CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencetus Kluster PUI Sivagangga Dipenjara Lima Bulan, Denda RM12,000

13-8-2020 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9649| Komen: 65

Description: Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 dipenjara lima bulan dan didenda RM12,000 selspas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian.
Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 dipenjara lima bulan dan didenda RM12,000 selspas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian.

 Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh itu mengaku bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Berita Harian melaporkan, Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada jam 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada jam 3.58 petang, 14 Julai 2020.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada jam 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.


Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak.

Namun hukuman penjara masih belum dijalankan berikutan tertuduh masih dalam proses pemantauan di Hospital Alor Setar. -CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 13-8-2020 01:12 PM
Thorbaik..bagusss
Quote R2D2 13-8-2020 01:13 PM
Kluster Sivagangga: Pemilik kedai nasi kandar didenda, penjara
    myMetroutama
M Hifzuddin

PEMILIK kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Mahkamah Majistret Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Pemilik kedai itu terbabit dengan kluster Sivagangga.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif Covid-19 bagi kluster Sivagangga kekal 45 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 1:04 PM
Quote matamata 13-8-2020 01:14 PM
Hukuman penjara tu yg penting
Quote Artemesiaa 13-8-2020 01:17 PM
Terhukum juga akibat kedegilanya
Quote ellez 13-8-2020 01:17 PM
Yg lain2 sblm ni langgar perintah kuarantin mcmmna..
Quote duri_durians 13-8-2020 01:17 PM
penyebab kluster yg lain tu ada ke kena hukuman sama?
Quote GigaMom 13-8-2020 01:21 PM
Kalau ada yg mati
Hukum sebagai pembunuh!!
Quote akies 13-8-2020 01:24 PM
Sikit nya denda.
Patut Rm100 ribu ka 1/2juta kaa
Quote sharlenetexas 13-8-2020 01:25 PM
Bila masuk penjara? Bila sembuh covid?
Quote annehuda 13-8-2020 01:25 PM
GigaMom replied at 13-8-2020 01:21 PM
Kalau ada yg mati
Hukum sebagai pembunuh!!

Amoi sarawak tu kan yg baru balik dr itali taknak kuarantin terus masuk keje.die keje bank rhb kot tak silap aku. Habeh meninggal 1 family melayu
Quote ChildrenOfBodom 13-8-2020 01:31 PM
Menyusahkan ramai tu mengaku bersalah terus
Quote sukacactus 13-8-2020 01:39 PM
12k tu xcover pun jumlah test kit penduduk kaw terlibat yg disaring
Patut kena lebih lagi
Quote sarah82 13-8-2020 01:39 PM
PADAN MUKAAAAA HAMJADAHHHHHH.. Menyusahkan org kampung semua.. Jebon lagi cute mamak kamjad ni.. Dajjei sungguh

Fuh..
Quote nazzse 13-8-2020 01:39 PM
annehuda replied at 13-8-2020 05:25 AM
Amoi sarawak tu kan yg baru balik dr itali taknak kuarantin terus masuk keje.die keje bank rhb kot ...

Yg tu tak kena ke? Senyap je kes dia
Quote Gomea 13-8-2020 01:41 PM
Tarik balik PR dia
Quote aHoi83 13-8-2020 01:44 PM
Moga jadi pengajaran yg pakai tag pink
Quote Bell 13-8-2020 01:45 PM
annehuda replied at 13-8-2020 01:25 PM
Amoi sarawak tu kan yg baru balik dr itali taknak kuarantin terus masuk keje.die keje bank rhb kot ...

Ini sebelum MCO. Kluster Tabligh pun sblm MCO.
Quote Meiizu 13-8-2020 01:48 PM
annehuda replied at 13-8-2020 01:25 PM
Amoi sarawak tu kan yg baru balik dr itali taknak kuarantin terus masuk keje.die keje bank rhb kot ...

peciteeee kes ni ... staff tu tak kena apa2 pun ke?
Quote harkktuih 13-8-2020 01:48 PM
Revoke PR dia.. Motip masih nak simpan penjenayah begini kat Malaysia??

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.080658 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top