CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

50 Anggota Jpam Histeria Di Himpunan Pertahanan Awam Malaysia!!

11-11-2013 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18643| Komen: 134

Description: Dalam Kejadian Kira-Kira Jam 10 Malam Itu, Persembahan Tarian Ulik Mayang Dan Kuda Kepang Masing-Masing Dipersembahkan Kontinjen Dari Perlis Dan Selangor Bertukar Kecoh Apabila Terdapat Peserta Dirasu ...

SEORANG anggota JPAM yang terkena histeria dirawat pengamal perubatan Islam

PORT DICKSON: “Ketika asyik menari ulik mayang, seperti ada bayang-bayang di belakang dan sebaik menoleh, saya terkejut melihat beberapa kanak-kanak memakai baju berwarna-warni dengan seorang daripadanya berpakaian cantik seperti seorang puteri ikut menari.

“Saya menggigil ketakutan, namun meneruskan persembahan sambil berzikir sebelum tidak sedarkan diri,” kata Nazar Mohd Amin, 22, mengenai kejadian histeria dialaminya bersama hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), ketika mengadakan persembahan kebudayaan mengikut kontinjen sempena Himpunan Pertahanan Awam Malaysia (HPAM) ke-19, di Batu 1, Jalan Pantai di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, persembahan tarian ulik mayang dan kuda kepang masing-masing dipersembahkan kontinjen dari Perlis dan Selangor bertukar kecoh apabila terdapat peserta dirasuk lalu menjerit dan berlari tidak keruan selain ada yang pengsan.


Difahamkan, ketika itu, seramai 1,700 anggota JPAM dari 14 kontinjen berkumpul menyaksikan persembahan mengikut negeri dan menurut Nazar yang berasal dari Perlis, itu pengalaman pertamanya menjayakan persembahan ulik mayang.

“Apabila tersedar, saya sudah berada di bawah khemah dikelilingi beberapa rakan yang memberitahu kami mengalami histeria.

“Saya bersyukur kerana tak cedera atau alami kejadian lebih dahsyat,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di tempat kejadian.

Rakannya, Nurul Ain Kasa, 25, yang baru tiga tahun menjadi anggota JPAM berkata, dia trauma apabila rakan-rakan memberitahu ketika kejadian itu mereka melihat mukanya seperti nenek yang hodoh dan menakutkan.

Menurutnya, ketika itu, 15 hingga 20 peserta mempersembahkan tarian ulik mayang di atas pentas sebelum beberapa orang rebah sambil ada menjerit dan berlari tidak keruan seperti dirasuk.

“Saya yang terkejut cuba bangun untuk lari, namun terasa seperti ada orang menarik bahu lalu terjatuh dan pengsan.

“Apabila tersedar, beberapa rakan memberitahu mereka cuba membantu, namun takut melihat wajah saya seperti nenek yang menakutkan.

“Saya paling akhir tersedar dan dipulihkan daripada histeria ini iaitu kira-kira jam 3.30 pagi,” katanya.

Nurul Ain berkata, dia amat takut dan trauma kerana kejadian itu pertama kali dialaminya serta akan lebih berhati-hati pada masa depan.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Noor, 22, berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba dan dia sendiri tidak pernah mengalami dan tidak tahu puncanya.

“Waktu kejadian, saya dan rakan anggota JPAM terhibur melihat persembahan wakil kontinjen yang hadir. Saya tidak berasa apa-apa yang pelik pada mulanya sehinggalah satu ketika badan terasa panas dan pandangan berpinar.

“Selepas itu, saya tidak sedar sehingga dimaklumkan rakan saya pengsan dan rasa amat letih,” katanya.

Seorang saksi, Zulhelmi Kadirun, 26, berkata, dia sampai di tapak himpunan berkenaan kira-kira jam 9 malam dan ketika itu persembahan kebudayaan sedang berlangsung.

“Kira-kira sejam kemudian, saya terdengar jeritan dua orang yang amat mengejutkan dan seingat saya ketika itu baru selesai tarian kuda kepang.

“Keadaan jadi kelam-kabut kerana jeritan itu bersambung seorang demi seorang yang saya dapati cukup ramai.

“Mereka seperti dirasuk dan ada peserta berlari seperti mengejar sesuatu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Sekretariat HPAM Mejar Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, kejadian histeria itu amat mengejutkan dan pihaknya mengarahkan persembahan dihentikan serta-merta bagi mengawal keadaan dan mengubati mereka yang tidak sedarkan diri.

“Pihak sekretariat memanggil lima pengamal perubatan Islam yang berada di sekitar Port Dickson untuk memulihkan hampir 50 orang yang dirasuk sebelum keadaan kembali tenang kira-kira jam 12.30 tengah malam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Lokman, sebahagian daripada mangsa dibawa ke dalam khemah dan sebahagian lagi ke Masjid Jamek Port Dickson untuk tujuan pemulihan.
9

Bagus
15

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 10-11-2013 07:25 PM
ehhhhh......awatnya....
Quote hzln 10-11-2013 07:25 PM
tukar lirik jadi golek mayat digolek kaaaaa (lirik asal ulik mayang diulik)....
Quote noor2 10-11-2013 07:26 PM
heran hat lelaki pun jerit sama
Quote chazey 10-11-2013 07:34 PM
Puja apa tu sampai histeria bagai?
Quote TuntungReturn 10-11-2013 07:37 PM
PORT DICKSON: Hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terkena histeria ketika mereka sedang mengadakan persembahan kebudayaan tarian Ulik Mayang dan Kuda Kepang dalam Himpunan Pertahanan Awam Malaysia kali ke-19 di Batu 1, Jalan Pantai di sini malam tadi.

Kejadian bermula kira-kira jam 10 malam ketika persembahan terakhir mengikut kontinjen apabila dua anggota wanita tiba-tiba menjerit diikuti beberapa anggota lain termasuk lelaki.
Keadaan menjadi kelam kabut seketika namun berjaya dikawal sehingga jam 12.30 tengah malam dengan dibantu lima orang pengamal perubatan Islam yang dipanggil bagi menenangkan keadaan.

http://www.hmetro.com.my/articles/AnggotaJPAMhisteria/MA/Article


ulik mayang ganu lawan kuda kepang johor..semangat masing2 nak tunjuk kuat kot
Quote boyagombak 10-11-2013 07:42 PM
seb bek x histeria masa nk selamatkn org masa kecemasan
Quote chazey 10-11-2013 07:43 PM
Teringat aky kes histeria masa camping orientasi lower six di satu skola pedalaman awal 2000 dulu.

Lelaki perempuan kena rasuk.

Yang merasuk peserta siap minta rokok lagi.

Pehtu bila urang baca doa, selamba jin tu kata;
"Ko takyah la baca doa tu. Aku pun tau". Pehtu demand, lepas ni Ali lak baca doa.

Celaka sangat. Syukur takda hapa. Dah la takda cikgu pengiring lelaki lansung. Yang guru pompuan dah mencicit balik ketakutan sebaik saja kem bermula bila sorang pelajar kata dia nampak banyak mahklok ghaib bertenggek atas batu keliling kawasan perkhemahan.

Di tempat yang sama beberapa tahun lepas tu, sorang pelajar meninggal masa camping. Puncanya arwah memang tak sihat dan katanya malam tu arwah histeria terus meninggal on the spot.

Rasuk2 histeria ni kalau betul2 jadi memang bahaya.
Quote TuntungReturn 10-11-2013 07:49 PM

kalao perubatan moden nk sembuh histeria senang jer...ade sejenis garam  nme die "smelling salt"..garam digunakan untuk kejutkan ahli sukan yg pengsan,,kt spital ade menatang nieh..sapu kt idung katenye..kalo histeria sapu bende ni,trus hantu dalam badan tu lari
Quote AdamBillionaire 10-11-2013 07:54 PM
TuntungReturn posted on 10-11-2013 07:49 PM
kalao perubatan moden nk sembuh histeria senang jer...ade sejenis garam  nme die "smelling salt".. ...

kalau kena kentut adam rasanye sekampung bolah sedar histeria
Quote TuntungReturn 10-11-2013 07:57 PM
AdamBillionaire posted on 10-11-2013 07:54 PM
kalau kena kentut adam rasanye sekampung bolah sedar histeria


lega adam dh resign,,kalo x mungkin hantu tu merasuk adam
Quote BotakChinPeng 10-11-2013 07:59 PM
Hmmm. kuda kepang
Quote solstice 10-11-2013 08:33 PM
Pondannya jpam ni
Quote annehuda 10-11-2013 09:13 PM
lenkali nk selamat wat kenduri doa selamat baca yassin jah. sedekahkan kt ahli2 pertahanan awam yg terkorban masa bertugas

tp aku penah dgr gak JPAM ke tentera ke polis ke kalau wat dinner ni leh tahan liarnye gak. wallahualam
Quote missyqaldina 10-11-2013 09:18 PM
bru td bapak aku cite pengalaman die mase kursus induksi kt pd jgak..rmai kene histeria trmasuk perempuan pregnant..
Quote noor2 10-11-2013 09:24 PM
kawasan2 tempat makhluk ni memangla adakan...tak payahla berjoget menari bagai kat tempat2 jin ni
Quote batmana 10-11-2013 09:29 PM
org kalu histeria, kalu kita tembak pakai pistol, badan dia lut tak?
Quote yayah8989 10-11-2013 09:35 PM
bukan sebb stress ke??
Quote otai_g 10-11-2013 09:40 PM
batmana posted on 10-11-2013 09:29 PM
org kalu histeria, kalu kita tembak pakai pistol, badan dia lut tak?

mesti lah lut. dia just meracau/x sedar jer bkn jd kebal....

Quote GhostWalking 10-11-2013 09:42 PM
PD tu kan keras  tempatnyer

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.101211 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top