CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Puteri Gunung Ledang Trending Di Netflix, Wargamaya Rindu Filem Berkualiti Negara Kita

5-12-2020 09:13 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 25427| Komen: 249

Description: Puteri Gunung Ledang Trending Di Netflix, Wargamaya Rindu Filem Berkualiti Negara Kita


Filem Puteri Gunung Ledang lakonan M. Nasir dan Tiara Jacquelina yang dihasilkan pada tahun 2004, baru-baru ini telah ditambah ke dalam Netflix, menarik ramai untuk menonton filem klasik itu sehingga ia trending sebagai filem nombor 1.

Filem arahan Saw Teong Hin itu adalah berdasarkan legenda Melayu, mengisahkan tentang seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang serta sultan Melaka yang menaruh perasaan kepadanya. 

Kredit foto: Rojak Daily


Selain kisah berkenaan sejarah yang menarik, filem ini turut menyelitkan kisah percintaan Hang Tuan dan Puteri Gunung Ledang yang terhalang kerana Sultan Melaka turut jatuh hati padanya. 

Wargamaya turut berbincang mengenainya di Twitter. 

Orang kita masih sayang dan rindukan filem Melayu berkualiti dari negara kita


Malah penonton juga kagum dengan setiap perincian dalam pembikinan filem berkenaan, daripada kostum hinggalah kepada props dan set Istana Melaka yang dibina khas untuk filem tersebut, lengkap dengan pelbagai perhiasan, ukiran serta seni bina istana.


Kredit foto: Twitter @dannynakai

Tweet ini turut mendapat perhatian pelakon utamanya Tiara Jacquelina yang menceritakan perihal set Istana Melaka itu.


Rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan cadangan mengekalkan set Istana Melaka ini sebagai sumber rujukan generasi akan datang kelak. 

Kredit foto: Twitter @KhairulAqmal

Zaman 2004 boleh keluarkan cerita berkualiti, tapi sekarang?

Kredit foto: Twitter @KhairulAqmal

Untuk info, filem ini merupakan filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Anugerah Akademi dan telah berjaya mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik pada tahun 2004.

Semoga pembuat filem akan menghasilkan lebih banyak filem seumpamanya kelak kerana negara kita masih banyak lagi sejarah untuk diangkat ke layar perak. -CARI






1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 5-12-2020 09:32 AM
Tak ramai director rajin. Semua nk easy fast money pastu pelakon pon mls bt homework.. Dats why
Quote Noraniza_Iblis 5-12-2020 09:34 AM
maaf la..
iolss dh cuba nk layan smlm..
sudanye..iolss forward2 jah..
cerita yg blh setel sejam setengah..
jadi meleret2 smpai dkt 3jam...apooo..
jauh beza kalau compare to other epic film..
Quote Suchi 5-12-2020 09:45 AM
Suka pilem epik tapi tak gemar pelakon tertentu dlm pilem ni cthnya si hero tu.
Tak minat sangat dia
Quote LadyCarefree 5-12-2020 10:10 AM
Edited by LadyCarefree at 5-12-2020 01:03 PM

Maybe tiara should hv built all the sets on her own land and maintain jadi tarikan taman bunga ke haper ke.
Quote capwayang 5-12-2020 10:10 AM
Noraniza_Iblis replied at 5-12-2020 09:34 AM
maaf la..
iolss dh cuba nk layan smlm..
sudanye..iolss forward2 jah..

Totally agree! I pernah beberapa kali cuba layan citer ni tapi tak boleh menghayati sepenuhnya walaupun costume, set design dan cinenatography dia menawan. Sebenarnya theme PGL still marketable cuma genre tu kena tweak sikit, theme backstory PGL macamana kewujudan dia mula disebut-sebut atau diketahui oleh masyarakat setempat dan raja belum dan boleh diexplore lebih mendalam/kreatif, i mean in my opinion she is not human, lebih kepada bunian. PGL yang ada ilmu kesaktian yang boleh menyerupai manusia dan sebagainya. Maleficent contohnya..interesting backstory nya.
Quote LadyCarefree 5-12-2020 10:10 AM
Noraniza_Iblis: maaf la..iolss dh cuba nk layan smlm..sudanye..iolss forward2 jah..cerita yg blh setel sejam setengah..jadi meleret2 smpai dkt 3jam...apooo.. jauh bez ...


Same here. iols cuma puji the details je props semua.
Quote Harley_Quinn 5-12-2020 10:21 AM
1 of my fav Movie.
Quote kembangbunga 5-12-2020 10:22 AM
Noraniza_Iblis replied at 5-12-2020 09:34 AM
maaf la..
iolss dh cuba nk layan smlm..
sudanye..iolss forward2 jah..

Other epic filem tu merong mahawangsa ke maksud uols? Or filem hollywood yg jauh lebih hebat? Xperlu kot nak compare dgn hollywood. Msia dgn thai pun jauh ttinggal.
Quote cicicumel 5-12-2020 10:25 AM
Filem syok sendiri. Kos 16 juta (ye ker) tp laku 4 juta jer

Heroin kertu... Tgk HD kt Netflix ni lg la nmpk kertu
Quote Noraniza_Iblis 5-12-2020 10:36 AM
kembangbunga replied at 5-12-2020 10:22 AM
Other epic filem tu merong mahawangsa ke maksud uols? Or filem hollywood yg jauh lebih hebat? Xper ...

eh no...kalau nk compare dgn holywood..
umpama compare tokti dgn kak nab 2nd chances!
iols ckp..beza dgn thai dgn indon punye epic film..
kalau film thai..iols suka queen of langkasuka..dgn indon film sultan agung tu..
dr prop..jalan cerita..semua tak lemau..


Quote Noraniza_Iblis 5-12-2020 10:38 AM
cicicumel replied at 5-12-2020 10:25 AM
Filem syok sendiri. Kos 16 juta (ye ker) tp laku 4 juta jer

Heroin kertu... Tgk HD kt Netflix ni  ...

kannn..
tgk hero dgn heroin dh spoil...
puteri apo..badan main gym,tgk lengan tiara sado semacam..

Quote supernaturalee 5-12-2020 10:41 AM
Noraniza_Iblis replied at 5-12-2020 09:34 AM
maaf la..
iolss dh cuba nk layan smlm..
sudanye..iolss forward2 jah..

Tu lh
Duk terpk jgk
Jgn2 klik tp skip2 jh


Quote Bergosip 5-12-2020 10:54 AM
LadyCarefree replied at 5-12-2020 10:10 AM
Maybe tiara should hv build all sets on her own land and maintain jadi tarikan taman bunga ke haper  ...


Kalau Tiara bina dan kekalkan sets Filem tu sebagai tarikan pelancong tempatan dan luar negara pon okay jugak.

Bina sets Istana dan buka kepada orang ramai secara percuma atau bayaran RM10-RM20 sekali masuk. Siapa nak pakai baju2 macam puteri2 / tradisional zaman dulu2 pon okay jugak. Kenakan bayaran macam sewa pakaian 1 jam RM30- RM60. lagipon setiap negeri ada beza dari segi pakaian kan. Kalau nak tangkap dan cuci gambar, bayaran sekian2.

Tiru South Korea. Nak masuk istana ada bayaran tapi ada yang free. Nak sewa hanbok pon ada bayaran tertentu. Nak tangkap gambar khas pon ada bayaran.

Quote pichee 5-12-2020 10:55 AM
We all pn tgk film ni last weekend...mmg rindu pn karya mcm ni sbb bosan tgk cite tajuk2 too cliche...

Tp, klu rotten tomato bg 80% and 1mdb bg 6.4/10.. x cukup bagus kah or dorg x phm history kita...

Quote pencintaABC 5-12-2020 11:05 AM
Skrg filem mael totey pun 6 juta...buat pe bersusah2 buat filem epit nak bina set, kostum bagai.
Quote merrissa 5-12-2020 12:01 PM
Bg aku bosan cter ni tp cntik cr dia tngkp gmbr... kira ok la pd zmn itu... ptt dibanggakan
Quote rain2169 5-12-2020 12:16 PM
rain tak pernah tengok citer ni... so tak boleh komen.
best ke??
ok la nanti I try tonton ek....
Quote per706 5-12-2020 12:18 PM
Husband x pernah tgok smpi abes.ajak dia layan kelmarin.kemaen menghayati.
Quote tagas 5-12-2020 12:23 PM
tak tgk lg

bleh celen bahubali tak

kalo tak babai

Lihat semua komen(249)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.124649 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top