CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Ke Peringkat Antarabangsa, Yuna Tolong Betulkan Sebutan Inggeris Aizat Amdan

10-6-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10537| Komen: 53

Description: Penyanyi Aizat Amdan, 32, tidak menyangka lagu sulungnya berjudul The Last Thing untuk pasaran antarabangsa diperdengar dalam program kelolaan Zane Lowe di Apple Music, semalam.
 Penyanyi Aizat Amdan, 32, tidak menyangka lagu sulungnya berjudul The Last Thing untuk pasaran antarabangsa diperdengar dalam program kelolaan Zane Lowe di Apple Music, semalam.


Kini menjenamakan diri sebagai AI.Z, Aizat berkata, dia sendiri terkejut lagu itu dipilih sedangkan pelancaran rasmi lagu ciptaannya bersama Yuna dan terbitan Kuizz itu sepatutnya dibuat, Sabtu ini.


Kredit foto: IG


"Sekian lama saya mengimpikan untuk menembusi pasaran antarabangsa, tak sangka rezeki itu datang cepat selepas Lowe mainkannya dalam program beliau. Semestinya perasaan saya sukar digambarkan.

"Saya ingat ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mampu berbuat demikian. Apatah lagi saya sendiri baru saja bertatih untuk mencuba nasib di pasaran antarabangsa.





"Saya harus berikan kredit kepada pengurusan Yuna iaitu Yuna Room Records yang membantu realisasikan impian itu. Ia sekali gus menguatkan lagi semangat saya untuk menggapai impian bergelar artis antarabangsa," katanya.

Berkongsi mengenai projek terbabit, Aizat berkata, ia tercetus secara tidak sengaja tahun lalu. Dia juga mengambil masa lebih setahun untuk mempersiapkan jenama baharunya sebagai AI.Z.




"Cerita sebenarnya, saya dan Yuna serta pasukannya lepak-lepak di studio sambil main muzik. Lalu, tercetuslah idea untuk buat projek itu selepas Yuna sarankan saya hasilkan lagu Inggeris.

"Sejujurnya ia sangat mencabar kerana beberapa kali sebutan Inggeris saya diperbetul oleh Yuna. Saya rasa bagaikan baru belajar menyanyi semula.




"Untuk tujuan pasaran antarabangsa, saya memang akan gunakan nama AI.Z tapi kalau di Malaysia masih tetap Aizat Amdan. Saya juga terbuka untuk sebarang peluang mendatang sekiranya dijemput ke Amerika Syarikat misalnya bagi tujuan promosi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 10-6-2021 10:39 AM
Aizat antara penyanyi lelaki Malaysia yg iolls minat suaranya..Gudluck Aizat
Quote Jolabu 10-6-2021 10:40 AM
Sedap lagu lama dia sungai Lui,MV  dia pun menarik
Quote SecretLuv 10-6-2021 10:43 AM
Masuk antarabangsa kena perangkan rambut ke
Quote beni_nikaido 10-6-2021 10:43 AM
Good luck Aizat. Suara pun pun sedap
Antara produk AF yang berbakat
Quote lovelytouch 10-6-2021 10:54 AM
SecretLuv replied at 10-6-2021 10:43 AM
Masuk antarabangsa kena perangkan rambut ke

Kannn dek non.. starter pack katenyerr
Quote nellyberry 10-6-2021 10:59 AM
iols nampak mcm badan heols agak naik sikit lately.
Quote beta_carotene 10-6-2021 11:02 AM
rmbut kene kuning ke. mcm padan sgt dgn kulit kaler tu kan.
Quote bulalof 10-6-2021 11:02 AM
kalau kena dgn bimbingan boleh pergi jauh...
Quote dudaberhias 10-6-2021 11:05 AM
ini ke rupa international dek...
tapi heols kurus ni ok la ada juga rupa...
cumanya kalau nak masuk international memang automatik kena jadi blonde macam albino ke?
yuna dulu takde pun bertukar jadi blondie...
Quote cecari 10-6-2021 11:33 AM
SecretLuv replied at 10-6-2021 10:43 AM
Masuk antarabangsa kena perangkan rambut ke

ya,.., kalau berbogel lagi bagus...  berjayalah agenda yahudi memperbodohkan org islam dengan hiburan
Quote imrb 10-6-2021 12:03 PM
pasaran antarabangsa rambut pun antarabangsa.. maaf burukss..
Quote nazzse 10-6-2021 12:09 PM
patutlah rambut blonde skrg.. Sampai iols unfollow sbb menyampah laki rambut color.

Btw, lagu ni best
Quote eLiaD 10-6-2021 12:15 PM
Pop smoke: aura mne aura?
RiP
Quote QueenOfHeart 10-6-2021 12:26 PM
yeahh gud luck Ai.Z. suka suara dia ni..n lagu pun smua sdp2
Quote kakakpositifker 10-6-2021 12:34 PM
maaf bertanya. boleh solat tak kaler kaler rambut inih
Quote Zirara99 10-6-2021 01:02 PM
Edited by Zirara99 at 10-6-2021 01:03 PM
kakakpositifker replied at 10-6-2021 12:34 PM
maaf bertanya. boleh solat tak kaler kaler rambut inih


Mcm pernah belajar yg rambut tu kalau warna dye tk kena sampai akar rambut atau dasar kepala, boleh. Boleh in terms of air wudhu’ Kenapa kepala tk ada yg menghalang. Begitu lah yg I belajar. Mungkin yg lebih arif boleh betulkan. Ampun kalau salah.
Quote Minami2013 10-6-2021 01:19 PM
Nampak dia macam Logan Lee pulak

Antara artis lelaki yg i suka... lagu2 dia best2.. kenapa tak buat lagu dah bersaing dgn hael kan.
Quote hidet 10-6-2021 01:52 PM
suara sedap, lagu best, rupa takde la sangat tapi manis tu ada..tapi nape rambut blonde dekkk?? BTW heols xde pacar ke..umur brp dah dia..
Quote MsKathryn 10-6-2021 01:54 PM
Good luck aizat

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051082 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top