CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pati Bawa Banyak Penyakit Berjangkit

14-11-2013 09:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6171| Komen: 42

Description: Beliau Mengalu-Alukan Penganjuran Kolokium Dan Persidangan Itu Yang Membuka Peluang Kepada Peserta Dari Negara Luar Berkongsi Idea Yang Boleh Memanfaatkan Lebih 500 Juta Penduduk Rantau Ini.


KOTA KINABALU 13 Nov. - Pihak berkuasa diminta supaya mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) berikutan pertambahan kadar penyakit berjangkit yang direkodkan berpunca dari kalangan mereka di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, penyakit seperti malaria dan batuk kering atau tibi kini menunjukkan peningkatan ketara yang dikhuatiri akan menular kepada rakyat tempatan sekiranya tidak dibendung.

"Apa yang membimbangkan seperti contoh, ketika pemeriksaan saringan yang dijalankan ke atas pekerja asing kira-kira 30,000 PATI, namun hanya satu pertiga lulus ujian dan selebihnya tidak sihat dan perlu dihantar balik. Tetapi kita tidak tahu kedudukan mereka itu yang kebanyakan mereka berpenyakit berjangkit seperti tibi dan malaria.

"Sehubungan itu, pihak keselamatan harus menangani perkara itu bagi memastikan PATI itu keluar dari negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Kesihatan Awam Sabah ke-8 dan Persidangan Kesihatan Awam Serantau 2013, di sini hari ini.

Hilmi berkata, dalam sesetengah kes, kerajaan terpaksa menerima kedatangan pendatang asing terutama ketika kecemasan seperti melahirkan anak selain menanggung subsidi perubatan bagi mereka yang bekerja di negara ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dipetik sebagai berkata, kebanjiran pekerja asing adalah antara punca peningkatan penyakit batuk kering dikesan di negara ini.
"Terdapat 58 kes untuk populasi 100,000 pada 1995 dan meningkat kepada 63 kes untuk populasi sama pada 2008 iaitu 16,000 kes setahun. Ia juga meningkat kepada 18,000 kes pada 2010.

"Pada 2011, sebanyak 20,000 kes dilaporkan berlaku dan telah menyebabkan 1,600 kematian," kata S. Subramaniam.
Dalam pada itu, Hilmi berkata, kolokium dan persidangan itu merupakan platform terbaik untuk para doktor dan paramedik membentangkan hasil kajian mereka yang boleh digunakan sebagai rujukan kepada pihak berkaitan termasuk negara serantau seperti Filipina dan Myanmar.

Beliau mengalu-alukan penganjuran kolokium dan persidangan itu yang membuka peluang kepada peserta dari negara luar berkongsi idea yang boleh memanfaatkan lebih 500 juta penduduk rantau ini.

Seramai 360 peserta menyertai kolokium dan persidangan selama dua hari yang berakhir esok anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama pejabat Kesihatan Penampang.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Christina Rundi.



10

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 14-11-2013 09:12 AM
baru tau ke?
ni kat cheras byk sungguh PATI bukak kedai.....bila nak ambik tindakan...

nenek tua baru sampai dr indong, possibly permit lawatan pun dh expired masih ada kat sini, duk carik keje sana sini tanya org....
Quote induk 14-11-2013 09:16 AM
hr tu g indon
ramai je yg merokok dlm bangunan
Quote dahliateck 14-11-2013 09:21 AM
yg india2 keje kedai mamak tu pun sama
Quote liton 14-11-2013 09:24 AM
Setinggi - tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak yg meluluskan visa lawatan sosial kpd mereka yg berpotensi menjadi PATI, pihak Imigresen yg membenarkan masuk, pihak polis yg selalu dapat mengesan PATI & melepaskan mereka bila....

Teruskanlah motto hidup anda semua..

Asalkan aku kaya, Rakyat jelata pedulik apa..
Quote freebird 14-11-2013 09:25 AM
sekadar memberi kenyataan je lah...
nak buat sesuatu, tak boleh...
sebab PATI adalah talianhayat ameno....
Quote zach2008 14-11-2013 09:27 AM
Benda ni dah lama.. Pekerja2 Bangla dan India ramai yg ada "TV". Berapa inci tak tau.
Klinik2 yg membuat pemeriksaan kesihatan pun harus dipantau secar berkala.
Kalau tak mmg ramai yg main lepas macam tu je.

Bila $$$ memainkan peranan semua boleh jadi
Quote R2D2 14-11-2013 09:28 AM
lagi byk PATi lagi bagus
sekali penguatkuasa pau..dlm RM1K seorang!
Quote wak_karman 14-11-2013 09:29 AM
kurangkan mkn luar kat kedai2 yg byk pekerja dari negara luar..
x kira la dia ada permit kee...
mostly kopitiam n mamak laaa
Quote wak_karman 14-11-2013 09:30 AM
R2D2 posted on 14-11-2013 09:28 AM
lagi byk PATi lagi bagus
sekali penguatkuasa pau..dlm RM1K seorang!

keje nak pau org ni...org tak dak integriti

Quote liton 14-11-2013 09:44 AM
wak_karman posted on 14-11-2013 09:29 AM
kurangkan mkn luar kat kedai2 yg byk pekerja dari negara luar..
x kira la dia ada permit kee...
mo ...

Itu yang nampak wak...
Banyak restoran termasuk kategori mewah , kat kitchen majoriti pekerja asing, senang cakap PATI sebab sapa nak nampak & saspek kan sebab kat depan letak ramai org tempatan ...
Ada satu restoran western yg makin popular , bos dia langsung taknak susah payah buat permit sendiri, sebab senang nak di buang klu x displin katanya.
Pekerja dia mesti ada visa pelajar, dari kolej cap ayam pun tak pe..
Kat depan letak paki hensem2 boleh cakap omputih...



Quote dhafir 14-11-2013 10:35 AM
pernah kawan seopis kena batuk berpanjangan. bila dah berlarutan doktor suruh buat test takut ada tibi. cek kompom ada. kata doktor lambakan warga asing antara punca kena.
Quote dysyah 14-11-2013 11:33 AM
Kelebihan pendatang di Malaysia
1. bawa masuk penyakit
2. bawa masuk skill jenayah yg hebat
3. pacak umah dimana mana tanpa perlu bayar cukai seperti rakyat tempatan
4. pacak gerai untuk meniaga dimana mana tanpa takut akan di kacau oleh perbandaran atau majlis daerah
5. membina family disini dan mendapat faedah seperti penduduk tmpt seperti sekolah and klinik/hospital
6. weekend akan menbanjiri tmpt tmpt reakrasi seperti di klcc bersama teman teman senegara
7. rakyat tmptan akan takut dan x selesa pada mereka
8. fake I/c
9. bawa budaya mereka disni
10. last sekali - ade dorg kisah dgn rakyat tmpt sbb menteri pun x kisah dgn kehadiran mereka di sini sbb issue PATI dah basi..umpama seorg dihantar pulang 15 org kan msk kenegara ini..
Quote ogata 14-11-2013 11:38 AM
dhafir posted on 14-11-2013 10:35 AM
pernah kawan seopis kena batuk berpanjangan. bila dah berlarutan doktor suruh buat test takut ada ti ...

kawan iols..serumah dengan orang "sabah" katanya...

tup tup kena penyakit hipatetis A or b..i lupa..kerja housemate dia tu da penyakit tu juga..

i dah bagitau dia dulu dulu... budak tu bukan sabah even dia salu ulang alik sabah..sebab tangan dia tak ada tanda cucuk bcg kecil dan dewasa.
Quote dhafir 14-11-2013 11:48 AM
ogata posted on 14-11-2013 11:38 AM
kawan iols..serumah dengan orang "sabah" katanya...

tup tup kena penyakit hipatetis A or b..i l ...

itulah masalahnya,x pasal2 diri sendiri sengsara. macam kawan opis tu dia kena sebab dia hari2 pegi keje mmg naik lrt. kemudian hari2 makan luar jadi kebarangkalian berjangkit tu memang ada.
Quote ogata 14-11-2013 12:03 PM
dhafir posted on 14-11-2013 11:48 AM
itulah masalahnya,x pasal2 diri sendiri sengsara. macam kawan opis tu dia kena sebab dia hari2 peg ...

penyakit camni orang batuk dan peluh peluh tu pun boleh berjangkit tau..

sebab tu i bawa makanan dari rumah..takkisah la org kata aku taik hidung masin...

lagipun aku jenis yang pengeli...even org kita yang masak p tukang bungkus dan pekerja nya ramai indon mari.
Quote shi_jewel 14-11-2013 12:07 PM
penyakit tb paling femes yg PATI ni bawak....
Quote Peterpan17 14-11-2013 12:46 PM
wak_karman posted on 14-11-2013 09:30 AM
keje nak pau org ni...org tak dak integriti

Last month aku gi Jepun 2 minggu lbh. Aku mkn kat satu restoran Bangladesh muslim. Pekerja 2 org Nepalese. Sembang punya sembang rupanya dia pernah kerja kat Johor 2 tahun. Lepas dr Johor dia dpt kerja kat Jepun. Dia kata dia tak suka  Msia psl polis Msia suka pau depa walaupun ada permit. Pastu jenayah byk kat sini yg target rakyat asing. Dia syukur hamdalah dpt kerja kat Jepun. Dia kata Jepun selamat, orang2 bagus, polis bagus & sekeluruhan tip top. Ntah mana aku nak letak muka.
Quote bolat-bolat 14-11-2013 12:57 PM
Jemput la lagi pendatang asing...bukan tak tau pendatang asing ni masuk dengan pakej bawak penyakit berjangkit...apalah nak jadi dengan malaysia ni...masalah jenayah satu hal...penyakit berjangkit satu hal...
Quote nad014 14-11-2013 01:18 PM
yang si fomema tue pun fail...ape pun tak boleh...kata saring pekerja asing yg dtg sini...tapi boleh pulak bertolak ansur

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.068321 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top