CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlajak Mewah, Bilik Hotel Messi Cecah RM100,000 Semalam

13-8-2021 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1243| Komen: 0

Description: Paris: Lionel Messi menerima layanan terbaik di ibu kota Perancis selepas melengkapkan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).
Paris: Lionel Messi menerima layanan terbaik di ibu kota Perancis selepas melengkapkan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).

Sensasi dunia berusia 34 tahun itu ketika ini tinggal di sebuah hotel lima bintang yang dilengkapi dengan kolam renang, panggung wayang peribadi serta enam restoran mewah.


Menurut Mundo Deportivo, Messi dan isterinya, Antonela serta tiga anak mereka tinggal di Hotel Le Royal Monceau dekat Paris.


Kredit foto: AFP


Akaun rasmi Instagram hotel itu yang mempunyai lebih 118,000 pengikut, berkongsi video Messi tiba di hotel berkenaan.

Gambar Messi bersama baju Barcelona bersama-sama bekas seterusnya di Real Madrid, Sergio Ramos dan bintang PSG lain yang baru ditandatangani, turut dimuat naik.


Kapsyen gambar berkenaan berbunyi: "Satu kebanggaan dapat menyambut seorang pemain sangat berbakat ke PSG."

Hotel itu juga adalah tempat di mana Neymar tinggal sebelum dia berpindah ke sebuah aparment mewah di bandar berkenaan pada 2017.

Bilik di hotel mewah itu bermula pada harga £700 (RM4,100) semalam dengan bilik Messi pula dikatakan mencecah sehingga £17,000 (RM99,600) semalam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.349154 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top