CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Besar, Elegan - Ini Rumah Mewah Pemimpin Politik Terkenal Malaysia

25-3-2021 10:13 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7119| Komen: 34|Original author: Oleh: natrahn

Description: Selalu dengar cerita yang pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli politik di Malaysia kaya raya dan mewah, tapi macam tak pernah tengok pun rumahnya.


Selalu dengar cerita yang pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli politik di Malaysia kaya raya dan mewah, tapi macam tak pernah tengok pun rumahnya.

Jom kita lihat rumah mereka.

1) Datuk Seri Najib Tun Razak



Kredit foto - Property Guru

Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat walaupun beliau bukan lagi menjawat jawatan Perdana Menteri. Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-6, dan pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan.


Mempunyai kediaman di Langgak Duta, rumah ini beberapa kali menjadi tumpuan media berikutan beberapa kes berprofil tinggi yang dikaitkan dengan beliau.

2) Dr. Mohamad Khir Toyo

Merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-13. Beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar mulai tahun 2000 hingga tahun 2008. Rumah ini menjadi bualan kerana dikhabarkan rumah ini harganya sangat mahal melebihi kemampuan beliau sebagai menteri besar.


Kredit foto - bharian

Banglo mewah yang didakwa bernilai RM24 juta ini tersergam indah macam istana.

3) Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir

Anak ke-5 bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ni pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia antara tahun 2009 dan 2013 dan juga Menteri Besar Kedah.


Kredit Foto - Beautiful Nara

Besar dan mempunyai kolam renang. Bayangkan dapat buat rumah terbuka cam kat bawah ni, tepi kolam renang lagi.

4) Lim Guan Eng

Kredit Foto - The Star

Bekas Menteri Kewangan Malaysia dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng juga dikaitkan dengan kes membeli rumah di bawah harga pasaran di Georgetown.

Harga rumah ini dikhabarkan kurang dari RM 5 juta. Namun boleh tahan cantik dan gah juga.

5) Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim
Kredit Foto - Another Brock In The Wall - Blogger

Rumah ahli politik seterusnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-14 yang menggantikan Khir Toyo. Rekaan yang ala-ala rumah tradisional tapi moden tu. Khabarnya rumah ini bernilai RM16 juta.

Kredit Foto - Berita Pas

6) Tan Sri Abdul Taib Mahmud


Kredit Foto - Berita Semasa

Merupakan mantan Ketua Menteri Sarawak yang ke-4 dan juga Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7. Ahli politik ini turut terkenal dengan kekayaannya.

Lihat saja rumah mewah miliknya ini yang terletak di persisiran air di bandaraya Kuching. Bukan main cantik lagi.


7) Dato' Seri Dr Anwar Ibrahim

Merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mantan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau memang terkenal dengan kepetahannya berucap pelbagai bahasa serta pelbagai isu kontroversi lain sepanjang berkecimpung dalam arena politik tanahair.


Kredit foto - Google


Kredit Foto - Facebook Anwar Ibrahim

Mempunyai rumah di Bukit Segambut yang khabarnya bernilai hampir RM9.5 juta dengan reka bentuk  yang simple tetapi cukup elegan dan ekslusif.

8) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil

Tan Sri Shahrizat ni pernah jadi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau juga agak terkenal dengan skandal perniagaan lembu yang memang ramai tak boleh nak lupakan. 

Dari kisah itu keluarlah cerita mengenai rumah-rumah mewah miliknya. Antaranya chalet di Janda Baik ini.

Kredit Foto - Milo Suam

Khabarnya beliau turut memiliki hartanah di luar negara, negara jiran kita di Singapura. Walaubagaimanapun sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat disahkan.

Kredit Foto - Property Guru

9) Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Kredit Foto - Anak Sungai Derhaka

Akhir sekali ialah rumah seorang ahli politik yang paling bersejarah dalam negara kita. Tak lain tak bukan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad! Lagenda dalam dunia politik yang terkenal serata dunia.

Kredit Foto - Google

Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan juga pernah menjadi Perdana Menteri kita yang ke-4. Mencipta sejarah sebagai perdana menteri Malaysia sebanyak dua kali, tak pelik lah kalau rumah kediaman beliau pun mewah kan. 

Itu sahajalah gambar-gambar rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami dapat kongsikan buat masa ni. Semoga menjadi inspirasi buat semua. 

Mana tau dengan usaha keras anda, anda juga bakal memiliki rumah seumpama ini suatu hari nanti. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawar_mustika 25-3-2021 10:44 AM
rmh pemimpin kemain juta2...rumah rakyat yg bwh 100k pun ikat perut rakyat nk membayar
Quote yebit157 25-3-2021 11:02 AM
cantik ye rumah yang no. 5 tu. macam rumah melayu dulu dulu. macam muzium pun ye juga
Quote bintangct 25-3-2021 11:14 AM
rasanya rumah pmimpin yg zuhud tn guru nik aziz  je kot
Quote sharlenetexas 25-3-2021 11:18 AM
Siapa yang paling zuhud?
Quote auntyonion 25-3-2021 11:25 AM
semoga menjadi inspirasi urmm nahhh {:dot
Quote AbukRokok 25-3-2021 01:36 PM

kelipah umar ul abdel ah ziz eng

Quote white_musk 25-3-2021 01:40 PM
Rumah paling zuhud dalam senarai di atas ialah rumah lim
Quote Joyah_ 25-3-2021 02:10 PM
Kemain rumah atok dan anaknya mewah {:thief{:thief{:thief
Quote tagas 25-3-2021 03:27 PM
Spesis2 yg susah nak jwb kat sana nanti

banding kita yg marhaen miskin pprt
Quote tripleid 25-3-2021 04:23 PM
Zuhudnya rumah guang eng..rumah cikgu cikgi kat kelantan banglo tgh sawah jauh  lg cantik
Quote pxlbb 25-3-2021 08:52 PM
Kan aku dah kata, nak jadi kaya kt malaysia ni samada ko jadi ponder bagi ketat atau panjang apa yg patut ataupun jadi politician {:good
Quote hasniey 25-3-2021 11:21 PM
Ni bukan tuah ni tt...ni kes sapa paling pandai songlap
Tgok yg jd pm dua kali tu...smpai anak dpt rmh jota2...yg dok penjara brtahun2 pon rumah jota2
Rakyat???tgok je laa kekayaan diorg..nk beli kete pon pikir 18 kali...
Quote mialunar 25-3-2021 11:44 PM
Cantik rumah tans sri khalid ibrahim.. Ade taste
Quote LadyCarefree 26-3-2021 09:27 AM
bintangct: rasanya rumah pmimpin yg zuhud tn guru nik aziz  je kot


Kahkahkah anda antara yg telah berjaya dibohongi
Quote alesandra 26-3-2021 05:38 PM
Khalid ibrahim tu bukan start politician pun dia mula korporat.kalo rumah mcm mahligai pun takde la org nak marah sgt.
Quote Redoxon757 27-3-2021 02:46 AM
Tski bukan politician semata. Tp taste dianpowerrr
Quote Buritan 27-3-2021 07:32 AM
tagas replied at 25-3-2021 03:27 PM
Spesis2 yg susah nak jwb kat sana nanti

banding kita yg marhaen miskin pprt

Rasanya Allah pun tak hingin nak soal pun.. terus dihumbannya jahh dlm laut api.. koh koh
Quote Buritan 27-3-2021 07:33 AM
alesandra replied at 26-3-2021 05:38 PM
Khalid ibrahim tu bukan start politician pun dia mula korporat.kalo rumah mcm mahligai pun takde la  ...

Yep... dia org koperat..
Quote cmf_premierleag 30-3-2021 02:17 PM
alesandra replied at 26-3-2021 05:38 PM
Khalid ibrahim tu bukan start politician pun dia mula korporat.kalo rumah mcm mahligai pun takde la  ...

khueeen
dulu TS Khalid Ibrahim ni CEO Guthrie sblm merge dgn sime darby..so x heranlah
guthrie bhd dulu mmg plantation company yg besar.
highway guthrie shah alam-rawang tu pun idea TSKI ni.

Lihat semua komen(34)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-1-2022 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.175425 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top