CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Laku Keras, Jadual Aniq Suhair Terlalu Padat

11-1-2021 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6113| Komen: 23

Description: Walaupun baharu tiga bulan menceburi kerjaya seni, finalis Hero Remaja 2020 dikenali Aniq Suhair, 20, kini semakin menjadi perhatian ramai terutama peminat wanita.
Walaupun baharu tiga bulan menceburi kerjaya seni, finalis Hero Remaja 2020 dikenali Aniq Suhair, 20, kini semakin menjadi perhatian ramai terutama peminat wanita.

Apa yang pasti, bakat lakonan Aniq begitu menyerlah dan bersinar kerana dia sudah mendapat peluang membintangi tiga drama untuk tayangan TV3 serta satu filem.

Foto: IG

Menurut Aniq, dia bersyukur dengan rezeki diperolehnya itu dan mengakui jadual kerjanya sekarang terlalu padat. Malah, masa untuk berehat pun hanya sehari dan ia digunakan sebaik mungkin.

"Setakat ini, jadual kerja agak padat sehingga tiada masa rehat. Kalau cuti pun, sehari sahaja dan saya habiskan dengan tidur sepuas-puasnya di rumah. Saya juga menghabiskan masa bersama keluarga.


"Saya seronok dengan kerjaya ini dan tak sangka dapat peluang berlakon. Kini, saya tekad untuk berusaha menimba ilmu dan pengalaman hingga menjadi seorang pelakon berjaya suatu hari nanti. Selain itu, saya juga bersyukur mendapat sokongan positif daripada peminat. Terima kasih menerima kehadiran saya dalam industri ini dan terus memberikan sokongan padu," katanya.



Menurut Aniq, memandangkan pengalamannya yang masih 'hijau', dia belum menemui rasa kepuasan. Masih terlalu awal untuk mengungkapkan perasaan itu.

"Baru tiga bulan, jadi apalah sangat pengalaman dan ilmu lakonan yang saya ada. Masih banyak perlu diperbaiki kerana ada pelbagai kelemahan harus saya atasi lagi.

"Bagaimanapun, saya gembira bakat lakonan ini semakin mendapat perhatian dan peluang. Saya sematkan semangat di hati untuk memberi hasil kerja terbaik," katanya.

Aniq yang turut mendapat perhatian di media sosial berkata, dia juga bersyukur jumlah pengikutnya di Instagram juga sudah melebihi 200,000 dan ia dirasakan cukup ramai.



Selain Instagram, Aniq juga memiliki akaun Twitter dan Tik Tok seiring dengan perkembangan teknologi masa kini membuatkan pengaruh media sosial begitu luas.

Bersedia menerima kritikan daripada netizen, Aniq berkata, dia seorang profesional. Lagipun tidak semua kritikan ditulis netizen di media sosial itu bersifat buruk dan dia hanya ambil pendekatan positif.

"Saya selesa tenang- tenang sahaja. Jadi, kalau ada kritikan itu, saya takkan terlalu memikirkannya sangat. Malah, saya juga tak cepat melatah. Biarlah, apa mereka nak kata dan kritik.

"Apa yang penting, ahli kelab peminat saya tahu perkara sebenar. Buat masa ini, kebanyakan peminat saya memang mereka memberi sokongan dan banyak kata-kata semangat yang membina," katanya.



Menurut Aniq, sekalipun dia pernah dikait dengan cerita sensasi bersama Cik B ketika membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta, namun peminatnya tidak marah-marah dan mereka tahu itu sekadar gosip.

Selain Lelaki Lingkungan Cinta, dua lagi drama lakonan Aniq ialah Kebaya Kasut Kanvas dan terbaharu, Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia. Manakala, filem pula Aniq membintangi Banglo Seksyen 12 arahan Intan Ladyana dan Dharma Nasution. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 9-1-2021 10:01 AM
ok Aniq.. i paham..
Quote bakingsoda 9-1-2021 02:37 PM
mmg eyecatching ye budak ni. tgk drama ngan naim daniel tu mata aku duk tgk budak ni je
Quote Boomibulat 9-1-2021 02:45 PM
Semoga berjodohan dgn cik B
Quote dudaberhias 9-1-2021 02:47 PM
Tapi tengok story dia ni memang busy shooting setiap hari, rezeki dia, time ni la patut dapatkan sebanyaknya income
Quote LadyCarefree 9-1-2021 03:10 PM
dudaberhias replied at 9-1-2021 01:47 PM
Tapi tengok story dia ni memang busy shooting setiap hari, rezeki dia, time ni la patut dapatkan seb ...

Rezeki dia. Industri ni kena semua stars align baru ngetop. Lucky him!
Quote September14 9-1-2021 03:14 PM
Dia ni mcm rupa korean kan sbbtu bbnu suke.. iol yg x bbnu ni pun suke gak tgk....
Quote slyfynx 9-1-2021 04:09 PM
Mcm mana @Kurex ...
Ok ke x?

Quote TerataiMelur02 9-1-2021 04:20 PM
slyfynx replied at 9-1-2021 04:09 PM
Mcm mana @Kurex ...
Ok ke x?

Kurex tengah menghanyutkan diri agar dapat d selamatkan oleh abang bomba lazat yang menyelamatkan kucing
Quote TerataiMelur02 9-1-2021 04:21 PM
Dek jangan ada edisi burung bertebaran eh.. Jaga reputasi
Quote dudaberhias 9-1-2021 04:27 PM
slyfynx replied at 9-1-2021 04:09 PM
Mcm mana @Kurex ...
Ok ke x?

kurex tengah cari alamat rumah untuk jatuhkan tuala ittew sambil pura2 nak cod kek kat situ @kurex
Quote Tunan 9-1-2021 04:51 PM
Tangguh belajar jugak ke...
Quote rosannazmia 9-1-2021 04:56 PM
Sebut gak ke gosiip bercinta ngn cik B? dah terpalit dah gosip buatan chuols yg melariskan drama tu niq oii...kan auntie dah ckp jgn main api nnt terbakar diri.. pepepon auntie sokong je ko nak oii. Lakonan blh diperbaiki esp tang mata tu.. bg alive sikit..biar ade jiwa... chewahh
Quote Kurex 9-1-2021 07:21 PM
Edited by Kurex at 9-1-2021 07:23 PM
slyfynx replied at 9-1-2021 04:09 PM
Mcm mana @Kurex ...
Ok ke x?


Semoga dapat terjatuh atas tilam lalu tertarik tuala aniq separuh londeh, malahan aniq terus buka tuala dipakainya yg separuh terlondeh tadi
Quote CARI-MRO 11-1-2021 09:11 AM
Walaupun baharu tiga bulan menceburi kerjaya seni, finalis Hero Remaja 2020 dikenali Aniq Suhair, 20, kini semakin menjadi perhatian ramai terutama peminat wanita.


Apa yang pasti, bakat lakonan Aniq begitu menyerlah dan bersinar kerana dia sudah mendapat peluang membintangi tiga drama untuk tayangan TV3 serta satu filem.


Foto: IG





Menurut Aniq, dia bersyukur dengan rezeki diperolehnya itu dan mengakui jadual kerjanya sekarang terlalu padat. Malah, masa untuk berehat pun hanya sehari dan ia digunakan sebaik mungkin.


"Setakat ini, jadual kerja agak padat sehingga tiada masa rehat. Kalau cuti pun, sehari sahaja dan saya habiskan dengan tidur sepuas-puasnya di rumah. Saya juga menghabiskan masa bersama keluarga.


"Saya seronok dengan kerjaya ini dan tak sangka dapat peluang berlakon. Kini, saya tekad untuk berusaha menimba ilmu dan pengalaman hingga menjadi seorang pelakon berjaya suatu hari nanti. Selain itu, saya juga bersyukur mendapat sokongan positif daripada peminat. Terima kasih menerima kehadiran saya dalam industri ini dan terus memberikan sokongan padu," katanya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CH4f2jRJiRE/[/ig]



Menurut Aniq, memandangkan pengalamannya yang masih 'hijau', dia belum menemui rasa kepuasan. Masih terlalu awal untuk mengungkapkan perasaan itu.


"Baru tiga bulan, jadi apalah sangat pengalaman dan ilmu lakonan yang saya ada. Masih banyak perlu diperbaiki kerana ada pelbagai kelemahan harus saya atasi lagi.


"Bagaimanapun, saya gembira bakat lakonan ini semakin mendapat perhatian dan peluang. Saya sematkan semangat di hati untuk memberi hasil kerja terbaik," katanya.


Aniq yang turut mendapat perhatian di media sosial berkata, dia juga bersyukur jumlah pengikutnya di Instagram juga sudah melebihi 200,000 dan ia dirasakan cukup ramai.




[ig]https://www.instagram.com/p/CHFMcrOJsT0/[/ig]



Selain Instagram, Aniq juga memiliki akaun Twitter dan Tik Tok seiring dengan perkembangan teknologi masa kini membuatkan pengaruh media sosial begitu luas.


Bersedia menerima kritikan daripada netizen, Aniq berkata, dia seorang profesional. Lagipun tidak semua kritikan ditulis netizen di media sosial itu bersifat buruk dan dia hanya ambil pendekatan positif.


"Saya selesa tenang- tenang sahaja. Jadi, kalau ada kritikan itu, saya takkan terlalu memikirkannya sangat. Malah, saya juga tak cepat melatah. Biarlah, apa mereka nak kata dan kritik.


"Apa yang penting, ahli kelab peminat saya tahu perkara sebenar. Buat masa ini, kebanyakan peminat saya memang mereka memberi sokongan dan banyak kata-kata semangat yang membina," katanya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CGwjLb2JdCK/[/ig]



Menurut Aniq, sekalipun dia pernah dikait dengan cerita sensasi bersama Cik B ketika membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta, namun peminatnya tidak marah-marah dan mereka tahu itu sekadar gosip.


Selain Lelaki Lingkungan Cinta, dua lagi drama lakonan Aniq ialah Kebaya Kasut Kanvas dan terbaharu, Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia. Manakala, filem pula Aniq membintangi Banglo Seksyen 12 arahan Intan Ladyana dan Dharma Nasution. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Kurex 11-1-2021 09:14 AM
Semoga dapat menyandar pada bahu aniq sambil aniq memberi kata nasihat pada telinga kurex dgn nada yg paling halus
Quote barfi 11-1-2021 09:28 AM
Ahli kelab peminat ?? Huhu
Quote slyfynx 11-1-2021 09:36 AM
Eh, thread yang sama dah ade la.

thread aKing

Perlu ke bukak thread baru untuk mende yang sama, just tmbah frasa laku keras kat awal tajuk?
Quote slyfynx 11-1-2021 09:37 AM
Kurex replied at 11-1-2021 09:14 AM
Semoga dapat menyandar pada bahu aniq sambil aniq memberi kata nasihat pada telinga kurex dgn nada y ...

Rasenye baru je up gmbr ni untuk @Kurex di thread yang tajuk pun hampir sama
Quote husna_amal 11-1-2021 10:56 AM
Pernah nampak dia ni. Anak ikan cik B.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.064449 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top