Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon Coki berpendapat bayaran yang murah bukanlah sebab utama produksi memilihnya berlakon beberapa drama dan telefilem.
Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, soal bayaran itu terlalu subjektif kerana ia terpulang kepada seseorang pelakon untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. "Saya ada mendengar mengenai isu instafamous ditawarkan berlakon kerana bayaran lebih murah... sebenarnya susah nak cakap fasal isu ini kerana ia terpulang kepada individu itu sendiri. "Saya sendiri memang dah lama minat nak jadi pelakon, jadi apabila ada tawaran datang saya terima... kalau kita tak cuba kita tak tahu, lagi pun saya anggap ini semua berbalik kepada rezeki.
"Cuma mungkin saya dikenali di media sosial terlebih dahulu dan kemudian barulah tawaran itu datang tapi disebabkan minat dan nak timba pengalaman, tak salah saya mencuba! Alhamdulillah buat masa ini semuanya berbaloi dengan kerja," katanya kepada mStar.
|
shernazz replied at 22-3-2021 01:04 PM
KorNg minat la coki ni
Iols minat choki choki je
Makan kat roti gardenia
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055870 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.