CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Isteri, Ini 6 Tanda Suami Anda Mempunyai Air Mani Yang Sihat, Boleh Perhati Dari Sekarang!

3-2-2021 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4854| Komen: 16

Description: Adakah pasangan saya mempunyai air mani yang sihat? Ini mungkin soalan yang berada dalam setiap minda wanita pada masa ini. Tiada cara mudah untuk memeriksa kualiti sperma pasangan dan cara terbaik ad ...



Adakah pasangan saya mempunyai air mani yang sihat? Ini mungkin soalan yang berada dalam setiap minda wanita pada masa ini. Tiada cara mudah untuk memeriksa kualiti sperma pasangan dan cara terbaik adalah dengan berjumpa doktor tetapi tanda-tanda berikut boleh membantu anda mendapatkan idea tentang kesihatan air mani suami sebelum membuat temu janji doktor.

Suami suka makan ikan

Jika ikan adalah hidangan kegemarannya, maka peratusan dia mempunyai sperma berkualiti adalah tinggi dan terdapat penyelidikan juga menyokong kenyataan ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak makan ikan mempunyai kepekatan sperma 65 peratus lebih baik daripada mereka yang tidak. Jadi, jika lelaki anda suka memancing, maka peluang dia mempunyai air mani yang berkualiti adalah tinggi.


Kurang makan daging yang diproses



Jika dia tidak banyak makan daging yang diproses, kebarangkalian dia mempunyai air mani yang berkualiti juga adalah tinggi dan terdapat juga kajian untuk menyokong kenyataan ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang paling banyak makan daging yang diproses ternyata mempunyai bilangan sperma normal yang lebih rendah berbanding mereka yang makan dengan sedikit.

Perutnya tidak berlemak

Menurut penyelidik dari Belanda, lelaki dengan ukur lilit pinggang 40 inci atau lebih besar mempunyai kepekatan dan bilangan sperma yang bergerak normal lebih rendah berbanding lelaki dengan pinggang yang lebih kecil.

Para penyelidik mendakwa bahawa berat badan yang tinggi di sekitar perut boleh mengganggu pengeluaran dan perkembangan air mani.

Tidak menggunakan seluar dalam ketat

Suhu skrotum yang lebih rendah adalah penting jika suami anda mahu mempunyai sperma yang berkualiti dan seluar longgar membolehkan beliau mempunyai suhu skrotum yang lebih rendah jika dibandingkan dengan seluar ketat.

Satu kajian dari UK menunjukkan bahawa lelaki yang memakai seluar pendek boxer menggantikan seluar dalam ketat adalah 24 peratus kurang berisiko untuk mempunyai air mani dengan kiraan rendah. Jadi seluar dalam suami anda pakai adalah penting.

Gimnasium adalah tempat kegemarannya



Jika suami anda serius melakukan senaman, mungkin dia boleh mempunyai air mani yang berkualiti. Menurut penyelidik dari Harvard, lelaki yang bersenam secara sederhana atau berat sekurang-kurangnya 15 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.

Bukan seorang yang tampan

Berita baik bagi lelaki yang berwajah biasa!

Penyelidik Sepanyol dan Finland baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki dengan wajah yang tampan dianggap lebih cenderung untuk mempunyai kualiti air mani lebih rendah berbanding lelaki lebih berwajah feminin.

Salah satu yang mungkin menjadi penyebabnya ialah: teori dipanggil “tradeoff hipotesis.” Ringkasnya, lelaki mempunyai jumlah tenaga yang tetap untuk digunakan bagi tujuan reproduktif. Tenaga tersebut yang perlu diagihkan kepada beberapa komponen yang berbeza.

“Jadi, jika seorang lelaki menggunakan banyak sumber pada penghasilan air mani, dia mungkin mempunyai kurang sumber untuk membangunkan ciri-ciri seksual sekunder yang menarik, seperti muka yang maskulin,” kata Jukka Kekäläinen, Ph.D.




Sumber : Hellodoktor.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 3-2-2021 04:33 PM
Perghhh.....sedih siot klu percaya artikel atas tu....

Generasi akn dtg ramai yg muka kepam klu ikut DNA bapak.....
Quote Nana_Man 3-2-2021 05:02 PM
Biar betul laki kepam ada better sperm... hahaha
Quote Vermell 3-2-2021 05:23 PM
dah tu laki ada rupa tapi belum ada anak nak kena mengepamkan diri ke caner tuh ?
Quote AyaqMeloSuam 3-2-2021 05:47 PM
Yg last tu aku kagum.... hahhaaa pttnya x mempunyai WAJAH AYU..  {:run
Quote makadek 3-2-2021 05:50 PM
Hahahahaha laki aku tampan suka makan ikan
Quote opie5662 3-2-2021 06:29 PM
Tengok la sohai.. Berwajah kepam tp rajin membiak....hahahahaha
Quote songhara1226 3-2-2021 06:40 PM
opie5662 replied at 3-2-2021 06:29 PM
Tengok la sohai.. Berwajah kepam tp rajin membiak....hahahahaha

Dan Gimnasium adalah tempat kegemarannya

Rujuk gambar sohai selfie kat gym
Quote opie5662 3-2-2021 06:59 PM
songhara1226 replied at 3-2-2021 06:40 PM
Dan Gimnasium adalah tempat kegemarannya

Rujuk gambar sohai selfie kat gym

Juga suka makan ikan.. Yakni laksa... Dan juga pakai seluar longgar... Getah seluar dah loose... Hahahhahaha
Quote songhara1226 3-2-2021 08:47 PM
opie5662 replied at 3-2-2021 06:59 PM
Juga suka makan ikan.. Yakni laksa... Dan juga pakai seluar longgar... Getah seluar dah loose... H ...

Aduhhh hbis I terbayang muka dia tgh mkn laksa smbil buat live smbil tersenyum2 kambing
Quote Cari-Mod 3-2-2021 10:08 PM
so kekdahnyer sogay punya sperma betul2 sihat yach sebab tu 4 tahun main grindr ramai mintak sogay jolok?
Quote vee_zara 3-2-2021 10:54 PM
Haha sohai biawak mmg femes bethollll kat forum. Mana2 artikel semua ada nama dia
Quote Lolalala 3-2-2021 11:40 PM
Kita tunggu laaa sogay up tak kajian ini dalam live fb dia nanti. Hahahaha tapi memang ramai je yg berderet anak muka biasa2 ni. Hahaha bab makan ikan tu, ikan keli pun masuk list kan?
Quote far-risk 4-2-2021 09:25 AM
nasib muka tak tampan mana ponn
Quote Redmyvi 4-2-2021 10:59 AM
aduh tergelak aku baca forumer mention sohai ada semua ciri2 di atas.. mampus la satgi dia baca thread ni.. up status psl kesuburan dia plak
Quote Adrif 5-2-2021 10:49 AM
Redmyvi replied at 4-2-2021 10:59 AM
aduh tergelak aku baca forumer mention sohai ada semua ciri2 di atas.. mampus la satgi dia baca thre ...

sapa? sapa? sohai??
Quote bisamyhead 16-3-2021 11:24 PM
Sohai pulak dijadikan sebagai contoh. Hahahha berdekah aku

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.211562 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top