CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditangkap Khalwat, 8 Dikompaun Berseronok Sambut Hari Jadi

17-6-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2504| Komen: 9

Description: Sebuah rumah sewa di Taman Cempaka di sini diserbu dan pihak berkuasa mengenakan kompaun kepada lapan individu termasuk dua wanita susulan berseronok mengadakan majlis sambutan hari lahir, pada Selasa ...
Sebuah rumah sewa di Taman Cempaka di sini diserbu dan pihak berkuasa mengenakan kompaun kepada lapan individu termasuk dua wanita susulan berseronok mengadakan majlis sambutan hari lahir, pada Selasa.


Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam pemeriksaan yang dilakukan kira-kira jam 2.15 pagi.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) 2021 dengan berkumpul tanpa tujuan.

"Bertindak atas operasi bersama agensi, pasukan 'task force' Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,000 kepada enam lelaki dan dua wanita atas kesalahan tersebut," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.

Pada masa sama, kumpulan itu turut ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atas kesalahan berkhalwat.


JAIPk menerusi laman Facebook memaklumkan kesemua individu terbabit didapati tiada hubungan mahram antara satu sama lain.

"Mereka ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 17-6-2021 09:21 AM
Parti apa cenggini?

"Bertindak atas operasi bersama agensi, pasukan 'task force' Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,000 kepada enam lelaki dan dua wanita atas kesalahan tersebut," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.
Quote Simunggu 17-6-2021 09:24 AM
siap tilam....gengbang kah?
Quote sarah82 17-6-2021 09:37 AM
Tilam tu x boleh la boh cadar @ sarung tilam.. Kat lazada rm29 sarung tilam yg berzip tu.. Hailah..
Quote zulka 17-6-2021 09:52 AM
lalu pula dorang bersetubuh atas tilam kepam tu ye...
Quote Supersirap 17-6-2021 10:13 AM
Bersedap-sedap dahulu, bersusah-susah kemudian
Quote Belibis 17-6-2021 10:17 AM
zulka: lalu pula dorang bersetubuh atas tilam kepam tu ye...

Lepas selesai hajat,baru terperasan tilam kepam.
Quote zaianim 17-6-2021 01:20 PM
Baguslah jiran yg report ni..  amal ma'ruf nahi munkar
Quote nakkomenjugak 17-6-2021 01:22 PM
Low class nya gangbang di tilam kepam. Yihhhh
Quote xpdckelate 17-6-2021 10:44 PM
geli aih

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049177 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top