CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sesi Peluk Cium Aidilfitri Di Sempadan Selangor, Negeri Sembilan

16-5-2021 02:58 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 10232| Komen: 112|Original author: Oleh: kp5x

Description: Kredit foto : Harian Metro, BernamaMajlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan SOP terkini sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang antaranya melaksanakan larangan merentas daerah bagi seluruh nega ...

Kredit foto : Harian Metro, Bernama

Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan SOP terkini sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang antaranya melaksanakan larangan merentas daerah bagi seluruh negara. 

SOP lain yang telah dipraktikkan sebagai norma baru sejak lebih setahun yang lalu pula adalah penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan daftar MySejahtera.

Walaupun telah diulang-ulang perkara sama setiap hari sejak Mac 2020 namun masih ada segelintir yang seakan tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham, sudah dinyatakan tidak boleh merentas daerah yang mana boleh menambahkan risiko jangkitan kes Covid-19 akibat aktiviti kunjung mengunjung, salam bersalaman, peluk cium di Aidilfitri, ada pula yang terlebih kreatif berjumpa di sempadan seperti yang terjadi di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini. 

Kredit foto :Harian Metro
Kredit foto : Bernama

Jika setakat berjumpa sambil bertukar-tukar hidangan mungkin boleh dipertimbangkan lagi, yang menjadi masalahnya adalah sambil bertukar barangan boleh pula sampai berpeluk cium, bersalaman, penjarakan 1 meter sudah tentulah tiada. Polis pun hilang entah ke mana. Negeri Selangor pula antara negeriyang konsiten dengan angka tertinggi kes Covid-1. Media cetak dan elektronik pun seperti terlepas pandang isu perlanggaran SOP individu-individu yang berjumpa di sempadan ini, yang di'highlight'kan adalah susah payah, kesedihan, kesayuan di Aidifitri di sebalik pagar kawat berduri dan penghadang batu.

Golongan kayangan dengan kes perlanggaran SOP versi kayangan, golongan marhaen dengan versi marhaennya.  

Kredit foto : Bernama
Kredit foto : Harian Metro




1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 16-5-2021 02:59 PM
Feeling dok Gaza kohkoh
Quote iman_kasih 16-5-2021 03:01 PM
Covid kirim salam
Quote iman_kasih 16-5-2021 03:03 PM
ChildrenOfBodom replied at 16-5-2021 02:59 PM
Feeling dok Gaza kohkoh

Wakaka...tergelak aku baca komen hang ni
Quote pu3_rania 16-5-2021 03:07 PM
Aduhaiii larrrr BINGAIIII nyer lahaiiii
Attention seekerrr sungguhhh
PDRM sila lah ambil tindakan ke atas depa2 ni sebelum bertambah lagi jumlah bingai2 yang dok ikut perbuatan2 macam HARAMJADAH depa2 ni
Kemaruk populariti ke haperrr bingai2 ni semua!!!
Quote uori 16-5-2021 03:08 PM
gigih ye memasing
Quote salmon-suki 16-5-2021 03:24 PM
Bodoh nak mamps!
Quote salmon-suki 16-5-2021 03:26 PM
pu3_rania: Aduhaiii larrrr BINGAIIII nyer lahaiiiiAttention seekerrr sungguhhhPDRM sila lah ambil tindakan ke atas depa2 ni sebelum bertambah lagi jumlah bingai2 ...


Ofkos laa sis attention seeker sekor2..yelaa,sblm ni kn ada viral y makpak bwk makanan ke apa ntah kt anak kt sempadan..ni beraya kt sempadan..mcm bodoh je masing2..xkesah laa tua ke muda..
Quote AbukRokok 16-5-2021 03:31 PM
cincau sgt     
Quote Orix 16-5-2021 03:33 PM
Serupa tak payah ada sekatan ujong2 covid kena COD dekat sempadan
Quote MeghanK 16-5-2021 03:39 PM
covid stop takat kawat besi jenke..bodoh piang
Quote little_sis 16-5-2021 03:41 PM
Gigih sgt2 dorang ni.. paham ke idak covid ni bahaya kalo dpt..
Quote ninnamina 16-5-2021 03:47 PM
Gigihnye memasing..
Quote Lengkong 16-5-2021 03:50 PM
Masalah laaa...tak faham2


Quote nazzse 16-5-2021 03:53 PM
Dah 2 tahun salam,peluk cium tak digalakkan. Ada lagi yg bangang rupanya
Gigih memasing
Quote user.name 16-5-2021 03:53 PM
gegeh duk terjulur2 tangan nak salam bagai. takut tercocok jah peot kat besi tuh
Quote eyansss 16-5-2021 03:56 PM

insensitive tapi aku tergelak...  hahaha...
Quote guesswho09 16-5-2021 04:04 PM
Bernamaofficial tu pun sama bingai
nada ayat tu mcm menggalakkan
sepatutnya tunjuk gambar ni
sambil mendidik
yg perbuatan tu salah
Quote Ninjanunu 16-5-2021 04:29 PM
Hmmm.. mcm x faham konsep je yg dalam gambar-gambar jumpa kt sempadan ni..
Quote pxlbb 16-5-2021 04:38 PM
Boleh jadi cacat ke kalau tak sambut raya dgn parent dan ketupat dan rendang {:nose

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063118 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top