CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badul Pernah Kahwin 6 Kali, Masih Malar Segar

4-12-2020 01:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10705| Komen: 58

Description: Kontroversi kembali menjadikan nama AR Badul menjadi buah mulut masyarakat khususnya apabila isu melibatkan beliau dan menantunya dilaporkan media .
 

AR BADUL


Kontroversi kembali menjadikan nama AR Badul menjadi buah mulut masyarakat khususnya apabila isu melibatkan beliau dan menantunya dilaporkan media .

Artis veteran tersebut dikatakan kecewa dengan kenyataan yang mengatakan anaknya Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Aramaya sebagai muflis.

Isu tersebut menjadi semakin panas apabila menantunya Nour Shafinar Harun terkejut dengan sikap mentuanya yang dianggap telah berubah.

Terbaru, bekas isteri Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya, Jamilah Ismail pula meluahkan , rasa seih mengenang nasib dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd. Zahir, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, yang didakwa terabai.

“Sejak arwah bapa mereka meninggal, kehidupan dua anak terabai dan langsung tiada bantuan diterima,” katanya.

Siapakah sebenarnya AR Badul yang terkenal sebagai pelawak pada eranya.

Lawak jenakanya mengundang senyum tawa, menceria hati rakyat jelata. 42 tahun berkelana membelah ombak seni, A R Badul selayaknya berdiri dalam barisan ikon seni negara yang tiada berpengganti.

Memulakan langkah seni pada tahun 1978, menerusi filem pertama, Panglima Badol, anak kepada seniman Allahyarham AR Tompel ini pantas mendaki puncak populariti. Saban tahun, satu demi satu filem lakonannya memecah panggung.

Siapa yang tidak kenal Badul ketika itu? Pada awal kemunculannya, dia senang menggunakan nama sendiri dalam setiap filem lakonannya. Sehingga dia berdiri sebagai pengarah pada tahun 1984 menerusi filem Pagar-Pagar Cinta.

Prebet Lapok, Jejaka Perasan dan Hantu Siang adalah antara filem popular lakonannya. Pasti kita terimbau dengan aksi bersahaja dan komedi santai yang menjadi identitinya.

Tahun 1989 mencipta sejarah peribadi apabila dia merangkul trofi Pengarah dan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-8 menerusi filem Oh Fatimah. Namanya ketika itu memuncak, selari dengan bakat seninya.

Tidak hanya filem, dia juga mewarnai layar kaca dengan barisan drama dan telemovie yang tidak pernah hilang daripada ingatan kita. Puteri, Platfrom, Abang Beca, Siapa Tak Sayang Bini dan pelbagai lagi karya lakonannya.

Itu sekelumit kisah seni yang kita semua sedia maklum. Namun di sebalik tawa tokoh seni kelahiran Singapura, Armaya Aman Ramlie ini, dia menyimpan pelbagai kisah duka yang mungkin sukar untuk kita selami.

Membuka salasilah kehidupan insan seni yang selayaknya bergelar Raja Lawak ini, dia dilahirkan dalam keluarga besar dengan 18 adik beradik daripada enam ibu. Tidak semua mengikut jejak legasi seni Allahyarham bapanya.

Cuma dia dan lima lagi beradik mengabdikan diri dalam dunia seni. Sedari kecil dia sudah ditatang dengan curahan ilmu seni bapa dan rakan-rakan karib sahabat seniman negara itu.

Bergelar bapa kepada tujuh cahaya mata menerusi enam perkahwinan, episod duka dan suka silih berganti dalam diari hidupnya. Pada usia 71 tahun, dia bahagia dengan isteri tercinta, Maizatul Akma Osman.

Pemergian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah tahun lalu meremukkan hatinya.

Tokoh seni ini sudah melalui berapa zaman. Dia menceriakan, juga membawa tangis hiba kita. 



Sumber -UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SKUTIL 4-12-2020 01:08 AM
Ikut jejak bapak gitu....
Quote Auntyou 4-12-2020 01:09 AM
Wow 6 kali. What does that implying
Quote matbad 4-12-2020 02:48 AM
Pastu nak tuntut hak bapak hikhikhik
Quote applecomel 4-12-2020 03:07 AM
Menanam benih ja la hang
Quote KillerMania 4-12-2020 03:09 AM
Kawin itu Rezeki .ANDARTU tua knp sentap ???
Quote cikgojesss 4-12-2020 06:16 AM
mulut berbau hancing yuckkk
Quote keys 4-12-2020 06:22 AM
Hahaha...lawak-lawak...
Quote limaubali007 4-12-2020 07:01 AM
Alang2, bagila info nama isteri2 dan anak2 heolls sekali..
Quote belacan_gurl 4-12-2020 07:40 AM
Kawin byk kali...I tak tau nak ckp itu satu kebanggaan atau kegilaan...org yg kawin 4 tanpa bercerai dan aman damai itu yg patut dipandang tinggi...bukan yg kawin cerai kawin cerai sampai 6 kali ...tapi I xde la sokong laki yg kawin 2 tapi sbnrnya papa kedana gitu hahahahha
Quote Nenasketum 4-12-2020 09:02 AM
ha ah, 6 kali la sangat.
Quote umbut 4-12-2020 09:05 AM
Kahwin 6x anak 7 je... baguslah.. ingatkan anak 20.... ngikut bapak lah... tompel pun brp banyak kali kahwin 6 ke 7 kali
Quote newyork 4-12-2020 09:05 AM
Kawin byk anak 7-7 tu jaga tak?
Quote bulalof 4-12-2020 09:28 AM
tukar2 pompuan. sama lah mcm arwah a.r  tompel.
Quote naina 4-12-2020 09:36 AM
Nenasketum replied at 4-12-2020 09:02 AM
ha ah, 6 kali la sangat.

Cer ko kirakan brapa sbnarnya dia kawen dan anak2 heols? Pernah jumpa tak anak2 dia
Quote kucingitam 4-12-2020 11:30 AM
dah jodoh dia kan.. marah kat tuhan ke tu,  sebab badul kahwin berkali2?

siapa lagi ya adik bradik dia yg berlakon selain adlin dan amran kan jenet kan..kan..
Quote LadyCarefree 4-12-2020 11:34 AM
Berbakat sangat ke dia ni?
Quote husna_amal 4-12-2020 12:14 PM
Wow 6 kali pernah kahwin. Ikutkan orang dulu2 memang biasa nikah sekejap lepastu cerai.
Quote ctamira 4-12-2020 12:46 PM
syok la no... leh merasa mcm2 jenis apom
Quote Incanto 4-12-2020 12:58 PM
ni cerita org dulu dulu

kata nya pokcik ni " memakai"

pompuan senang tergoda

Wallahualam

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.252905 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top