CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Angka Jangkitan Covid-19 Naik Berganda, Aishah Pelik Ada Kata Hanya Demam Selsema Biasa

12-1-2021 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3658| Komen: 17

Description: Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula Rabu ini mengundang pelbagai komen dan reaksi daripada masyarakat.
Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula Rabu ini mengundang pelbagai komen dan reaksi daripada masyarakat.

Golongan selebriti turut memberikan pandangan mengenai pengumuman itu dan berharap semua rakyat patuh arahan kerajaan ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Salah seorang penyanyi iaitu Aishah meminta orang ramai belajar daripada kesilapan lalu dan memandang serius mengenai bahaya virus yang masih belum ada penawar itu.

Foto: IG

Dia turut berharap kerajaan lebih serius menguatkuasakan undang-undang dengan mengambil tindakan yang sama terhadap semua invidividu yang ingkar arahan tanpa mengira latar belakang.

“Kita mulakan semula (PKP), gelombang kali ini angkanya lebih sepuluh kali ganda dari angka tertinggi dari kita lockdown dulu. Adakah kita belajar dari pengajaran dulu?

“Saya rasa buang masa saja dulu kita susah payah cuba nak datarkan graf kes baharu rakyat juga yang seksa... kali ini jangan ada lagi undang-undang antara dua darjat, please!

“Terfikir masih ada yang mengatakan Covid-19 ini tidak lebih dari demam selsema biasa, wah suruh dia orang sajalah rawat pesakit Covid tanpa set perlindungan diri (PPE)... kalau betul bagai dikata!” katanya menerusi Instagram.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan enam negeri dikategorikan sebagai negeri PKP iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.



Pelaksanaan PKP itu akan berkuatkuasa selama dua minggu bermula 12.01 tengah malam Rabu, sehingga 26 Januari depan.

Enam negeri yang dikategorikan sebagai PKP Bersyarat (PKPB) pula ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan, manakala dua negeri di bawah kategori PKP Pemulihan (PKPP) ialah Perlis dan Sarawak.



Sepanjang tempoh itu, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah dilarang. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 12-1-2021 04:22 PM
mmg pelik pun tiba2 time nk announce vaksin dan dan la satu dunia istihar darurat covid
Quote LadyCarefree 12-1-2021 04:49 PM
Alep satakopoklekor kata kena atau x tu up to God. Dia peluk cium anak bini tp semua xkena kobid pon.
Quote azwanaliori 12-1-2021 05:35 PM
LadyCarefree: Alep satakopoklekor kata kena atau x tu up to God. Dia peluk cium anak bini tp semua xkena kobid pon.


hmm  musykil jugak ye mmg kobid ni pilih bulu ka
Quote AbukRokok 12-1-2021 05:38 PM
LadyCarefree replied at 12-1-2021 04:49 PM
Alep satakopoklekor kata kena atau x tu up to God. Dia peluk cium anak bini tp semua xkena kobid pon ...

siap pergi legoland ke?

Quote Nenasketum 12-1-2021 07:05 PM
Trigger nya PRN Sabah lah. Ramai org kampung Piee masuk dari Pilipin, by the thousands. Pstu berjangkit pada Sabahan dan lain2 yang balik ngundi/kempen. Kendian bersesak2 masa gomen kata boleh pi cuti sampai nak beli cendoi kat Penang, sejauh 2km beratoq.
Tapi Piee sampai skarang buat derk jerk, patut disuntik kan saja pada Niyang Rapik, bini dia kat sini.
Quote LadyCarefree 12-1-2021 07:45 PM
AbukRokok replied at 12-1-2021 04:38 PM
siap pergi legoland ke?

Sebelum tu ada family gathering kan? Birthday celebration ke apa entah.
Quote LadyCarefree 12-1-2021 07:46 PM
Nenasketum replied at 12-1-2021 06:05 PM
Trigger nya PRN Sabah lah. Ramai org kampung Piee masuk dari Pilipin, by the thousands. Pstu berjang ...

Betul. Sebelum tu elok dah. Walau kluster sivaganga ke apa tu still terkawal lagi.
Quote LadyCarefree 12-1-2021 07:50 PM
azwanaliori replied at 12-1-2021 04:35 PM
hmm  musykil jugak ye mmg kobid ni pilih bulu ka

Ada konspirasi teori ckap kobid ni nk get rid of manusia lemah yg xde fungsi tp ngabih beras. Macam orang tua, orang berpenyakit, dll.
Quote AbukRokok 12-1-2021 08:41 PM
LadyCarefree replied at 12-1-2021 07:45 PM
Sebelum tu ada family gathering kan? Birthday celebration ke apa entah.

lepas tu pekik kami xnak mati beramai ramai ala ala holocaust

Quote missyL 12-1-2021 10:06 PM
LadyCarefree replied at 12-1-2021 07:50 PM
Ada konspirasi teori ckap kobid ni nk get rid of manusia lemah yg xde fungsi tp ngabih beras. Maca ...

Klo tgok movie bese cmtu la u.
Nk bunuh terang2 x bole. So wat satu penyakit mane yg lemah mati.
Pastu cipta Vaksin.

Or maybe vaksin dicipta bersame ngn virus.

X mustahil pn dunia akhir zaman ni
Quote LadyCarefree 12-1-2021 11:22 PM
missyL replied at 12-1-2021 09:06 PM
Klo tgok movie bese cmtu la u.
Nk bunuh terang2 x bole. So wat satu penyakit mane yg lemah mati.
...

Or maybe it's just nature's way.

Wallahualam.

Takut betul kali ni punya pandemic. Patut ikut Taiwan ha. Tutup rapat border.
Quote LadyCarefree 12-1-2021 11:22 PM
missyL replied at 12-1-2021 09:06 PM
Klo tgok movie bese cmtu la u.
Nk bunuh terang2 x bole. So wat satu penyakit mane yg lemah mati.
...

Or maybe it's just nature's way.

Wallahualam.

Takut betul kali ni punya pandemic. Patut ikut Taiwan ha. Tutup rapat border.
Quote Jemahjemah 12-1-2021 11:57 PM
Risau tgk kes makin hari makin naik. Harapla vaksin tu boleh kembalikan hidup kita seperti sebelum ni
Quote LadyCarefree 13-1-2021 10:07 AM
Jemahjemah replied at 12-1-2021 10:57 PM
Risau tgk kes makin hari makin naik. Harapla vaksin tu boleh kembalikan hidup kita seperti sebelum n ...

Canada expect they all sana kalau all goes smoothly, sept 2021 baru complete vaccination process.
By that time who knows if the vaccine still works or vaksin pun kena modify. Virus ni kuat mutate and makin version baru makin cepat tersebar
Quote Jemahjemah 13-1-2021 10:53 AM
LadyCarefree replied at 13-1-2021 10:07 AM
Canada expect they all sana kalau all goes smoothly, sept 2021 baru complete vaccination process.
...

Tu la kan. Kecewa sgt dgn pru sabah haritu. Kte semua dah siap ada hari 0 kes. Sbb org2 tamak kuasa ni. Covid mmg xterkawal dah. Even pkp ni pun. 2-3bulan xtau la dpt ke x nak kwal sbb kes harian pun beribu
Quote irsa 13-1-2021 11:05 AM
Rakyat marhen jugak la yang kena hadap semua ni. kena berkurung. X bekerja. X ada income. Walhal rakyat marhen x pergi bercuti-cuti Malaysia pun. Duit tu, bg rakyat marhen perlu di catu utk bahagi makan ahli keluarga. Alih2 kena pulak PKP. Merananya rakyat marhen. Org ada-ada seronok aja ke Sana ke sini. Kena kurung pun order makan sedap, duduk rumah goyang kaki. X kisah apa. Money is everything.
Quote LadyCarefree 13-1-2021 08:50 PM
Jemahjemah replied at 13-1-2021 09:53 AM
Tu la kan. Kecewa sgt dgn pru sabah haritu. Kte semua dah siap ada hari 0 kes. Sbb org2 tamak kuas ...

Sangat kecewa walau expected lah politikus ni semua selfish tapi ni kesannya sangat buruk.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.670861 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top