CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Harapkan Yang Terbaik -Adira

8-11-2013 02:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8676| Komen: 35

Description: Rasanya Sebelum Ini Juga Mereka Tidak Terlalu Memaksa Soal Ini, Cuma Ada Perkara Yang Perlu Saya Rujuk Untuk Mendapat Restu Sama Seperti Orang Lain Tiada Bezanya," Katanya Tersenyum.


HUBUNGAN yang pada mulanya wujud atas dasar kerja mula mengorak langkah ke alam percintaan kini. Sungguhpun baru lapan bulan mereka bergelar pasangan kekasih khabar-khabar halus mula menerpa di telinga peminat mengenai impian pasangan ini untuk diijabkabulkan.


Timbul persoalan adakah secepat itu Adira mahu bernikah dengan kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M). Memberitahu secara jujur Adira menjawab, di kala umurnya kini menginjak 23 tahun ada sesuatu yang lebih penting dari perkahwinan iaitu karier nyanyiannya. Tidak mahu dibebankan dengan tanggungjawab berat hasil dari perkahwinan buat masa ini, Adira percaya akan tiba masa yang sesuai nanti dia membuka hatinya.


"Secara jujurnya saya masih belum bersedia untuk berkahwin.
"Saya lihat perkahwinan sebagai satu tanggungjawab yang besar dan masih ada baki impian yang perlu saya laksanakan sebelum mahu berkahwin.
Tidak menolak dia dan Shahrul mengharapkan yang terbaik dari hubungan ini, Adira bagaimanapun masih meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada jodoh yang ditentukan Allah.

"Sama seperti pasangan lain, kami juga mengharapkan yang terbaik untuk hubungan ini.
"Kalau sudah jodoh kami, dengan izinNya nanti pasti ada khabar gembira, cuma waktunya saja, saya tidak tahu bila," katanya tersenyum.
Mengakui tidak mempunyai niat untuk meletakkan hubungan ini di pasaran populariti, bagi Adira, dia bersyukur kekasihnya itu juga tidak mempunyai masalah untuk melihat hubungan dikongsi dengan peminatnya.

"Sebenarnya bukan niat kami untuk mengembar-gemburkan hubungan ini, malah bukan niat kami juga untuk menyorokkan dari sesiapa. Kami cuma tidak mahu merahsiakan apa-apa.

"Bila sudah berada di tahap ini, kami berdua hanya mahu menjadi diri kami sendiri. Kerana tahu sejauh manapun hubungan ini disorokkan sampai masa orang akan tahu juga," katanya.

Berada dalam dua bidang yang berbeza, bagi Adira ia bukan masalah kerana dia dan kekasihnya itu mempunyai pandangan yang sama dalam banyak perkara. Bersyukur dengan keadaan hubungannya kini, Adira percaya perjalanan mereka masih jauh.
"Kami berkenalan ketika sedang bekerja, di mana masing-masing juga faham dengan kerjaya yang dilakukan kini, tidak timbul masalah dia tidak faham saya atau saya tidak faham dia.

"Kami tidak melihat ini sebagai masalah sebab kita tahu hidup ini akan sentiasa ada cabaran, buat masa ini hubungan dalam keadaan baik, tetapi kita perlu tahu dalam mana-mana hubungan juga akan ada cabarannya," katanya.

Lelaki matang jadi pilihan
Perbezaan umur serta kematangan yang ditunjukkan Shahrul menjadi sebab buat Adira terus menggapai cinta yang dihulur. Bagi Adira sisi kejujuran Shahrul juga sentiasa membuka hatinya untuk menerima jejaka tersebut.
"Saya sebenarnya suka lelaki yang lebih tua dari saya.
"Kematangan itu yang penting, di kala umur saya ini saya tahu pengalaman seseorang itu akan mampu membantu saya untuk berada di landasan yang betul," katanya.
Dikatakan sering terlibat dengan kempen yang dilakukan kekasihnya itu, timbul persoalan siapa yang menggunakan siapa kini. Benarkah Adira menggunakan kekasihnya itu demi karier, atau Shahrul pula menggunakan populariti Adira untuk menjayakan kempennya itu.

Menjawab soalan ini dengan rendah diri, Adira percaya ada salah faham yang menyebabkan peminat membuat andaian sebegitu.
"Sungguhpun bidang kami berbeza, tetapi kepentingan kami mempunyai impak yang sama buat masyarakat. Menerusi kerjasama inilah kami berharap segala usaha untuk belia dapat direalisasikan. Soal siapa guna siapa tidak timbul memandangkan bukan saya sahaja yang terlibat tetapi beberapa artis lain juga.

"Saya menerima setiap tugasan melalui Astro, dan jika Shahrul mahu menggunakan perkhidmatan saya juga dia akan melalui proses yang sama," katanya.
Meletakkan masa sebagai penentu setiap keputusan akan datang, Adira bersetuju untuk memberitahu keluarganya juga menerima hubungan cinta ini dengan baik.
"Mereka semua terima dengan baik soal hubungan ini.
"Rasanya sebelum ini juga mereka tidak terlalu memaksa soal ini, cuma ada perkara yang perlu saya rujuk untuk mendapat restu sama seperti orang lain tiada bezanya," katanya tersenyum.

2

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
6

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anis01 26-10-2013 08:05 PM
adira bertukar bf lagi ke?
haishhh
next please
Quote rosasa 26-10-2013 08:07 PM
baju dan kulit dah sama warna
Quote myssfara 26-10-2013 08:09 PM
naseb lipstik merah nyala
Quote mast3r 26-10-2013 08:53 PM
Bkn ke bf die tu org kata penipu?
Quote jonlabu 26-10-2013 09:24 PM
mast3r posted on 26-10-2013 08:53 PM
Bkn ke bf die tu org kata penipu?

Sesuai la tu
Quote nurul_akmar 26-10-2013 09:34 PM
putihnya adira ni
Quote annahannah 26-10-2013 09:34 PM
Aku suke hafiz  ngan adira..sweet gitu..
Quote siti_kus 26-10-2013 09:41 PM
Aku penah jumpa adira dgn bf dia dkt j.w marriot. Masa nk berbuka puasa. Romantic uolss pegang2 tgn lg dlm lift. Adira pn senyum je x sombong.
Quote jasmeen 26-10-2013 10:17 PM
X suka adira.banyak sqngat cerita pasal becinta je
Quote tahanlasak 26-10-2013 11:53 PM
cantik lgi nie....berapa umur dia yea.....
Quote tomet05 27-10-2013 01:20 PM
apa2 lah adira oit .. btw ada ke gambar dia sebelum putih yagn diperkatakan tuh ?
Quote yayah8989 27-10-2013 04:54 PM
bila nk kawen? tggu kulit jadi jernih ka?
Quote wanitajelita 27-10-2013 05:47 PM
yayah8989 posted on 27-10-2013 04:54 PM
bila nk kawen? tggu kulit jadi jernih ka?

haha.. lawak la.. glass skin gitu
Quote yayah8989 27-10-2013 05:50 PM
wanitajelita posted on 27-10-2013 05:47 PM
haha.. lawak la.. glass skin gitu

wakakaka mane tau dia nk kulit camtu kan. tp geli doh gambar dia tu. x lawa lansung
Quote myralupilato 27-10-2013 05:56 PM
yayah8989 posted on 27-10-2013 04:54 PM
bila nk kawen? tggu kulit jadi jernih ka?

kahkahkahkah ini mmg lawak

ai bayangkan kulit sheols jadi macam katak yg kulit transparent tu. yg nampak segala jantung hati.
Quote yayah8989 27-10-2013 05:59 PM
myralupilato posted on 27-10-2013 05:56 PM
kahkahkahkah ini mmg lawak

ai bayangkan kulit sheols jadi macam katak yg kulit transp ...

wakakakaka baru dia puas ati kut? geli okeh putih cemtu. wakakaka
Quote neez_cookies 27-10-2013 06:47 PM
yayah8989 posted on 27-10-2013 04:54 PM
bila nk kawen? tggu kulit jadi jernih ka?

terus tergelak iols!
Quote awanindah 27-10-2013 07:17 PM
yayah8989 posted on 27-10-2013 04:54 PM
bila nk kawen? tggu kulit jadi jernih ka?

kejam sgt statement ....
Quote kumboiNyoq 27-10-2013 07:23 PM
mcm vampire jer aku tng0k

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.106282 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top