CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akak Berkebaya Merah Handal Tunggang RX-Z Disaman Tak Pakai Helmet

17-3-2021 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9742| Komen: 64

Description: Tindakan seorang instafamous dari Dungun memuat naik video menunggang RX-Z tanpa memakai topi keledar di media sosial mengundang padah apabila dia disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tindakan seorang instafamous dari Dungun memuat naik video menunggang RX-Z tanpa memakai topi keledar di media sosial mengundang padah apabila dia disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, tindakan saman diambil kerana terdapat bukti individu terbabit melanggar undang-undang jalan raya.


Kredit foto: Ihsan Pembaca

"Dengan kepesatan teknogi maklumat sekarang kita lihat ramai yang gemar merakam video ketika menaiki kenderaan untuk dipamerkan sebagai 'content' (kandungan) di media sosial.

"Bagaimanapun, sekiranya ia jelas melanggar undang-undang jalan raya dan boleh dijadikan sebagai bukti, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Zulkarnain berkata demikian ketika diminta mengulas video dan gambar serta notis saman bertarikh 14 Mac 2021 dikeluarkan terhadap seorang wanita yang ditularkan di media sosial.


Beliau berkata, wanita berkenaan telah dipanggil pihak berkuasa berhubung kesalahan itu dan kes itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun.

"Wanita terbabit telah dipanggil dan dia mengakui kesilapannya iaitu tidak memakai topi keledar dan gagal mempamerkan nombor pendaftaran hadapan motosikal.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM3,000," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihak JPJ tidak akan berkompromi sekiranya berdepan dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya malah mempunyai kaedah tersendiri dalam memantau kesalahan pengguna jalan raya yang dipamerkan di media sosial.

"Kita akan siasat semua laporan yang diterima sama ada melalui rakaman gambar atau video termasuk yang disebarkan melalui medium media sosial berkaitan kesalahan jalan raya.

"Siasatan akan dijalankan dan tindakan akan diambil ke atas pemilik kenderaan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 14 saat memaparkan seorang wanita berkebaya merah mempamerkan kecekapan menunggang RX-Z di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun.


Sumber: Sinar Harian
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 17-3-2021 04:36 PM
Now buat salah mmg suka menunjuk
Org dulu buat salah sorok2

Skrg trend drive sambil amik bideo.. record pic cermin sisi sambil layan lagu
Quote Boomibulat 17-3-2021 04:54 PM
Ape la sgt denda rm370 tu..
[youtube]yXmcUrHgOKg[/youtube]

Quote Betara_Indera 17-3-2021 04:59 PM
kkm.. silekan saman sbb tak pakai mask sekali ni
Quote krustykrab 17-3-2021 05:07 PM
Betara_Indera replied at 17-3-2021 04:59 PM
kkm.. silekan saman sbb tak pakai mask sekali ni

Naik moto pun kna pakai mask ke?
Quote sharlenetexas 17-3-2021 05:08 PM
Claim instafamous tapi famous ke?
Quote imransulaiman 17-3-2021 05:20 PM
Baru je tengok video ia ni dalam grup ofis "guys only"... Dah kena saman ye {:good
Quote I.K.A888990 17-3-2021 05:23 PM
merahnyaa kak oiii
Quote Artemesiaa 17-3-2021 05:27 PM
Nak buat apa2 fikir dulu buruk baiknya.  Zaman sekarang banyak mata yang memerhati bukan semua akan puji yang akan report pun ramai juga.
Quote Scheherazade 17-3-2021 05:27 PM
Nak pakai kebaya bwk z boleh je, tp kena la pakai helmet kak oi. Malang x berbau
Quote tikusmontok 17-3-2021 05:29 PM
tu diaaaa...red kebaya menonggek bwk motor
Quote rajamoney 17-3-2021 05:29 PM
cun ke?

mekap tebal lom tentu cun

tp ok la sbb cebok berak bersih2 kn
Quote missycutie 17-3-2021 05:41 PM
padan muka hang..patut kena saman lebih lagi
Quote tomatome 17-3-2021 05:49 PM
Apa yang nak dibuktikan kak oii?? Konon ayu tapi macho blh bawak rxz??
Quote paanley 17-3-2021 06:04 PM
Nak menunjuk sangat. Kan dah kena saman.
Quote n3ar 17-3-2021 06:06 PM
ahaha,aku pernah tengok rupa minah ni dulu2... dia pernah up kat IG dia

muka kampung gila, makeup teruk.... macam makcik2...

tapi bila dah pakai makeup betul2, memang la orang cakap cun..tambah pula pakai pakaian ketat2, buat video naik motor la, posing kat kereta mahal la apa...

dulu tu nampak dah kawen, tapi cam sembunyi2...

then again, instafamous2 sekarang memang ramai sembunyi laki kalau dah kawen...konon tak laku kalau tunjuk ada laki dalam IG...

kurang perhatian dari lelaki2 lain
Quote Fazsemput 17-3-2021 06:06 PM
Wow..melentiknye akk
Quote user.name 17-3-2021 06:54 PM
Quote user.name 17-3-2021 06:55 PM
Quote user.name 17-3-2021 06:56 PM

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057318 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top