CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salah Sangka, Ingatkan Ismail Izzani Dah Bertunang

12-4-2021 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3039| Komen: 3

Description: Tidak semena-mena, tersebar foto pasangan kekasih, Ismail Izzani dan Shalma Eliana yang didakwa bertunang, lantas menjadi topik hangat netizen, sejak beberapa hari lalu.
Tidak semena-mena, tersebar foto pasangan kekasih, Ismail Izzani dan Shalma Eliana yang didakwa bertunang, lantas menjadi topik hangat netizen, sejak beberapa hari lalu.

Terjerat dengan spekulasi itu, Instagram (IG) Ismail dan Shalma masing-masing dihujani ucapan tahniah daripada pengikut termasuk artis.

Bagaimanapun, ibu Ismail, penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam tampil menjelaskan perkara sebenar.

Foto: IG


"Ismail dan Shalma belum bertunang. Foto itu dirakam pada majlis resepsi anak sulung saya, Nur Izzati Zainal di sebuah hotel di ibu negara, Rabu lalu.

"Nur Izzati bernikah pada 13 Mac lalu. Tidak sangka, disebabkan foto itu, ramai menyangka Ismail dan Shalma sudah bertunang," katanya kepada BH Online.


Suliza berkata, pada majlis resepsi itu, Ismail turut mendendangkan beberapa lagu untuk kakaknya.



"Kakaknya sudah berkahwin, sekarang tinggal Ismail dan kakak keduanya, Nur Falahi yang belum berumah tangga," katanya.

Suliza tidak menghalang jika anak bongsunya itu bernikah pada usia muda.

"Saya okay dan 100 peratus sokong. Saya doakan apa yang mereka rancang dan impikan diizinkan Allah.

"Pokok pangkalnya pilihan hati masing masing. Saya senang dengan Shalma yang sangat baik dan faham anak saya. Shalma juga ringkas orangnya.

"Keluarga Shalma baik dan menerima anak saya seadanya," katanya.



Sementara itu, Shalma ketika dihubungi mengaku pelik disangka sudah bertunang dengan Ismail.

"Saya dan Ismail tidak sangka foto itu disalah tafsir sebagai sudah bertunang. Keterangan pada foto juga sangat umum.

"Kami hanya mengabadikan kenangan pada majlis resepsi kakak Ismail. Apa-apa pun berdoa dan setiap perkara baik, kami aminkan," katanya.


Ismail dan Shalma berkenalan sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 12-4-2021 01:29 PM
Boringgggggg
Quote hazzy0304 12-4-2021 01:37 PM
halah halah halaaaahhh ....
Quote minahmanja 12-4-2021 03:58 PM
bdk2 skang ni mcm tak kisah ye peluk2 mcm org dh kawin.. mcm tkde rasa apa dah..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070047 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top