CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pramugari Selamba Berdiri Di Puncak Burj Khalifa

11-8-2021 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7598| Komen: 63

Description: Seorang pramugari tanpa rasa gentar berdiri di atas puncak bangunan tertinggi di dunia untuk mempromosi Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas negara itu dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK) ...
Seorang pramugari tanpa rasa gentar berdiri di atas puncak bangunan tertinggi di dunia untuk mempromosi Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas negara itu dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK).


Lapor Daily Mail, pramugari yang mengenakan pakaian seragam syarikat penerbangan Emirates Airlines itu sempat mengukir senyuman sambil berdiri atas platform kecil puncak menara Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai.



Pramugari itu sebenarnya merupakan penerjun payung terjun (skydiver) dan personaliti media sosial, Nicole Smith-Ludvik memegang beberapa plakad tertera ‘UAE dimasukkan dalam senarai hijau UK membuatkan kami berasa seperti berada di puncak dunia.. Fly Emirates.. terbang lebih baik’.

Perjalanan ke Dubai bagi rakyat Britain ditangguhkan sejak awal tahun ini namun disambung semula selepas Pejabat Luar UK mengeluarkan UAE daripada senarai merah dan memasukkan negara itu ke senarai hijau pada Ahad lalu.


Ini bermakna pengunjung yang sudah menerima vaksin Covid-19 lengkap tidak perlu menjalani kuarantin selepas pulang bercuti dari UAE.

Emirates Airlines berkongsi video promosi itu yang dirakam menggunakan dron dan memaklumkan perjalanan ke UK kini menjadi mudah selepas 8 Ogos.



Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu Gulf Today, penggambaran di atas puncak menara itu sudah mendapat kebenaran dan dijayakan oleh beberapa organisasi tempatan.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 11-8-2021 12:31 PM
Heol! Mmg berani minah ni. Aku tgk klip making of tu pun dah rasa anxious, gayat. Dahla amik masa sejam lebih nk panjat from level 160.
Quote serinegara 11-8-2021 12:34 PM
Kita pula rasa gayat.
Quote mawar_mustika 11-8-2021 12:35 PM
gilo ah hahahha...i duk tingkat 5 pandang bawah pun dh gayat hahahhaha
Quote imanda 11-8-2021 12:35 PM
ya allah rs gayat smp nk gigil pdhal tgk video je pon. i is gayat wpon dr tgkat 1.. eiiii xgigil ke kaki dia, adoiii ngerinya.
Quote meteorspeed 11-8-2021 12:36 PM
Hebat.. Aku meme idok ler.. Paling takut tinggi.. Timgkat 2 pun aku dah gayat
Quote eyansss 11-8-2021 12:38 PM
ya Allah, bestnya...  teringin sangat2...  tapi semenjak ada anak2 ni, aku macam seriau nak buat extreme sports...  sebab dok fikir anak2...  untuk porumer yang masih muda dan belum ada anak, enjoy ur life to the fullest sebab bila dah ada anak, lain dah cara fikir kita ni...
Quote any42 11-8-2021 12:41 PM
omg gayatnya. I tgk vid ni smbil bdiri trus p cri krusi nk dduk.
dah la 1 jam kna pnjat naik smpai puncak. Xmnggigil ke kaki kt puncak tu
Quote freesia71 11-8-2021 12:52 PM
Mak aii hhh, aku tengok dia diri tu pun, tangan aku yg berpeluh. Gayatttt.
Quote TOPwind 11-8-2021 12:53 PM
Scheherazade replied at 11-8-2021 12:31 PM
Heol! Mmg berani minah ni. Aku tgk klip making of tu pun dah rasa anxious, gayat. Dahla amik masa se ...

belakun je tu kat Studio
cuba perhatikan betul video tu
Quote Zirara99 11-8-2021 12:57 PM
Macam tak betul je. Too good to be true.
Quote supernaturalee 11-8-2021 01:02 PM
Kecut perut aku tengok

Erghhhh


Quote MsPercy 11-8-2021 01:06 PM
Baru je tgk tiktok psl ni td.
Well nasib baik safety comes first
Quote kuchenta_81 11-8-2021 01:13 PM
Euwww rasa kecut perutttt
Quote Kerexxx 11-8-2021 01:13 PM
imanda: ya allah rs gayat smp nk gigil pdhal tgk video je pon. i is gayat wpon dr tgkat 1.. eiiii xgigil ke kaki dia, adoiii ngerinya.

Ai pun sama. Nak imagine pun dah gigil..apatah lg kalau real.
Quote naina 11-8-2021 01:17 PM
Dulu2 i tak gayat dengan benda2 tggi ni. Skng tak taulah..tapi tinggi sangat. Sure tangan basah berpeluh
Quote Nenolen 11-8-2021 01:20 PM
Seriusly kan bole jer CGI...ada jer idea diaorg nie...merbahaya tau...but kaka imagine lagi dahsyat...ingat kan pompuan tu skydiving dari plane terus landing di platform tu...kehkehkeh
Quote wenza 11-8-2021 01:20 PM
I yang tengok ni dari screen pun i rasa meremang..bila dia tunjuk view sekeliling dengan i sekali jadi gayat
Quote green~tea 11-8-2021 01:23 PM
Gilosssssss..... angin atas tu kuat gila kot.. tak tergolek plak.. kalo iols harus tak mampu nak berdiri, tengok dia pakai heels lg.. ya ampuunnnnnnn

Teringat dedulu keje time shutdown kena climb distillation column yg tinggi beratus meter dgn monkey ladder je... time inspection kat ataih tu buleh rasa column terhuyung hayang ke kiri dan kanan sbb angin atas tu kuat... pakai safety harnes, sangkut kat rail platform
Quote che-cikL 11-8-2021 01:24 PM
Kuat betul physical dan mental dia

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.484321 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top