni....
Quote AdsMsia 23-11-2013 10:23 PM
abgboroi posted on 23-11-2013 10:05 PM
aku hanya mampu hmmm....aku x menolak perubatan islam sebab aku percaya ianya ada kaitan dengan jiwa ...

tu la
dah la jual mahal
kalah ice blended harga dia
hahahaha
Quote Ayun_Maiden 23-11-2013 10:23 PM
roblucci posted on 23-11-2013 09:54 PM
baru tau ka?






Arak yang di jual secara berleluasa sampai Pak Menteri pun minum tak jejas akidah ker ?








Quote TuntungReturn 23-11-2013 10:24 PM

melayu biasa la,,cm mak bapak pi jumpa uztad mintak air penerang hati,,,pe salah mak pak tu sendiri baca untuk anak depa?
Quote roblucci 23-11-2013 10:25 PM
Ayun_Maiden posted on 23-11-2013 10:23 PM
Arak yang di jual secara berleluasa sampai Pak Menteri pun minum tak jejas akidah ker ?  ...

itu sama2 menjejaskan akidah
Quote Ayun_Maiden 23-11-2013 10:29 PM
roblucci posted on 23-11-2013 10:25 PM
itu sama2 menjejaskan akidah

Tau tak apa.....  
Quote deryza 23-11-2013 10:34 PM
TuntungReturn posted on 23-11-2013 10:24 PM
melayu biasa la,,cm mak bapak pi jumpa uztad mintak air penerang hati,,,pe salah mak pak tu sendir ...

Dah mak pak tak reti baca...
Quote ogata 23-11-2013 10:37 PM
Jumpa ustaz untuk buang brnda halus ok la lagi guna airbu.





Nimdah jual beli air macam air drinking water..melayu kita apa lagi...taksub.
Quote Ayun_Maiden 23-11-2013 10:41 PM
ogata posted on 23-11-2013 10:37 PM
Jumpa ustaz untuk buang brnda halus ok la lagi guna airbu.



Ustaz UMNO ... Biasa la tu
Quote kazaraf 23-11-2013 11:25 PM
Ayun_Maiden posted on 23-11-2013 10:23 PM
Arak yang di jual secara berleluasa sampai Pak Menteri pun minum tak jejas akidah ker ?  ...

kadang2 kita perlu faham..
apa keperluan mereka yg "ber authority dlm pandangan agama tetapi tiada kuasa mutlak kuatkuasa ajaran agama"
dlm memberi panduan/komen/fatwa dan seumpamanya..

cth berita ni ckp.. Jual air jampi boleh jejas akidah.. mengikut kajian/penelitian mereka
sbb apa ckp cmni.. sbb hukum og yg jual tu tu sebelum ni belum jelas, belum diputuskan diperingkat fatwa dsb.
sbb tu perlu bg panduan mcm tu..

tp arak.. sangat2 jelas hukumnya... Haram...  tak perlu dah nak kaji hukum boleh jejas akidah ke tak..
lagi pun Jakim takde kuasa nak halang dpd jual berleluasa...

cth lain kalau ada MLM Melayu yang tengah top - kena serbu psl tipu duit.. kena "fatwa" bgtau haram join MLM tu..
diorg marah komplen "kasino kat genting tu buat tak tau je, ni melayu nak naik maju kena cantas"
apa ke bengong....  dah terang2 Kasino Genting tu Judi, jelas hukumnya Haram..
yg mcm MLM tu ada hukum yg tak jelas - so dijelaskan la hukum dia dalam agama.. itu je sbg panduan

kadang2 orang islam malaysia ni tak faham apa keperluan jakim tu bg panduan atau hukum terhadap sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas sebelum itu. Kemudian yg dikomplen/compare dengan perkara/perbuatan/benda yang dah jelas hukumnya...  camno???





Quote Ayun_Maiden 23-11-2013 11:36 PM
kazaraf posted on 23-11-2013 11:25 PM
kadang2 kita perlu faham..
apa keperluan mereka yg "ber authority dlm pandangan agama tetapi tia ...
kadang2 orang islam malaysia ni tak faham apa keperluan jakim tu bg panduan atau hukum terhadap sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas sebelum itu


Apa keperluan JAKIM ? Kembangkan lagik fahaman Wahabi

Lulusan Jakim sampai ada Phd dalam Islam semuanya belajar ikut silibus Yahudi .... ngaji sampai Universiti amerika , Cairo . Tapi pensyarahnya ramai bukan Islam



Quote abgboroi 24-11-2013 12:11 AM
AdsMsia posted on 23-11-2013 10:23 PM
tu la
dah la jual mahal
kalah ice blended harga dia

jgn main2...minyak urut sekarang pun ada jampi tau....ehe
Quote AdsMsia 24-11-2013 12:50 AM
Ayun_Maiden posted on 23-11-2013 11:36 PM
Apa keperluan JAKIM ? Kembangkan lagik fahaman Wahabi

Lulusan Jakim sampai ada Phd dalam ...

apa sangkut paut wahbi dgn isu ayaq jampi nin....
wahabi tu apa..........
Quote BurningTimes 24-11-2013 12:53 AM
Yang beli ini pun makcik2 felda pprt yang percaya tahyul sahaja selalunya. Mereka percaya kuasa air jampi lebih kuat daripada kuasa Elohim barangkali, sampai terkedu dengan peniaga kutip ummah pprt yang tua jalan terhinjut2, Diklaim selepas menyapu air jampi dijual mereka, pesakit yang lumpuh berada di kerusi roda sudah mulai boleh berjalan tempang.

@pyropura @Kassim_Patalon  
Quote Kassim_Patalon 24-11-2013 01:20 AM
Minum arak baik untok kita




Quote Kassim_Patalon 24-11-2013 01:21 AM
BurningTimes posted on 24-11-2013 12:53 AM
Yang beli ini pun makcik2 felda pprt yang percaya tahyul sahaja selalunya. Mereka percaya kuasa air  ...

sudah boleh bertawaf sekeliling air jampi itu, kiblat semua halakan ke situ
Quote Kassim_Patalon 24-11-2013 01:27 AM
garam jampi tak ada ke, yang tabur-tabur dekat pokok dekat negeri jawa tu



http://terengganutoday.com/muka-hadapan/21-gambar-kisah-sebenar-disebalik-misteri-villa-nabila-di-jb
Quote AdsMsia 24-11-2013 01:33 AM
Kassim_Patalon posted on 24-11-2013 01:27 AM
garam jampi tak ada ke, yang tabur-tabur dekat pokok dekat negeri jawa tu

anak hilang p tanya dgn bomoh
kan dah kena kencing dgn bomoh tu
rugi je beli garam sekilo
ha ha ha

saban hari ada ceramah tazkirah kat tv
tapi takmau tengok
ini la jadinya
khurafat syirik jadi darah daging

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.156615 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top