CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rosak Nama Dan Imej, Baby Shima Heret Penyebar Fitnah

12-4-2021 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2821| Komen: 9

Description: Akibat bergurau tidak kena tempat, penyanyi Baby Shima menerima kecaman hebat. Tidak sensitif, biadap dan bodoh, itu antara kejian yang dilemparkan terhadapnya apabila memuat naik video reaksi terhada ...
Akibat bergurau tidak kena tempat, penyanyi Baby Shima menerima kecaman hebat. Tidak sensitif, biadap dan bodoh, itu antara kejian yang dilemparkan terhadapnya apabila memuat naik video reaksi terhadap golongan orang kurang upaya (OKU).


Menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik dalam laman sosial, TikTok itu, Shima melakonkan semula aksi tokoh OKU, Zhariff Affandi yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, hanya menggunakan kaki untuk melakukan tugasan harian.

Dalam video itu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu meniru pergerakan Zhariff dalam sesi temubual di kaca televisyen (TV) dengan menggunakan kaki yang memakai stokin. Shima seolah-olah membuat parodi dengan meniru aksi lelaki istimewa menggunakan kaki sebagai bahasa tubuh.


Foto: IG


"Saya tidak tahu Zhariff adalah OKU. Saya hanya fokus pada kakinya sahaja dan terus buat merakamkan video. Sememangnya, saya tidak perasan keadaan dirinya sebab terlalu asyik memerhatikan kaki.

"Secara kebetulan, TikTok sedang tular 'challenge heyfoot', jadi saya turut mengikut rakam aksi yang sama, tanpa mengetahui Zhariff seorang lelaki istimewa.

"Saya mula perasan komen netizen mengecam tindakan saya kira-kira 30 minit muat naik video berkenaan. Ketika itu, saya baru sedar Zhariff adalah lelaki OKU dan terus ambil langkah memadam video," katanya kepada BH Online.

Shima berkata, dia bertindak memadamkan video sebelum tular lagi.

"Saya memadamkannya selepas tahu Zhariff adalah OKU, bukannya takut dikecam. Jadi, jangan salah faham.

"Saya tidak mahu ia menjadi isu besar. Jika betul saya berniat mahu menghina atau nak buat kandungan dalam laman sosial, lebih baik saya membiarkan sahaja video berkenaan," katanya.



Wanita kelahiran Johor Bahru itu berkata, dia terus membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan yang tidak disengajakan.

"Saya tahu sudah mengguriskan hati Zhariff dan netizen atas keterlanjuran saya. Alhamdulillah, Zhariff memaafkan saya. Saya berani bersumpah atas nama Allah disebabkan kekhilafan saya.

"Sejujurnya, saya tiada niat mahu menghina dan mempersenda. Buat apa saya nak buat sesuatu yang mencalarkan nama baik. Takkan saya tidak tahu menilai baik atau buruk sesuatu tindakan. Cuma, situasi sekarang saya memang tak kenal Zhariff, cuma tahu kakinya bergoyang," katanya.

Bagaimanapun, Shima berkata, dia terkejut dan pelik apabila video yang dipadamkan disebarkan semula selepas empat hari.

"Apa niat pihak tidak bertanggungjawab berkongsi video berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar? Adakah mahu membesarkan cerita ini?

"Tidak sedarkah, mereka yang sebarkan video ini memfitnah dan merosakkan nama serta imej saya. Saya sedih sebab ingat perkara ini sudah selesai, tetapi menjadi tular semula.

"Jadi, saya berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah sehingga merosakkan nama.



"Saya sudah memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berkenaan dua pemilik akaun Twitter dan satu akaun Instagram yang menyebarkan fitnah, baru-baru ini," katanya yang akan lebih berhati-hati dalam memuat naik hantaran dalam laman sosial.

Mengulas tindakan disengajakan bagi mencetuskan kontroversi apabila nama semakin suam-suam kuku, Shima menepis anggapan itu.

"Apa dimaksudkan dengan suam-suam kuku? Adakah disebabkan saya kurang tampil di kaca televisyen atau tiada lagu baharu?

"Saya jarang tampil di kaca TV kerana banyak menolak tawaran disebabkan bertindih dengan jadual. Saya juga mempunyai beberapa projek khas sedang berjalan. Tambah lagi, saya tidak mahu terlalu terdedah dengan keadaan COVID-19 yang belum reda, jadi saya haruslah memilih program yang sesuai.



"Saya sudah merakamkan lima single ciptaan dari Ezra Kong, Harry Khalifah dan Pasha Ungu. Bukan senang mahu bekerjasama, syukur sangat mereka sudi menghasilkan lagu buat saya," katanya.

Katanya, hingga kini, dia masih bernaung di bawah label terbesar Indonesia, Nagaswara.

"Bagaimanapun, saya terpaksa balik ke Malaysia atas arahan kedutaan Malaysia disebabkan COVID-19.

"Saya juga masih banyak menerima undangan di Indonesia, tetapi terpaksa tolak kerana belum boleh merentas negara. Saya menjadi satu-satunya artis Malaysia bernaung di bawah label Indonesia. Apa yang saya lakukan di sini hanyalah projek khas. Jadi, saya dilabel artis suam-suam kuku dari segi apa?," katanya.




Mengenai perkembangan kerjaya di Malaysia dan Indonesia, Shima berkata, dia masih menunggu masa untuk pulang ke Indonesia bagi menyiapkan kerja yang lebih setahun terbengkalai.

"Insya-Allah, saya akan balik sejurus sahaja pintu sempadan dibuka. Ketika berada di Malaysia saya proses menyiapkan rakaman lagu baharu," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Brunes 12-4-2021 12:31 PM
omg bodoh kau sendiri yg mengundang kau sendiri yg sentap
Quote mieymiey 12-4-2021 12:42 PM
HAHAHAHAHA. Kelakar yach. Dah ko rakam dan upload video tu, ko ingat lepas dah padam, video tu akan terus hilang dan lenyap ditelan bumi? Netizen dilarang sama sekali untuk re-upload?? Oi Shima, sepatutnya Zhariff tu yang saman ko, ni dah tunggang terbalik ko pula yang saman netizen.
Quote SayaSayangMama 12-4-2021 12:48 PM
Zhariff tu dah maafkan dah dia . Dah dia ckp dia xde niat kan . Tp tula org kata jgn seronok sgt ramai ambil kesempatan nnti. Page page bagai semua nk bg laki iklan depa mmg jd content la benda mcmni.
Quote ariellin 12-4-2021 12:50 PM
Aku kenot la dgn dia..
Quote minahmanja 12-4-2021 01:02 PM
Mungkin dia lupa apa je yg di upload di net will stay.. ssh la nak buang weii.. kau sabo je la simaa..
Quote prettyuglybabe 12-4-2021 01:12 PM
mana satu muka ori?
Quote kakakgarang 12-4-2021 01:30 PM
bimbo.. sheolls sgt kg.com
Quote AKAZ85 12-4-2021 01:39 PM
Ko yg menganjing, ko yg rakam pastu ko jugak share kat public pastu orang kecam sentap??? Ade nampak kami2 ni happy keeee???
Quote kiah_mai_pulak 12-4-2021 01:47 PM
fitnahh jubbbbb lemmmmbbbbb kauu lahh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045092 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top