CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Che Ta Tolak Lakonan Demi Anak

7-11-2013 02:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12291| Komen: 42

Description: Ketika Ini, Golongan Ibu Bapa Tentunya Sibuk Memastikan Anak-Anak Mereka Yang Bakal Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) Yang Akan Bermula Esok Berada Dalam Keadaan Bersedia. Maklum Sa ...


Di sisi dua anak lelakinya, Aniq (kiri) dan Ammar.

Rozita pastikan Ammar bersedia hadapi SPM esok


Ketika ini, golongan ibu bapa tentunya sibuk memastikan anak-anak mereka yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula esok berada dalam keadaan bersedia. Maklum saja, inilah antara detik penentu kepada masa depan masing-masing.

Bukan sekadar orang kebanyakan, golongan selebriti tidak terkecuali memberikan perhatian yang lebih kepada anak mereka yang akan mengambil peperiksaan terbabit. Pelakon, Rozita Che Wan, sendiri umpamanya sanggup menolak tawaran berlakon buat seketika bagi memastikan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada anak sulung, Ammar Effendy, 17, menduduki peperiksaan itu dengan sebaiknya.

Oktober lalu, dia turut melakukan perkara sama apabila anak bongsunya, Aniq Ezzra Azuar Effendy, 15, mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Biarpun dia sendiri sibuk melakukan persiapan bagi majlis perkahwinannya dengan pelakon, Zain Saidin, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40, namun pendidikan dua anak bujangnya itu tidak pernah diketepikan wanita cantik ini.

Pantau dari jauh

Biarpun berjauhan, memandangkan Ammar bersekolah di Kolej Yayasan Saad Melaka, Rozita tetap mengikuti perkembangan pelajaran remaja terbabit. Baginya, tiada apa yang lebih penting selain kejayaan dua cahaya matanya itu dalam setiap peperiksaan diduduki.

“Saya memang sentiasa memberikan sokongan pada anak-anak, walaupun berjauhan ataupun sibuk dengan penggambaran. Saya tak mahu pelajaran mereka terabai atas alasan apa sekali pun. Sebagai ibu bapa, memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak adalah tanggungjawab kita.

“Saya sendiri selalu berpesan kepada mereka, masing-masing perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ketika saya berusaha menunaikan kemahuan mereka, Ammar dan Aniq sendiri perlu bertanggungjawab terhadap masa depan masing-masing, dengan mendapatkan keputusan yang baik,” katanya yang meletakkan sasaran 9A1 untuk anak sulungnya itu.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asampodeh 5-11-2013 10:07 AM
Knp ank beliau pose mcm tu.. Mcm landing kpla atas bantal je..
Quote shysari 5-11-2013 10:10 AM
Baguslah che ta anak diutamakan
Quote melinda_kerr 5-11-2013 10:19 AM
asampodeh posted on 5-11-2013 10:07 AM
Knp ank beliau pose mcm tu.. Mcm landing kpla atas bantal je..

Takpelah.. Itu kan mak dia..
Quote melinda_kerr 5-11-2013 10:20 AM
Terror gak anak dia dapat masuk KYM.. Tpi klau masuk sebab budget sendiri no komenlahh
Quote Kassim_Patalon 5-11-2013 10:21 AM
baik punya landing dekat Bukit Che Ta, @AdamBillionaire pun jeles
Quote chekacheku 5-11-2013 11:08 AM
9A1 lg ke skarang?bukan A+ dah?
Quote aderaderker 5-11-2013 11:27 AM
Ingatkan "che ta tolak lakonan demi anak ikan"..ghopenye anak betol...
Quote mitnick 5-11-2013 11:36 AM
ingtkn kuar issue nk bersara lg
Quote cmf_jeangrey 5-11-2013 11:41 AM
bagus che ta... utamakan anak2...duit boleh dicari tp masa utk anak2 tu sama penting

Quote tomet05 5-11-2013 10:12 PM
ingatkan nak bersara ..
kurus zain nak tanggung weh
Quote -electrifying- 8-11-2013 09:33 AM
bgsla tu xlupa anak, jgn gile nk berlaki, ank2 pon xkesah dh.
Quote R.A.M.A_mirror 8-11-2013 11:37 AM
anak pon gatai nak bantalkan tet@k che ta ??? hahaha...LOL
Quote ahlisihircute 8-11-2013 11:39 AM

rasanya anak2 cik ta nie mewarisi kepandaian dari ayahnya....
klu ikut cik ta nie pandai berlakon ngan melaram jer....
Quote nana82 8-11-2013 11:41 AM
mak aih.. geli lak nengok landing kepala mcm tu.. anak bujang kot..
Quote ahlisihircute 8-11-2013 11:43 AM
nana82 posted on 8-11-2013 11:41 AM
mak aih.. geli lak nengok landing kepala mcm tu.. anak bujang kot..


citu jugak ler tempat landing zain.....baik punya...
Quote rsmlng 8-11-2013 11:56 AM
aderaderker posted on 5-11-2013 11:27 AM
Ingatkan "che ta tolak lakonan demi anak ikan"..ghopenye anak betol...

ke ni sejenis ayat coverina sbb xdek offer blakon heheeh
Quote rsmlng 8-11-2013 11:57 AM
ahlisihircute posted on 8-11-2013 11:39 AM
rasanya anak2 cik ta nie mewarisi kepandaian dari ayahnya....
klu ikut cik ta nie pandai berlakon ...

hihihhi bile die bukak mulut tuk bcakap terus pitam iolsss.. bimbo terserlah gitu...
Quote BurungBiru 8-11-2013 12:00 PM
melinda_kerr posted on 5-11-2013 10:20 AM
Terror gak anak dia dapat masuk KYM.. Tpi klau masuk sebab budget sendiri no komenlahh

anaknya dari MRSM..kuar mrsm masuk KYS... kalau dari form 1 susah nye nk masuk KYS..exam botingkek tingkek

Quote fifie_olin 8-11-2013 12:04 PM
dlm sibuk nk kawin...igt gak kt anak2...bgs che ta...
hrp2 dpt best score anak2 nya itew

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075159 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top