CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Filem & Drama Lihat artikel

Kisah Hidup Primadona Noorkumalasari Didramakan, Tak Sabarnya!

4-12-2020 09:21 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15426| Komen: 148|Original author: Oleh : Cari-Azza

Description: Jika anda peminat filem-filem era 80an, pastinya anda teruja mendengar berita yang membabitkan primadona anak kesayangan arwah S Roomai Noor dan Umi Kalthum ini.Ya, perjalananan seni Noorkumalasari, 6 ...




Jika anda peminat filem era 80-an, pastinya anda teruja mendengar berita yang membabitkan primadona anak kesayangan arwah S Roomai Noor dan Umi Kalthum ini.

Ya, perjalananan seni Noorkumalasari, 6, bakal dilakonkan dalam drama bersiri berjudul Akulah Noor di TV3.


Foto :FB Habib

Penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh berkata, pihaknya masih dalam proses mencari pelakon yang sesuai bagi melakonkan watak Noorkumalasari itu.


"Alhamdulillah, pihak kami sudah berjumpa dan berbincang dengan Kak Noor. Dia bersetuju untuk penerbitan drama ini yang memaparkan kisah hidupnya. Jadi, sekarang kami dalam proses nak mencari pelakon yang sesuai."


Seperti dilaporkan Harian Metro, pihak produksi sedang mencari bakat baru yang mempunyai ciri-ciri pelakon berkarektor iaitu tinggi dan ada 'look' Kak Noor.


Foto : Harian Metro


Drama itu memaparkan kisah Noorkumalasari bermula sebagai peragawati, terbabit dalam bidang nyanyian, lakonan sehinggalah berkahwin dan juga kisah hidup bermadu.


"Cerita memang sepenuhnya daripada Kak Noor. Dia berkongsi apa yang ramai tak tahu termasuk kehidupan bermadu. Cuma, akan ada sedikit elemen 'drama' untuk menarik perhatian penonton. Tapi, taklah keterlaluan sehingga lari dari cerita asal."


Foto : Ig ABP

Bagi Fadzil, dia dan ramai lagi sangat teruja untuk menerbitkan drama ini. Malah, beberapa individu penting dalam kehidupan Noorkumalasari juga akan ditampilkan antaranya watak Anita Sarawak dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.


Wah! Noorkumalasari memang antara pelaris filem-filem era 70-an dan 80-an. Pasti ramai tidak sabar untuk menontonnya nanti. -  CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote singgah 4-12-2020 09:34 AM
Mimi Lana for watak Noor, maybe?
Quote harisbee 4-12-2020 09:40 AM
Ada tragedi ke k nor selain bermadu? Lain la eton meon. Sapa nak bawak watak k nita?
Quote Kurex 4-12-2020 09:45 AM
Cerita pasal nana sendayan pun nak dibuat jugak kan
Quote limaubali007 4-12-2020 09:47 AM
Bestnya.. Tak sabaaarrr...
Quote Nnasda53 4-12-2020 09:47 AM
suka tengok dia berlakon.
Quote cikenit2007 4-12-2020 09:47 AM
Mimi lana aku rasa sesuai
Quote da_vinci 4-12-2020 09:55 AM
uish tazabar...yes, mimi lana sesuai sangat
Quote balakkampung 4-12-2020 09:58 AM
bestnya...aku rasa paling sesuai bawa watak kak noor Ain edruce.
Quote azimodin 4-12-2020 10:01 AM
Mimi lana & ain edruce. Rasanya dari segi muka dan style, ain lebih sesuai, cuma mimi lagi pandai berlakon. Iouls suka sangat acik nor berlakon, especially citer Tuan Badul. Ada scene badul curi selipar merah lepas nor lari masuk bilik.
Quote Normabaru 4-12-2020 10:06 AM
Antara living lagend yg betul2 berhijrah.. Suka watak retis yg humble gini
Quote espri6006 4-12-2020 10:06 AM
Zeel ni jugak yang produce drama S Romai Noor dan Umi Kalsom ketika di Mekah, kisah bagaimana S Romai Noor meninggal. Tajuk Pintu No 9 ....Lakonan Zulkifli Ismail - S Romai Noor, Norkumalasari - Umi Kalsom, aidit Noh jadi anak...
Quote fadz84 4-12-2020 10:39 AM
So watak allahyarham Dato Sudirman pun kna ada la kn.. dorg kn best friend & selalu pair together dlm mna2 show.. x sbr nk tgk cmne produksi wujudkan set 70an-80an. Duk tgh layan The Crown skrg, kagum betul ngn production team dorg. Gempak.
Quote kechikchomel 4-12-2020 10:42 AM
Arwah Dato' Sudirman - que haidar. tapi arwah tu macam kecik je orangnya kan? Que macam tinggi?
Quote espri6006 4-12-2020 10:48 AM
fadz84 replied at 4-12-2020 10:39 AM
So watak allahyarham Dato Sudirman pun kna ada la kn.. dorg kn best friend & selalu pair together dl ...

Kan... Noor dan Sudir tu ibarat isi dengan kuku, mereka selalu digandingkan dalam show sekitar 80an. Cerita Inggeris memang hebat bila buat cerita berkisar zaman dulu, mereka ada segala dan segalanya perfect spt prop, pakaian ( pengarah memang detail ttg pakaian) dan juga lokasi. satu lagi cerita Hindi...kalau buat cerita zaman dulu memang menjadi je..sbb mereka mash mempunyai kawasan penduduk yang masih daif dan hidup spt kita di zaman 70/80an. Kalau kat Malaysia ni..kalau buat cerita di zaman dahulu kala je..semua tak masuk akal...cuma ada bebrapa je yng menjadi (kategori drama ye), kalau filem kita cuma bebrapa je yg menjadi mcm cerita amuk, sayang salmah dan PGL.
Quote cap_ayam 4-12-2020 10:52 AM
Kalau Scha jadi watak Noor pun bagus juga cuma tengah pregnant.

Lana Noordin boleh jadi watak Anita Sarawak.

Beto boleh bawak watak Sudirman.


Quote Belibis 4-12-2020 10:58 AM
Normabaru: Antara living lagend yg betul2 berhijrah.. Suka watak retis yg humble gini

Yaa.ni la hijrah,bukan acah2 hijrah kerana sendu atau sebab kahwin.kena cerai jer sibuk nk berlakon balik.
Quote kucingitam 4-12-2020 11:08 AM
oh sukanya...tak sabar nak tgk..
Quote nordin84 4-12-2020 11:20 AM
kechikchomel replied at 4-12-2020 10:42 AM
Arwah Dato' Sudirman - que haidar. tapi arwah tu macam kecik je orangnya kan? Que macam tinggi?

mcm sesuai kan que sudirman, noor ain
Quote sleepandream 4-12-2020 11:40 AM
macam best pulak makin banyak drama based on true story ni...
aritu katanya nak buat drama pasal siti nana...
harap2 plot cerita tak mendatar yach

Lihat semua komen(148)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.804781 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top